14/05/2026
[𝘿𝘼𝙍𝘼𝙃 𝙍𝘼𝙅𝘼, 𝙅𝙄𝙒𝘼 𝙃𝘼𝙈𝘽𝘼: 𝙈𝙀𝙉𝙔𝙄𝙉𝙂𝙆𝘼𝙋 𝙇𝙀𝙂𝘼𝙎𝙄 𝙎𝘼𝙉𝙂 𝙈𝙐𝙍𝘼𝘽𝘽𝙄 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃]
"𝙃𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙞𝙣𝙞 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢, 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙖𝙠𝙣𝙖𝙣𝙮𝙖."
Ramai yang mengenali beliau hanya sebagai susuk pemimpin yang bersarung pelikat dan tinggal di rumah kayu. Namun, tahukah anda di sebalik kesederhanaan itu, tersimpan satu riwayat hidup yang sangat luar biasa dan penuh inspirasi?
1. 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙍𝙖𝙟𝙖 𝙅𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡 & 𝙆𝙚𝙩𝙪𝙧𝙪𝙣𝙖𝙣 𝘽𝙖𝙣𝙜𝙨𝙖𝙬𝙖𝙣
Dalam nadi Alllahyarham mengalir titisan darah Keturunan Raja Jembal, sebuah dinasti berdaulat yang pernah menaungi bumi Kelantan. Beliau merupakan cicit kepada Raja Banjar, namun status bangsawan ini tidak sedikit pun membuatkan beliau mendongak langit.
Nama penuh beliau, 𝙏𝙪𝙖𝙣 𝙂𝙪𝙧𝙪 𝙏𝙖𝙣 𝙎𝙧𝙞 𝘿𝙖𝙩𝙤' 𝘽𝙚𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝙉𝙞𝙠 𝘼𝙗𝙙𝙪𝙡 𝘼𝙯𝙞𝙯 𝙗𝙞𝙣 𝙉𝙞𝙠 𝙈𝙖𝙩 (10 𝙅𝙖𝙣𝙪𝙖𝙧𝙞 1931 – 12 𝙁𝙚𝙗𝙧𝙪𝙖𝙧𝙞 2015), kekal harum sebagai simbol pemimpin yang paling dekat di hati rakyat marhaen.
𝘿𝙞𝙡𝙖𝙝𝙞𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 10 𝙅𝙖𝙣𝙪𝙖𝙧𝙞 1931 𝙙𝙞 𝙆𝙖𝙢𝙥𝙪𝙣𝙜 𝙋𝙪𝙡𝙖𝙪 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙠𝙖, 𝙆𝙤𝙩𝙖 𝘽𝙝𝙖𝙧𝙪, 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣, beliau merupakan 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙠𝙚𝙙𝙪𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙗𝙞𝙡𝙖𝙣 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙙𝙞𝙠-𝙗𝙚𝙧𝙖𝙙𝙞𝙠.
2. 𝙎𝙖𝙣𝙜 𝙂𝙚𝙣𝙞𝙪𝙨: 𝘼𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 10 𝙋𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖
Kecerdasan beliau bukan calang-calang. Almarhum diiktiraf sebagai antara 10 pelajar terbaik di Malaysia pada zamannya. Kecemerlangan akademik ini menjadi pasport untuk beliau berkelana ribuan kilometer demi menuntut ilmu.
Beliau mendalami ilmu hadis dan tafsir di salah satu institusi Islam tertua dunia iaitu di 𝘿𝙖𝙧𝙪𝙡 𝙐𝙡𝙤𝙤𝙢 𝘿𝙚𝙤𝙗𝙖𝙣𝙙, 𝙄𝙣𝙙𝙞𝙖 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖 𝙠𝙞𝙧𝙖-𝙠𝙞𝙧𝙖 5 𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣 (𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙨𝙚𝙠𝙞𝙩𝙖𝙧 𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣 1952 𝙨𝙚𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖 1957). Di sinilah beliau mendalami kitab-kitab muktabar, ilmu Hadis, dan mula menguasai bahasa Urdu dengan fasih.
Selepas tamat di Deoband, beliau tidak terus pulang. Beliau sempat ke 𝙋𝙖𝙠𝙞𝙨𝙩𝙖𝙣 dari akhir tahun 1957 𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖 1958 untuk 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙪𝙩𝙞 𝙠𝙪𝙧𝙨𝙪𝙨 𝙠𝙝𝙖𝙨 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙖𝙟𝙞𝙖𝙣 𝙟𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙠 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙗𝙞𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣 (𝙙𝙞 𝙗𝙖𝙬𝙖𝙝 𝙗𝙞𝙢𝙗𝙞𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙪𝙡𝙖𝙢𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙠𝙚𝙣𝙖𝙡 𝙠𝙚𝙩𝙞𝙠𝙖 𝙞𝙩𝙪, 𝙞𝙖𝙞𝙩𝙪 𝙎𝙮𝙚𝙞𝙠𝙝 𝙈𝙖𝙪𝙡𝙖𝙣𝙖 𝘼𝙝𝙢𝙖𝙙 𝘼𝙡𝙞 𝙇𝙖𝙝𝙤𝙧𝙞 𝙙𝙞 𝙇𝙖𝙝𝙤𝙧𝙚, 𝙋𝙖𝙠𝙞𝙨𝙩𝙖𝙣) sebelum berangkat 𝙠𝙚 𝙐𝙣𝙞𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞𝙩𝙞 𝘼𝙡-𝘼𝙯𝙝𝙖𝙧, 𝙈𝙚𝙨𝙞𝙧 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣 1958.
Secara keseluruhannya, tempoh 5 tahun di Deoband itulah yang menjadi asas paling kuat kepada 𝙠𝙚𝙢𝙖𝙝𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙨𝙖 𝙐𝙧𝙙𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙪𝙖𝙨𝙖𝙖𝙣 𝙞𝙡𝙢𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙆𝙞𝙩𝙖𝙗 𝙏𝙪𝙧𝙖𝙩𝙝 (𝙠𝙝𝙖𝙯𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙬𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣) 𝙞𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙖𝙧𝙮𝙖 𝙞𝙡𝙢𝙪 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙠𝙡𝙖𝙨𝙞𝙠 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙩𝙪𝙡𝙞𝙨 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙪𝙡𝙖𝙢𝙖 𝙢𝙪𝙠𝙩𝙖𝙗𝙖𝙧 𝙩𝙚𝙧𝙙𝙖𝙝𝙪𝙡𝙪, 𝙩𝙚𝙧𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠 𝙄𝙢𝙖𝙢 𝙎𝙮𝙖𝙛𝙞𝙚, 𝙄𝙢𝙖𝙢 𝙖𝙡-𝙂𝙝𝙖𝙯𝙖𝙡𝙞, 𝙙𝙖𝙣 𝙄𝙢𝙖𝙢 𝘽𝙪𝙠𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙠𝙪𝙢𝙞 𝙗𝙞𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙛𝙞𝙦𝙝, 𝙩𝙖𝙪𝙝𝙞𝙙, 𝙩𝙖𝙨𝙖𝙬𝙪𝙛, 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙞𝙧𝙖𝙝, 𝙨𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙧𝙪𝙟𝙪𝙠 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 '𝙆𝙞𝙩𝙖𝙗 𝙆𝙪𝙣𝙞𝙣𝙜'.
Manakala di 𝙐𝙣𝙞𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞𝙩𝙞 𝘼𝙡-𝘼𝙯𝙝𝙖𝙧, 𝙈𝙚𝙨𝙞𝙧, 𝙗𝙚𝙡𝙞𝙖𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙖𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙤𝙡𝙚𝙝𝙞 𝙄𝙟𝙖𝙯𝙖𝙝 𝙎𝙖𝙧𝙟𝙖𝙣𝙖 (𝙈.𝘼.) 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢.
Beliau bukan sahaja mahir dalam kitab, malah sangat fasih berbahasa Urdu dan Arab!
3. 𝙏𝙪𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜 𝙆𝙚𝙠𝙪𝙖𝙩𝙖𝙣: 𝘿𝙖𝙩𝙞𝙣 𝙎𝙖𝙗𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 & 𝙂𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝘿𝙖𝙠𝙬𝙖𝙝
Di belakang ketabahan seorang pejuang, berdirinya seorang wanita yang sabar. 𝘿𝙖𝙩𝙞𝙣 𝙎𝙖𝙗𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝙗𝙞𝙣𝙩𝙞 𝙏𝙪𝙖𝙣 𝙄𝙨𝙝𝙖𝙠 (𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙥𝙖𝙣𝙜𝙜𝙞𝙡 '𝙎𝙖𝙗𝙖𝙧' 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙏𝙤𝙠 𝙂𝙪𝙧𝙪) adalah isteri setia yang menjadi tunjang kekuatan keluarga. Hasil perkahwinan yang penuh keberkatan ini, Allah kurniakan 10 𝙘𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖 𝙢𝙖𝙩𝙖 mata penyambung warisan dakwah adalah 𝙉𝙞𝙠 𝙈𝙤𝙝𝙖𝙢𝙖𝙙 𝘼𝙗𝙙𝙪𝙝, 𝙉𝙞𝙠 𝙊𝙢𝙖𝙧, 𝙉𝙞𝙠 𝘼𝙙𝙡𝙞, 𝙉𝙞𝙠 𝘼𝙗𝙙𝙪𝙡 𝙍𝙖𝙝𝙞𝙢, 𝙉𝙞𝙠 𝙈𝙤𝙝𝙖𝙢𝙖𝙙 𝘼𝙯𝙞, 𝙉𝙞𝙠 𝙉𝙞𝙠𝙢𝙖𝙩𝙪𝙡 𝘼𝙦𝙞𝙡𝙖𝙝, 𝙉𝙞𝙠 𝘼𝙢𝙖𝙡𝙞𝙣𝙖, 𝙉𝙞𝙠 𝘼𝙨𝙢𝙖’ 𝙎𝙖𝙡𝙨𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖, 𝙉𝙞𝙠 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙞, 𝙙𝙖𝙣 𝙉𝙞𝙠 𝙎𝙖𝙝𝙬𝙞𝙣𝙖 (5 𝙡𝙚𝙡𝙖𝙠𝙞 5 𝙥𝙚𝙧𝙚𝙢𝙥𝙪𝙖𝙣).
4. 𝙆𝙚𝙨𝙚𝙙𝙚𝙧𝙝𝙖𝙣𝙖𝙖𝙣 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙜𝙤𝙣𝙘𝙖𝙣𝙜 𝘿𝙪𝙣𝙞𝙖
Walaupun bergelar 𝙈𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞 𝘽𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖 (22 𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣, 6 𝙗𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 14 𝙝𝙖𝙧𝙞) bermula 22 𝙊𝙠𝙩𝙤𝙗𝙚𝙧 1990 – 06 𝙈𝙚𝙞 2013.
beliau tidak pernah meninggalkan rumah kayu di Pulau Melaka. Beliau memerintah dengan tasbih di jari dan rakyat di hati. Beliau membuktikan bahawa kemuliaan seseorang bukan terletak pada protokol permaidani merah, tetapi pada tingginya ilmu dan tunduknya jiwa kepada Sang Pencipta.
𝙏𝙤𝙠 𝙂𝙪𝙧𝙪 𝙉𝙞𝙠 𝘼𝙯𝙞𝙯 telah pergi meninggalkan kita, namun "𝗮𝘂𝗿𝗮 𝗵𝗮𝗿𝘂𝗺𝗻𝘆𝗮" keikhlasannya masih segar merentasi zaman. Beliau adalah bukti hidup bahawa ilmu yang tinggi akan mengangkat darjat manusia, tetapi ketakwaan akan mengekalkan harumannya.
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat permata ummah ini. Semoga Allah menempatkan beliau bersama para syuhada dan solihin.
Al-fatihah (الفَاتِحَة)...