Masjid Mukim Perol

Masjid Mukim Perol Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Mukim Perol, Mosque, Masjid Mukim Perol, Kota Bharu.

Masjid Mukim Perol, Kota Bharu, Kelantan

Bagi yang ingin menderma pada masjid secara online boleh bank in ke acc bank Masjid Mukim Perol di bawah 👇

MASJID MUKIM PEROL
BANK ISLAM - 03036010031184
BAK RAKYAT - 111051000502

AMBANG RAMADHAN 🤲Alhamdulillah pada 15 Februari 2026 bersamaan 27 Syaaban 1447H, Masjid Mukim Perol telah mengadakan pro...
13/04/2026

AMBANG RAMADHAN 🤲

Alhamdulillah pada 15 Februari 2026 bersamaan 27 Syaaban 1447H, Masjid Mukim Perol telah mengadakan program Ceramah Ambang Ramadhan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Ridwan Bin Sayed Md Zain dengan tajuk "Jangan Biarkan Ramadhan Berlalu Sia-Sia".

Alhamdulillah program berjalan dengan meriah yang dihadiri oleh anak-anak mukim Perol. Moga dengan ceramah yang dianjurkan ini, dapat kita lakukan ibadah di Bulan Ramadhan dengan lebih semangat lagi dan sentiasa istiqomah InshaAllah.

GOTONG ROYONG PERDANA 🪓🪚🧹Alhamdulillah pada 14 Februari 2026 bersamaan 27 Syaaban 1447H, Masjid Mukim Perol telah mengad...
13/04/2026

GOTONG ROYONG PERDANA 🪓🪚🧹

Alhamdulillah pada 14 Februari 2026 bersamaan 27 Syaaban 1447H, Masjid Mukim Perol telah mengadakan gotong royong perdana membersihkan kawasan masjid sempena persediaan menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan.

Alhamdulillah program berjalan dengan baik dengan kehadiran anak-anak mukim memeriahkan lagi program yang dijalankan. Program ditutupi dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak masjid dan makanan pokluck yang dibawa oleh anak anak Mukim Perol.

MALAM NISFU SYAABAN 🌗Alhamdulillah pada 2 Februari 2026 bersamaan 15 Syaaban 1447H, Masjid Mukim Perol telah menganjurka...
13/04/2026

MALAM NISFU SYAABAN 🌗

Alhamdulillah pada 2 Februari 2026 bersamaan 15 Syaaban 1447H, Masjid Mukim Perol telah menganjurkan program Malam Nisfu Syaaban peringkat Masjid Perol.

Alhamdulillah kehadiran dari anak-anak mukim amat memuaskan. Jadi pada malam tersebut, program bermula dengan solat maghrib berjemaah, bacaan surah Yaasin 3 kali, solat isyak berjemaah dan program ditutupi dengan jamuan makan.

Daripada Mu’az bin Jabal RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT melihat hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)."
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban).

ISRAK & MIKRAJ 🌙Alhamdulillah pada 18 Januari 2026 bersamaan 29 Rejab 1447H, Masjid Mukim Perol telah menganjurkan kulia...
13/04/2026

ISRAK & MIKRAJ 🌙

Alhamdulillah pada 18 Januari 2026 bersamaan 29 Rejab 1447H, Masjid Mukim Perol telah menganjurkan kuliah maghrib perdana yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Azil Yaacob (Pengasas Masjid Raudhatul Sakinah) dengan tajuk "Hikmah Disebalik Peristiwa Israk & Mikraj".

Alhamdulillah kehadiran anak-anak mukim Perol memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut. Moga dengan ceramah yang disampaikan oleh pengkuliah itu, dapat kita ambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa Israk & Mikraj ini.

IJAM MEDICINE 🧑‍🎤🎸Alhamdulillah pada 25 September 2025 , pihak Masjid Mukim Perol telah mengadakan ceramah perdana yang ...
20/10/2025

IJAM MEDICINE 🧑‍🎤🎸

Alhamdulillah pada 25 September 2025 , pihak Masjid Mukim Perol telah mengadakan ceramah perdana yang disampaikan oleh ustaz selebriti iaitu Al-Fadhil Ustaz Ijam Medicine dengan tajuk "Hidayah Milik Allah".

Beliau merupakan mantan vokalis kumpulan medicine iaitu sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif pada akhir 80an hingga ke awal 90an. Dan sekarang beliau giat terlibat dengan aktiviti-aktiviti dakwah street.

MAULIDUR RASUL ✨Alhamdulillah pada 12 September 2025 bersamaan 20 Rabiul Awal 1447H , pihak Masjid Mukim Perol telah men...
20/10/2025

MAULIDUR RASUL ✨

Alhamdulillah pada 12 September 2025 bersamaan 20 Rabiul Awal 1447H , pihak Masjid Mukim Perol telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Masjid Perol.

Majlis dimulai dengan solat maghrib berjemaah dan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Hj Abdullah. Majlis diteruskan dengan bacaan rawi/ berzanji yang dibacakan oleh Imam Tua Masjid Mukim Peringat, Al-Fadhil Ustaz Hadyan.

Moga dengan majlis yang diadakan ini, dapat memupuk lagi kecintaan anak Mukim Perol terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sentiasa mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian InshaAllah 🤲

CUCI KUBUR 🪦Alhamdulillah pada 6 September 2025 hari Sabtu, pihak Masjid Mukim Perol telah mengadakan program gotong roy...
01/10/2025

CUCI KUBUR 🪦

Alhamdulillah pada 6 September 2025 hari Sabtu, pihak Masjid Mukim Perol telah mengadakan program gotong royong perdana membersih tanah perkuburan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Perol. Tanah perkuburan Mukim Perol terdiri daripada 2 iaitu Tanah Perkuburan To' Dat dan Tanah Perkuburan Gong Jenereh.

Alhamdulillah program gotong royong perdana ini disambut baik oleh anak-anak mukim dan juga dihadiri oleh pelajar-pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Al-Quran Ar-Raudhah.

Moga dengan program yang diadakan ini, dapat memupuk kesedaran akan kebersihan kubur dan juga merapatkan lagi hubungan silatulrahim antara semua yang hadir.

KONVOI MOTOR 🛵🇲🇾Alhamdulillah pada 31 Ogos 2025 hari ahad, Masjid Mukim Perol telah mengadakan program konvoi perarakan ...
01/10/2025

KONVOI MOTOR 🛵🇲🇾

Alhamdulillah pada 31 Ogos 2025 hari ahad, Masjid Mukim Perol telah mengadakan program konvoi perarakan motosikal pusing kampung yang terdiri daripada 4 buah kampung bawah Mukim Perol iaitu Kampung Perol, Kampung Kukang, Kampung Padang Taman dan Kampung Padang Putih.

Alhamdulillah program berjalan dengan meriah dan disambut baik yang dihadiri oleh anak-anak Mukim Perol. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk rasa kasih kepada negara tercinta " Malaysia" dan tidak lain juga untuk merapatkan lagi hubungan silatulrahim antara anak-anak mukim.

CERAMAH KEMERDEKAAN 🇲🇾Alhamdulillah pada 28/8/2025, Masjid Mukim Perol telah mengadakan Ceramah Kemerdekaan yang disampa...
03/09/2025

CERAMAH KEMERDEKAAN 🇲🇾

Alhamdulillah pada 28/8/2025, Masjid Mukim Perol telah mengadakan Ceramah Kemerdekaan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Baihaqi Bin Abdullah yang bertajuk "Cintakan Negara, Sebahagian Daripada Iman".

Moga dengan ceramah kemerdekaan yang diadakan ini, memupuk lagi kecintaan kita kepada tanah air Malaysiaku dan membuka mata anak-anak Mukim Perol, bahawa pentingnya mempertahankan tanah air daripada dijajah dan musuh-musuh negara.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMAT 🧕🪦Alhamdulillah pada 23 Ogos 2025 bersamaan 29 Safar 1447H, pihak Masjid Mukim Perol ...
29/08/2025

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMAT 🧕🪦

Alhamdulillah pada 23 Ogos 2025 bersamaan 29 Safar 1447H, pihak Masjid Mukim Perol telah berjaya mengadakan kursus pengurusan jenazah bagi kaum muslimat di Masjid Perol yang dianjurkan oleh Biro AJK Wanita.

Seramai 80 orang peserta yang menyertai program ini terdiri daripada anak-anak mukim dan juga dari luar mukim. Alhamdulillah program berjalan dengan baik dan lancar.

Moga dengan program ini, para peserta dapat mempelajari ilmu dalam pengurusan jenazah serta melahirkan anak mukim yang mampu menguruskan jenazah dari wakil Mukim Perol sendiri, inshaAllah 😇🤲

KELAS MENGAJI KANAK-KANAK 👶📖Assalamualaikum warga Facebook. Untuk makluman semua, Alhamdulillah bermula bulan 8 ni, Masj...
16/08/2025

KELAS MENGAJI KANAK-KANAK 👶📖

Assalamualaikum warga Facebook. Untuk makluman semua, Alhamdulillah bermula bulan 8 ni, Masjid Mukim Perol telah mengadakan kelas mengaji & fardhu ain untuk kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun pada setiap hari Jumaat bermula pukul 3.00-4.30 petang. Yuran bulanan hanya RM 25 sahaja dan terhad kepada 30 peserta sahaja serta makanan & minuman ringan disediakan untuk anak-anak yang datang mengaji . Jadi bagi ibubapa yang berminat untuk hantar anak-anak mengaji, boleh terus berhubung no telifon di bawah 🥰

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya".

Bagi yang ingin menderma pada masjid secara online boleh terus bank in ke acc bank Masjid Mukim Perol di bawah 👇

MASJID MUKIM PEROL
BANK ISLAM - 03036010031184
BAK RAKYAT - 111051000502

Jom like & follow FB Masjid Mukim Perol


Address

Masjid Mukim Perol
Kota Bharu
16010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Mukim Perol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Mukim Perol:

Share

Category