Pusat Tarbiyah Ahmadi

Pusat Tarbiyah Ahmadi PTA adalah satu institusi Pendidikan dan Tarbiah Islamiah yang ditubuh dan diuruskan oleh anggota keluarga untuk manfaat semua golongan masyarakat.

Syukur siap konkrit tepi jalan masuk ke Pusat Tarbiyah Ahmadi... Diucapkan jazakumullahukhair kepada penyumbang dana.
15/04/2026

Syukur siap konkrit tepi jalan masuk ke Pusat Tarbiyah Ahmadi... Diucapkan jazakumullahukhair kepada penyumbang dana.

Alhamdulillah kerja konkrit halaman parkir depan Masjid Tarbiyah Ahmadi telah siap pada 8/4/26.AJK Masjid seterusnya aka...
08/04/2026

Alhamdulillah kerja konkrit halaman parkir depan Masjid Tarbiyah Ahmadi telah siap pada 8/4/26.

AJK Masjid seterusnya akan melaksanakan kerja konkrit bagi melebarkan jalan masuk ke Masjid dan Madrasah Tarbiyah Ahmadi seluas 1,000kp dengan kos anggaran RM3,000.

Jalan tersebut merupakan jalan keluar masuk utama penduduk berhampiran, oleh itu usaha pelebaran jalan tersebut merupakan amal jariah yang amat bermanfaat kepada semua, InsyaAllah.

Pusat Tarbiyah Ahmadi mengalukan sumbangan derma jariah dari semua usrah utk tujuan tersebut, InsyaAllah dipermudahkan.

Jazakumullahukhair jaza.

Wassalam dari
Pengerusi PTA
14/4/26

Salam usrahJadual Solat Edulfitri 1447H di Masjid PTATarikh : 1 Syawal 1447H (21.3.26 - sabtu)8.00 pg.......Takbir Raya8...
20/03/2026

Salam usrah

Jadual Solat Edulfitri 1447H di Masjid PTA

Tarikh : 1 Syawal 1447H (21.3.26 - sabtu)
8.00 pg.......Takbir Raya
8.30 pg.......Solat Edulfitri & Khutbah
9.00 pg.......Jamuan Raya di perkarangan masjid.
9.30 pg.......Bersurai

Dijemput semua usrah hadir memeriahkan majlis.
Semoga dipermudahkan, InsyaAllah.

Terima kasih, wassalam.

Pengerusi & AJK Masjid
20.3.26

Tarikh: 18 Mac 2026 / 29 Ramadhan 1447HLokasi: Pusat Tarbiyah Ahmadi, Kampung Pulau Gajah, Pengkalan ChepaAssalamualaiku...
20/03/2026

Tarikh: 18 Mac 2026 / 29 Ramadhan 1447H
Lokasi: Pusat Tarbiyah Ahmadi, Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa

Assalamualaikum w.b.t. dan salam usrah buat semua. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya, kita telah selamat menyempurnakan solat sunat Witir pada malam ke-29 Ramadhan 1447H yang penuh barakah ini.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan serta sedikit saguhati kepada Saudara Abd Rahim, sebagai tanda apresiasi dan terima kasih yang tidak terhingga atas dedikasi serta khidmat bakti beliau selaku imam tarawih di Pusat Tarbiyah Ahmadi sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga alunan ayat-ayat suci al-Quran yang beliau imamkan menjadi asbab keberkatan buat kita semua dan diberikan ganjaran pahala yang melimpah-ruah oleh Allah SWT.

Kami mendoakan agar Saudara Abd Rahim sentiasa dirahmati, diberkati, dan terus istiqamah dalam memimpin syiar Islam. Jazakallahu Khairan Kathira buat semua jemaah yang mengimarahkan masjid. Insya-Allah.

18/3/26Tawaran mendirikan Pondok Warga Emas diatas tanah waqaf, Pusat Tarbiyah Ahmadi.Dimaklumkan sebidang tanah iaitu L...
20/03/2026

18/3/26

Tawaran mendirikan Pondok Warga Emas diatas tanah waqaf, Pusat Tarbiyah Ahmadi.

Dimaklumkan sebidang tanah iaitu Lot 405 seluas 125 depa yang telah diwaqafkan pada 14.2.2022 oleh Puan Maziah bt Ismail iaitu pewaris Puan Zaharah bt Deraman kepada Pusat Tarbiyah Ahmadi dicadang utk menempatkan Pondok Warga Emas.

Sehubungan itu Pusat Tarbiyah Ahmadi mempelawa sesiapa yang berhajat utk membina pondok utk didiami sendiri atau diwaqafkan kpd warga emas lain adalah di alu-alukan.

Jarak tapak pondok Warga Emas dengan Masjid Tarbiyah Ahmadi adalah cuma 150 kaki.

Sila hubungi Pusat Tarbiyah Ahmadi utk perbincangan lanjut, InsyaAllah.

Terima kasih,
Hj.Wan Mohamed b. Ab. Hamid
Pengerusi

GAMBAR ARKIB 2022

Salam semua usrah seluruh negara,Alhamdulillah sempena cuti Edulfitri 1447H tahun 2026, Pusat Tarbiyah Ahmadi, berharap ...
20/03/2026

Salam semua usrah seluruh negara,

Alhamdulillah sempena cuti Edulfitri 1447H tahun 2026, Pusat Tarbiyah Ahmadi, berharap semua usrah yg merancang utk balik bercuti ke kampung halaman dapat berjumpa mata meraikan suasana Pusat Tarbiyah Ahmadi yg telah siap utk operasi dan kini dlm fasa sebaran iklan kemasukan pelajar, InsyaAllah.

Semoga segala sumbangan berupa tanah waqaf dan sumber kewangan oleh semua usrah dlm menyiapkan Masjid dan Madrasah Tarbiyah Ahmadi diterima sebagai amal jariah oleh Allah SWT InsyaAllah.
Alhamdulillah, wassalam.

Ikhlas dari usrah Pulau Gajah.

Tarikh: 24 Mac 2026 / 28 Ramadhan 1447HLokasi: Pusat Tarbiyah Ahmadi, Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa"Assalamualaik...
20/03/2026

Tarikh: 24 Mac 2026 / 28 Ramadhan 1447H
Lokasi: Pusat Tarbiyah Ahmadi, Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa

"Assalamualaikum w.b.t. dan salam usrah buat semua. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita telah selesai menunaikan solat sunat Witir pada malam ke-28 Ramadhan 1447H ini. Majlis ringkas diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan serta sedikit saguhati kepada Saudara Aiman, sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga atas dedikasi dan khidmat beliau selaku imam tarawih di Pusat Tarbiyah Ahmadi sepanjang bulan mulia ini.

Semoga alunan ayat-ayat suci al-Quran yang diimamkan beliau menjadi asbab keberkatan buat kita semua dan diberikan ganjaran pahala yang melimpah-ruah oleh Allah SWT. Kami mendoakan agar Saudara Aiman sentiasa dilindungi, diberkati rezeki, dan terus istiqamah dalam memimpin syiar Islam. Jazakallahu Khairan Kathira buat semua jemaah yang turut serta mengimarahkan masjid kita di Kampung Pulau Gajah ini. Insya-Allah."

Tarikh: 15 Mac 2026Lokasi: Pusat Tarbiyah Ahmadi, Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, KelantanAssalamualaikum w.b.t. d...
20/03/2026

Tarikh: 15 Mac 2026
Lokasi: Pusat Tarbiyah Ahmadi, Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, Kelantan

Assalamualaikum w.b.t. dan salam usrah buat semua. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya. Pada hari ini, 15 Mac 2026, pihak Pusat Tarbiyah Ahmadi yang terletak di Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, Kelantan telah menerima sumbangan wang zakat berserta beras daripada para penyumbang yang budiman.

Amanah yang diserahkan ini adalah bertujuan untuk proses agihan kepada golongan asnaf tempatan yang memerlukan di sekitar kawasan kita. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan keikhlasan semua pihak.

Insya-Allah, semoga setiap sumbangan ini menjadi asbab keberkatan rezeki, meringankan beban penerima, dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Tarikh: 8 Mac 2026 / 18 Ramadhan 1447HLokasi: Pusat Tarbiyah Ahmadi, Pulau Gajah, Kelantan"Alhamdulillah, setinggi-tingg...
20/03/2026

Tarikh: 8 Mac 2026 / 18 Ramadhan 1447H
Lokasi: Pusat Tarbiyah Ahmadi, Pulau Gajah, Kelantan

"Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, program Tadarrus Ramadhan 1447H di Pusat Tarbiyah Ahmadi, Pulau Gajah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, majlis penyampaian saguhati kepada para jemaah telah disempurnakan dalam suasana penuh ukhuwah.

Mabruk diucapkan kepada seluruh jemaah yang istiqamah menghidupkan syiar al-Quran sepanjang bulan yang mulia ini. Semoga setiap bait ayat yang dibaca menjadi syafaat dan pemberat neraca amal kita di akhirat kelak. Jutaan terima kasih juga kepada pihak penganjur atas penyediaan ruang tarbiyah yang sangat kondusif. Semoga usaha kerdil ini diberkati dan diterima sebagai amal soleh. Insya-Allah, kita bertemu lagi di majlis ilmu akan datang."

RENUNGAN SUBUH 01 Ramadan 1447H Khamis 19/02/2026بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن ٱلرَّحِـــــــيمِاللَّهُمَّ صَلِّ ع...
20/02/2026

RENUNGAN SUBUH 01 Ramadan 1447H Khamis 19/02/2026

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

Bangunlah saudara2 & sahabat2ku... dan solatlah sekurang-kurangnya 2 rakaat sebagai tanda Syukur kita kepada Allah swt..

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.
HR-Muslim& Bukhari-Wassallam

Kerugian besar seorang Muslim dalam bulan Ramadhan

1. Bangun bersahur tanpa mendirikan walau 2 rakaat solat sunat.

2. Meninggalkan hari berlalu tanpa bersedekah.

3. Menunggu waktu berbuka tanpa mengangkat tangan memohon doa.

4. Tiada usaha utk mendekatkan diri dengan al-Quran yg diturunkan Allah dalam Bulan Ramadhan.

5. Menghabiskan siang hari dengan tidur dan berbaring tanpa berbuat apa² atas alasan berpuasa.

Semoga kita tak termasuk dalam golongan manusia yg rugi. Have a better ramadhan than before. Semoga Allah terima segala amal ibadah dan mengampunkan dosa kita.
Ramadhan Kareem.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISIbadah Puasa dan Anugerahعَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ...
20/02/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ibadah Puasa dan Anugerah

عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Daripada Abu Soleh Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan membalasnya. Puasa itu adalah perisai. Maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan p**a menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun mengajak bergaduh, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Ia merasa gembira ketika berbuka puasa, dan kegembiraan ketika bertemu dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No: 1944) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.

2. Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perbuatan buruk, dosa, dan godaan nafsu. Puasa bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri daripada segala perbuatan yang boleh merosakkan pahala puasa.

3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan yang kasar, kotor, lucah dan buruk serta hina, sama ada yang diucapkan, ditulis serta ditularkan.

4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diajak bergaduh, maka hendaklah ia bersabar dan katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa. Ia menunjukkan kawalan diri dan kesabaran.

5. Puasa yang sebenar bukan hanya mampu mencegah makan dan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa di siang hari malah berjaya menjaga lidah juga anggota lain daripada maksiat serta memelihara hati daripada sifat buruk dan cintakan dunia.

6. Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang enak, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.

7. Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kegembiraan:

a. Gembira ketika berbuka puasa
b. Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya yang dilaksanakan dengan Ikhlas akan menjadi syafaat untuknya pada hari kiamat.

Semoga Ramadan tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah bagi mengapai Taqwa. Ramadan Aku Kembali Mendamba Redha Ilahi. Andaikan Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.

Rebut Pahala Bersihkan Jiwa

01hb Ramadan 1447H
19hb Februari 2026

buatkan poster yang terbaik, kreatif dan ada peta minda untuk info ini. sesuai untuk semua lapisan umur

Address

Lot 1152, Waqaf Pusat Tarbiyah Ahmadi, Kampung Pulau Gajah Hilir, Pengkalan Chepa
Kota Bharu
15200

Telephone

+60133268562

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tarbiyah Ahmadi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share