21/04/2026
“Dah buat pembedahan katarak, tapi kenapa masih tak nampak 6/6?”
Ini antara situasi yang kadang-kadang berlaku di Pusat Optometri Al Hikmah.
Pesakit datang semula untuk check cermin mata selepas pembedahan. Bila diperiksa, power dah cantik… tapi tahap penglihatan masih tak capai 6/6. Ada yang hanya dapat 6/9.
Ramai ingat masalah “power belum tepat”.
Sebenarnya, tidak semestinya begitu.
Salah satu puncanya: striae pada retina (lipatan halus di makula)
Makula ialah kawasan paling penting untuk penglihatan tajam — membaca, melihat wajah, memandu.
Dalam keadaan normal, permukaan makula licin dan rata, supaya imej yang masuk boleh difokuskan dengan tepat.
Tetapi dalam sesetengah kes, selepas pembedahan atau perubahan dalam mata, boleh berlaku striae — iaitu lipatan halus pada permukaan retina.
Apa kesan striae ini?
Walaupun kecil, lipatan ini boleh:
✅Mengganggu susunan fotoreseptor
✅Menyebabkan imej jadi sedikit distorted
✅Garisan lurus nampak kurang tepat / sedikit bengkok
Sebab itu:
👉 Power cermin mata mungkin sudah optimum
👉 Tapi penglihatan masih “tak capai 6/6”
Dalam bahasa yang lebih mudah:
Bayangkan skrin TV yang rata vs skrin yang ada kedut halus.
Walaupun signal jelas, imej tetap tak sempurna.
Di Pusat Optometri Al Hikmah, bila kami jumpa kes begini:
✔️ Kami pastikan dulu refraksi memang optimum
✔️ Nilai simptom seperti penglihatan beralun (metamorphopsia)
✔️ Kenalpasti kemungkinan isu pada makula
✔️ Dan jika perlu, rujuk untuk pemeriksaan lanjut seperti OCT
Tidak semua penglihatan yang kurang tajam selepas pembedahan berpunca daripada “power cermin mata”.
Kadang-kadang, struktur halus dalam mata — seperti makula — memainkan peranan yang lebih besar daripada yang kita sangka.
Sebab itu pemeriksaan mata bukan sekadar baca huruf.
Ia tentang memahami keseluruhan sistem penglihatan.