Masjid Jamek D'Raja Long Yunus Langgar

Masjid Jamek D'Raja Long Yunus Langgar Page rasmi Masjid Jamek D'Raja Long Yunus Langgar.

๐Ÿ•Š๏ธ SOLAT JENAZAH & PENGEBUMIANTelah berlangsung solat jenazah dan pengebumian Allahyarham adik Muhammad Amiruddin Anuar ...
07/09/2026

๐Ÿ•Š๏ธ SOLAT JENAZAH & PENGEBUMIAN

Telah berlangsung solat jenazah dan pengebumian Allahyarham adik Muhammad Amiruddin Anuar bin Md Azam.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

๐Ÿคฒ Al-Fatihah.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

SALAM TAKZIAHุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽSalam takziah diucapkan kepada Nor Habibi dan seluruh ahli kelua...
06/09/2026

SALAM TAKZIAH

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Salam takziah diucapkan kepada Nor Habibi dan seluruh ahli keluarga atas pemergian anak tersayang, Allahyarham Mohamad Amiruddin Anuar bin Md Azam, yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 September 2026, kira-kira jam 6.00 petang di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Allahyarham telah terlibat dalam kejadian renjatan elektrik di kawasan tali air di belakang Masjid Jamek D'Raja Long Yunus, Langgar.

Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati Allahyarham, menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang dikasihi serta mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Al-Fatihah.

28/08/2026

๐Ÿ“š KULIAH MAGHRIB GANTIAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jemaah muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Kuliah Maghrib Gantian bersama:

Al-Fadhil Ustaz Mohd Saiba bin Yaacob
KIAS Nilam Puri

๐Ÿ—“๏ธ Jumaat | 28 Ogos 2026
๐Ÿ•Œ Masjid Jamek D'Raja Long Yunus Langgar
๐Ÿ•ฐ๏ธ Bermula dengan Solat Maghrib Berjemaah

Marilah bersama-sama kita mengimarahkan masjid dan menuntut ilmu.

Semua dijemput hadir.

Khutbah jumaat hari ini
28/08/2026

Khutbah jumaat hari ini

27/08/2026

Kuliah Maghrib Perdana

TAJUK: PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

๐Ÿ“ Masjid Jamek Dโ€™Raja Long Yunus, Langgar

๐ŸŽ™๏ธ Disampaikan oleh:
Sohibul Manhal An-Nushiy
Tuan Guru Baba Azri Hisham
Timbalan Mudir, Kuliah Pondok Pasir Tumboh

๐Ÿ“… Khamis, 27 Ogos 2026

๐ŸŒ™ Marilah hadir beramai-ramai menuntut ilmu dan mengimarahkan masjid. Semoga majlis ilmu ini memberi manfaat serta keberkatan kepada kita semua.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam majlis ilmu! ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Insyaallah malam ni dh terr
27/08/2026

Insyaallah malam ni dh terr

ALHAMDULILLAH, SELESAI MAJLIS MALAM CINTA RASUL 2026 ๐ŸŒน๐ŸคAlhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah dan keberkat...
27/08/2026

ALHAMDULILLAH, SELESAI MAJLIS MALAM CINTA RASUL 2026 ๐ŸŒน๐Ÿค

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah dan keberkatan Majlis Malam Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Jamek Dโ€™Raja Long Yunus Langgar pada Rabu, 26 Ogos 2026.

Majlis telah diserikan dengan alunan Qasidah Soutul Barokah dan selawat bersama Baba Soh Al-Fathoni, Ustaz Lukmanul Hakim, para tuan guru serta turut dihadiri oleh Imam Tua dan Imam Muda.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Kuliah Khas Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Baba Soh Al-Fathoni, dengan pengisian yang penuh bermakna dalam menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga majlis seperti ini terus menjadi medan untuk kita memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta menyuburkan kecintaan kepada Baginda Rasulullah SAW.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ





26/08/2026

MAULID ARBA'IN

ALHAMDULILLAH, MAJLIS BERSELAWAT SEMPENA MAULIDUR RASUL ๐ŸŒนAlhamdulillah, pada Rabu, 26 Ogos 2026, telah berlangsung Kulia...
26/08/2026

ALHAMDULILLAH, MAJLIS BERSELAWAT SEMPENA MAULIDUR RASUL ๐ŸŒน

Alhamdulillah, pada Rabu, 26 Ogos 2026, telah berlangsung Kuliah Dhuha Muslimat dan Majlis Berselawat sempena Maulidur Rasul di Masjid Jamek Dโ€™Raja Long Yunus Langgar.

Majlis yang penuh keberkatan ini turut disertai oleh anak-anak daripada PASTI Pra Tahfiz Bestari, sekali gus memeriahkan sambutan dalam menyemarakkan rasa cinta dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. โค๏ธ

Turut berlangsung ialah penyampaian cenderahati daripada Encik Aminuddin bin Bunyamin, Setiausaha PASTI Pra Tahfiz Bestari, kepada Al-Fadhil Imam Muda Ustaz Nuruddin Afifi bin Amran sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada peserta Muslimat yang menyambut hari kelahiran bagi bulan Ogos dan September 2026. ๐ŸŽ๐ŸŽ‚

Semoga majlis yang diadakan ini terus menyemai rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan jemaah dan masyarakat.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู






Address

Masjid D'Raja Long Yunus Langgar
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

0199359423

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek D'Raja Long Yunus Langgar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category