Masjid Al-Ahmadi Mukim Tebing Tinggi

Masjid Al-Ahmadi Mukim Tebing Tinggi Masjid ini merupakan Masjid Mukim bagi Kg. Tebing Tinggi, Kota Bharu, Kelantan. Hujung Pasir. Seramai 5 orang Imam yang telah berkhidmat di masjid ini.

1.

Pengerusi masjid ialah Ustaz Mohd Syafiq Bin Muhammad Nasir dibantu oleh Timbalan Pengerusi, Ustaz Abdul Aziz Bin Ibrahim dan 8 orang AJK Masjid serta 2 Pemeriksa Kira-kira. Masjid Tebing Tinggi pada asalnya ialah sebuah surau kecil yang diberi nama Surau Kg. Kemudian pada Tahun 1965, surau ini dirombak lalu digantikan dengan bangunan baru. Pembinaan ini serentak dengan pembinaan Masjid Mukim Telo

k Kitang ( mukim bersebelahan ). Masjid ini pernah menangguhkan Solat Jumaat dek kerana banjir besar yang melanda pada tahun 1967. Pada waktu tersebut, jarak air banjir dengan ruangan solat masjid hanyalah pada ketinggian 2 jari sahaja. Imam Hj Hassan
2. Imam Muhammad Bin Senik (Tok Imam Mat ; Menantu Imam Hj Hassan)
3. Imam Muhammad Bin Husin (Tok Ayah Mat Pondok kerana lamanya belajar di Pondok Bunut Payung)
4. Imam Nik Abdullah @ Raja Saleh Bin Raja Ahmad
5. Imam Mohd Syafiq Bin Muhammad Nasir (terkini)

Sekarang ini, terdapat 3 buah bangunan dan 1 menara yang terletak didalam tanah waqaf masjid :-

1 Bangunan Utama Masjid
1 Bangunan PASTI Lama (sudah dijadikan stor dan tempat gotong royong untuk memasak)
1 Bangunan PASTI baru 2 tingkat
1 Menara yang menempatkan Bilik Mesyuarat

Manakala diruangan parkir p**a sudah dibina satu tempat parkir yang boleh memuatkan 4 buah kereta dan dihujungnya terdapat 1 ruang stor kecil. Masjid ini aktif dalam menjalankan aktiviti bersama masyarakat dan pihak masjid juga sedang merancang untuk menambah baik prasarana sedia ada dari segi :-

1. Pembinaan Tandas diluar masjid.
2. Pembaikian awning masjid.
3. Menyediakan laluan bagi OKU
4. dan lain-lain. Sebarang urusan, bolehlah menghubungi Setiausaha Masjid ditalian +6011 5515 8884

Manakala untuk infaq/sadaqah/wakaf bagi tujuan imarah, pendidikan dan anak yatim serta fakir miskin boleh lah disalurkan terus ke akaun dibawah :

Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Nama Akaun : Jawatankuasa Imarah Masjid Mukim Tebing Tinggi

Nombor Akaun : 03036010176893

Kami doakan para dermawan yang budiman agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang berpanjangan dalam ketaatan dan husnul khatimah. insya-Allah

BANGUNAN ROOMSTAY & TANDAS RnRBulan Ogos 2026Tukang Sedang menyelesaikan kerja-kerja akhir yang melibatkan penambahan pa...
15/08/2026

BANGUNAN ROOMSTAY & TANDAS RnR

Bulan Ogos 2026

Tukang Sedang menyelesaikan kerja-kerja akhir yang melibatkan penambahan pada struktur bangunan seperti pembinaan bilik housekeeping.

Manakala kerja finishing sedang dijalankan seperti pemasangan railing tangga, pemasangan kayu dinding beranda dan kerja-kerja menutup mainhole tandas

Berbaki lebih kurang sebulan lagi untuk disiapkan semuanya.

Masjid masih memerlukan sebanyak Rm110k bagi melangsaikan hutang dan membeli kelengkapan-kelengkapan bangunan.



14/08/2026

Tidak terlintas akan mampu mencapai sehingga ke tahap ini.
Jumlah Rm588k bukan sedikit.

Terima Kasih Buat Semua.
Sikit Sahaja Lagi Yang Masjid Perlu

Rm110k Untuk Langsaikan Hutang dan Siapkan Kerja-kerja Akhir.

Marilah Kita Sebarkan Iklan Infaq Ini.
Semoga Usaha Kerdil Ini Dipandang Oleh Allah.




14/08/2026

RUTIN TAHUNAN BILA TIBA BULAN RABIUL AWWAL.

Gema selawat memenuhi ruang solat masjid setiap kali tibanya Bulan Rabiul Awwal.

Usai solat Jumaat, majlis selawat yang dipimpin oleh Imam Tua Masjid , Ustaz Mohd Syafiq Bin Muhammad Nasir ini sudah masuk tahun ketiga penganjurannya.

Semoga kita semua sentiasa menjadikan Rasulullah ﷺ sebagai idola dan ikutan sehingga ke akhir hayat.

Akhlak Baginda ﷺ
Tutur Kata Baginda ﷺ
Pakaian Baginda ﷺ
Makan Minum Baginda ﷺ
Pemikiran Baginda ﷺ





14/08/2026
12/08/2026

Amanat Khas Baba Mat Makmawi DITANGGUHKAN atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Baba Mohon Maaf.

12/08/2026

[12.8.2026] Genap 2 Tahun Pembinaan Bangunan 2 Tingkat, Roomstay & Tandas RnR Masjid Kita. Ya Allah, Permudahkanlah Segala Urusan Kami. Pembinaannya & Pengurusannya. Kami Bermesyuarat Lalu Kami Bermunajat. "فإذا عزمت فتوكل على الله"

LENSA KELAS AL-QURAN MINGGUAN (MUSLIMAT)SETIAP SABTUJAM 2 PETANG - 4 PETANGMASJID MUKIM TEBING TINGGI, PENGKALAN CHEPAAl...
08/08/2026

LENSA KELAS AL-QURAN MINGGUAN (MUSLIMAT)

SETIAP SABTU
JAM 2 PETANG - 4 PETANG
MASJID MUKIM TEBING TINGGI, PENGKALAN CHEPA

Alhamdulillah. Muslimat Tebing Tinggi Cakna & Cinta Al-Quran.
Kelas Al-Quran mingguan yang sudah pun masuk tahun ke-3 mendapat sambutan dalam kalangan para ibu dan jemaah serta anak mukim Tebing Tinggi.

Kelas ini masjid adakan secara Percuma kepada muslimat.
Semua lapisan umur boleh datang.

Ada yang baru bermula dengan Iqra,
Ada yang sudah masuk Muqaddam,
Ada yang sedang berusaha nak khatamkan.

Alhamdulillah. Yang penting, usaha dan kesabaran itu yang dinilai.
Guru hanya memberi tunjuk ajar,

Yang menganugerahkan kefahaman dan kepandaian ialah ALLAH jua.

Semoga Asbab Al-Quran, dapatkan hidupkan hati dan perbaiki sahsiah kita semua.

LENSA KULIAH MAGHRIB PERDANATG UST AZRIHISYAM6 OGOS 2026KHAMISAlhamdulillah.Jelas terpampang kegembiraan pada wajah tuan...
07/08/2026

LENSA KULIAH MAGHRIB PERDANA
TG UST AZRIHISYAM
6 OGOS 2026
KHAMIS

Alhamdulillah.
Jelas terpampang kegembiraan pada wajah tuan guru kerana sambutan yang menggalakkan daripada jemaah anak mukim.

Bagi mereka yang berkuliah, ibarat membuka kedai. Jika tak ramai yang datang, hati akan berasa sayu dan sedih bahkan bimbang, apakah bala atau ujian yang menimpa sesuatu kaum itu sehingga panggilan daripada Rumah Allah diabaikan.

Namun, bila ramai yang datang, beri sokongan dan dokongan, maka itu petanda rahmat Allah turun kepada sesebuah kampung dan rakyatnya.

Semoga penduduk Tebing Tinggi tetap Istiqamah.
Manakala yang tiada kelapangan masa, tanamlah niat dan azam untuk hadir.

Urusan dunia kehidupan mencari makan sehari-hari tidak akan habis bahkan akan sentiasa ada.
Namun, masa untuk agama dan masjid, kitalah yang mesti beri. Itulah namanya pengorbanan dan kesungguhan.

Allah tidak lihat kepada hasil tapi Dia lihat kepada usaha dan kesanggupan kita .




06/08/2026

Kuliah Maghrib Perdana
"Perlumbaan Yang Menguntungkan"
oleh TG Ust Azrihisyam
Sohib Manhal An-Nushiy

Address

Kg. Tebing Tinggi
Kota Bharu
16100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Ahmadi Mukim Tebing Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Ahmadi Mukim Tebing Tinggi:

Shortcuts

Share