17/10/2021
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
MAKLUMAN BERKAITAN KEBENARAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT DAN SOLAT FARDHU 5 WAKTU DI MASJID DAN SURAU SELURUH NEGERI KELANTAN DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 2
๐Kenyataan akhbar YBM TENGKU TEMENGGONG KELANTAN, YDP MAIK berkaitan pelaksanaan solat jumaat dan solat fardhu 5 waktu bagi masjid dan surau seluruh negeri Kelantan.
๐Kehadiran jemaah adalah mengikut kapasiti sebenar masjid selepas penjarakan fizikal 1.5 meter dan mula berkuatkuasa pada solat fardhu Subuh hari Jumaat 15 Oktober 2021.
๐Kebenaran ini tertakluk kepada sop dan peraturan berikut yang wajib dipatuhi semua :
1) Jemaah yang hendak hadir ke masjid mestilah selesai mengambil 2 dos vaksin dan wajib mencapai tempoh 14 hari selepas dos yang kedua.
2) Membawa sejadah sendiri bersaiz 110cm x 70cm.
3) Wajib memakai pelitup muka dan digalakkan memakai dua lapis pelitup muka ( double mask ).
4) Mematuhi penjarakan fizikal 1.5 meter ketika berada di dalam masjid.
5) Jemaah diwajibkan membawa telefon pintar yang didaftarkan mysejahtera atau kad vaksin setiap kali hadir ke masjid bagi pengesahan telah divaksin.
6) Setelah selesai melaksanakan solat samada solat fardhu lima (5) waktu dan solat fardhu Jumaat, jemaah diwajibkan segera bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.
7) Jemaah hendaklah mematuhi semua peraturan dan sop yang telah ditetapkan oleh pihak MAIK seperti yang terkandung di dalam kenyataan akhbar YBM Tengku Temenggong Kelantan, YDP MAIK yang bertarikh 14 Oktober 2021.
Pihak masjid memohon sepenuh kerjasama daripada semua agar dapat mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan demi kemaslahatan bersama dan mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Manfaatkanlah kebenaran ini dengan rasa syukur kepada Allah SWT, dan sama-sama berdoa agar wabak Covid 19 ini segera diangkat oleh Allah SWT dan dihilangkan dari bumi ini.
Sekian dimaklumkan.
Yang benar,
Imam Muda,
Masjid Mukim Kamil Hassan
Bertarikh : 14 Oktober 2021