Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) The official page of Islamic Religious Affairs More info at: https://jaheaik.kelantan.gov.my/index.php/ms/

Penafian: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman Facebook ini.

JAHEAIK PERKASA PENGAJIAN AL-QURAN MELALUI DAURAH ANTARABANGSA AL-QURAN DAN QIRAATJabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan...
20/08/2026

JAHEAIK PERKASA PENGAJIAN AL-QURAN MELALUI DAURAH ANTARABANGSA AL-QURAN DAN QIRAAT

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) terus mempergiatkan usaha memperkasa pengajian al-Quran dalam kalangan masyarakat melalui penganjuran Daurah Antarabangsa al-Quran dan Qiraat yang berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu.

Penganjuran daurah ini menjadi salah satu inisiatif JAHEAIK dalam menyediakan ruang pengajian al-Quran yang lebih berfokus, berautoriti dan berteraskan kaedah talaqqi dan musyafahah, dengan bimbingan tokoh al-Quran yang mempunyai kepakaran dan pengalaman di peringkat antarabangsa.

Program ini turut dihadiri oleh Tuan Ibrahim Abdullah Al-Sheraim, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Negara Qatar, yang turut memberikan nilai tambah kepada usaha memperkukuh jaringan kerjasama dalam bidang pengajian dan pendidikan al-Quran.

Pada edisi kali ini, para peserta berpeluang mendalami ilmu tajwid melalui Syarah Matan Tuhfatul Atfal bersama Sheikh Prof. Dr. Ahmed Isa al-Ma’sarawi, tokoh al-Quran antarabangsa yang juga Pensyarah Hadis Universiti Al-Azhar serta pernah memegang amanah sebagai Syeikh al-Qurra’ di Mesir dan Ketua Lajnah Semakan al-Quran al-Syarif.

Penganjuran program sebegini mencerminkan komitmen JAHEAIK untuk memperluas akses masyarakat kepada pengajian al-Quran yang berkualiti, khususnya dalam aspek tajwid, makhraj, qiraat dan penguasaan bacaan al-Quran.

Usaha ini turut melengkapi peranan Pusat Tarannum al-Quran Negeri Kelantan di bawah JAHEAIK yang menjadi antara platform utama dalam memperkasa ilmu al-Quran melalui pelaksanaan kursus tahsin bacaan, tajwid, tarannum serta pengajian secara talaqqi bersanad.

JAHEAIK akan terus memperkukuh jaringan kerjasama dengan tokoh dan institusi al-Quran di dalam dan luar negara bagi memastikan masyarakat Kelantan mendapat peluang untuk mendalami ilmu al-Quran secara berterusan dan berkualiti.

Semoga usaha ini menjadi sebahagian daripada ikhtiar berterusan dalam melahirkan masyarakat yang celik al-Quran, tepat bacaannya, kukuh penguasaannya dan dekat kehidupannya dengan al-Quran.

JAHEAIK | Memperkasa Ilmu, Memartabatkan al-Quran

19/08/2026

🎙️ PODCAST | DI SEBALIK TUGAS PENGUATKUASA AGAMA
“Membina kefahaman, bukan persepsi”

Apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tugas seorang Penguatkuasa Agama? 🤔

Adakah tugas mereka sekadar turun operasi dan mengambil tindakan? Bagaimana sesuatu aduan dikendalikan? Apakah cabaran yang dihadapi ketika menjalankan amanah penguatkuasaan undang-undang syariah?

Insya-Allah, pelbagai persoalan dan salah faham akan dikupas secara santai tetapi penuh informasi dalam podcast “Di Sebalik Tugas Penguatkuasa Agama”.

🎙️ Panel:
YBrs. Ustaz Mohd Fadzuli bin Mohd Zain
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK

🎤 Host:
YBrs. Ustaz Abdul Rahman bin Mat Sulaiman
Penolong Pengarah (Operasi)
Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK

📅 6 Rabiul Awal 1448H / 19 Ogos 2026M (Rabu)
⏰ 10.00 pagi
🔴 LIVE: J-TV JAHEAIK (Facebook JAHEAIK)

Kenali tugas mereka, fahami tanggungjawab mereka dan bina kefahaman berdasarkan fakta, bukan persepsi.

📲 Jom tonton, share dan support dakwah!

18/08/2026

🎙️ PODCAST | DI SEBALIK TUGAS PENGUATKUASA AGAMA

“Membina kefahaman, bukan persepsi”

Apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tugas seorang Penguatkuasa Agama? 🤔

Adakah tugas mereka sekadar turun operasi dan mengambil tindakan? Bagaimana sesuatu aduan dikendalikan? Apakah cabaran yang dihadapi ketika menjalankan amanah penguatkuasaan undang-undang syariah?

Insya-Allah, pelbagai persoalan dan salah faham akan dikupas secara santai tetapi penuh informasi dalam podcast “Di Sebalik Tugas Penguatkuasa Agama”.

🎙️ Panel:
YBrs. Ustaz Mohd Fadzuli bin Mohd Zain
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK

🎤 Host:
YBrs. Ustaz Abdul Rahman bin Mat Sulaiman
Penolong Pengarah (Operasi)
Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK

📅 6 Rabiul Awal 1448H / 19 Ogos 2026M (Rabu)
⏰ 10.00 pagi
🔴 LIVE: J-TV JAHEAIK (Facebook JAHEAIK)

Jangan lupa temui kami ESOK!
Kenali tugas mereka, fahami tanggungjawab mereka dan bina kefahaman berdasarkan fakta, bukan persepsi.

📲 Jom tonton, share dan support dakwah!








Ucapan Takziahإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDukacita dimaklumkan bahawa YBM Dato’ Hjh. Tengku Salwani binti...
17/08/2026

Ucapan Takziah

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa YBM Dato’ Hjh. Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahya Petra telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kesalahan beliau, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

14/08/2026

Sesi 4
Talaqqi Qiraat Ashabussilah
Oleh Syeikh kamarul Irfan
Bersam Syaikhul Qurra' di Kelantan Hisham Abdul Bari

14/08/2026

Kursus tarannum & tajwid AL-QURAN Negeri Kelantan
Pusat tarannum AL-QURAN

14/08/2026
Pusat Tarannum Al-Quran Negri Kelantan
13/08/2026

Pusat Tarannum Al-Quran Negri Kelantan

11/08/2026

Kelas tahsin Al-Quran Riwayat syu'bah & Hafsh

Address

Kompleks Balai Islam
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097443633

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK):

Share