Masjid Al-Hakim Mukim Taman Tanjong Chat, Kota Bharu

Masjid Al-Hakim Mukim Taman Tanjong Chat, Kota Bharu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Al-Hakim Mukim Taman Tanjong Chat, Kota Bharu, Mosque, Masjid Al-Hakim, Mukim Taman Tanjong Chat, Kota Bharu.

🍲 PROGRAM KACAU SUGHO & KULIAH MAGHRIB PERDANA SEMPENA TAHUN BARU HIJRAH 1448H πŸŒ™Masjid Al-Hakim dengan sukacitanya menje...
09/07/2026

🍲 PROGRAM KACAU SUGHO & KULIAH MAGHRIB PERDANA SEMPENA TAHUN BARU HIJRAH 1448H πŸŒ™

Masjid Al-Hakim dengan sukacitanya menjemput seluruh ahli kariah, penduduk Taman Tanjong Chat dan masyarakat sekitar untuk bersama-sama memeriahkan program tradisi tahunan Kacau Sugho.

πŸ“… Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•– Masa: 7.00 pagi
πŸ“ Tempat: Perkarangan Masjid Al-Hakim

Program ini bukan sekadar memasak sugho secara bergotong-royong, bahkan menjadi wadah menyatukan hati, mengeratkan ukhuwwah dan menjalinkan silaturrahim dalam kalangan masyarakat.
Pada sebelah malam p**a, marilah kita bersama menghadiri:

πŸŒ™ Kuliah Maghrib Perdana Sempena Tahun Baru Hijrah 1448H
πŸŽ™ Penceramah: Ust. Mohamad Akashah bin Mohamad Adnan
(Imam Tua Masjid Bukit Abal)

🍲 Sugho akan diagihkan kepada para hadirin selepas Kuliah Maghrib.
@
✨ Ayuh, luangkan masa bersama keluarga dan sahabat. Hadirlah memeriahkan program yang penuh dengan semangat gotong-royong, ilmu, ukhuwwah dan keberkatan.

Jom pakat hadir kacau sugho dan ramai-ramai dengar ceramah!

PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA KILAT MANGSA KEBAKARAN KG. CINAAlhamdulillah, hasil kutipan derma kilat daripada para jemaah ...
12/06/2026

PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA KILAT MANGSA KEBAKARAN KG. CINA

Alhamdulillah, hasil kutipan derma kilat daripada para jemaah dan orang ramai telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM3,442.00 bagi membantu mangsa kebakaran di Kg. Cina.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Imam Muda Masjid Al-Hakim kepada Imam Tua Masjid Banggol untuk disalurkan kepada mangsa yang terlibat.

Pihak Masjid Al-Hakim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang atas keprihatinan serta sokongan yang diberikan. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang diterima Allah SWT dan diberi ganjaran yang berlipat ganda.

Jumlah kutipan: RM3,442.00

Jazakumullahu khairan kathira.

AGIHAN DAGING KORBAN MASJID AL-HAKIMAlhamdulillah, pada 11 Zulhijjah 1447H (Hari Raya Aidiladha Kedua), Masjid Al-Hakim ...
05/06/2026

AGIHAN DAGING KORBAN MASJID AL-HAKIM

Alhamdulillah, pada 11 Zulhijjah 1447H (Hari Raya Aidiladha Kedua), Masjid Al-Hakim telah berjaya mengagihkan sebanyak 120 kilogram daging korban kepada asnaf, jemaah masjid dan penduduk setempat.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab bertambahnya keberkatan, kasih sayang dan ukhuwah dalam masyarakat.

Pihak Masjid Al-Hakim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang, petugas serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

"Daging-daging korban dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu." (Surah Al-Hajj: 37)

Masjid Al-Hakim Bersama Menyantuni Ummah, Menyuburkan Taqwa.

AssalamualaikumMasjid Al-Hakim, Mukim Taman Tanjong Chat telah mengadakan Jamuan Mahabbah Aidiladha Tahun 1447H / 2026M ...
05/06/2026

Assalamualaikum

Masjid Al-Hakim, Mukim Taman Tanjong Chat telah mengadakan Jamuan Mahabbah Aidiladha Tahun 1447H / 2026M selepas Solat Fardhu Zohor pada 1 Jun 2026 lalu sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada para jemaah dalam usaha bersama-sama mengimarahkan masjid.

Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.

02/03/2026

Waktu Operasi Kaunter zakat fitrah
Masjid Al Hakim

10 pagi - 12 tghri
Lepas Zohor - 3 ptng
Lepas Asar - 5.45 ptng
Lepas Solat Terawih

Kadar Bayaran Zakat Fitrah

1) RM10
2) RM22

Bermula 11 Ramadhan / 1 Mac Sehingga Akhir Ramadhan

INFAQ JUMAAT | MASJID AL-HAKIMApa yang kita lepaskan kerana Allah,tidak pernah benar-benar hilang.Ia berubah menjadi ket...
30/01/2026

INFAQ JUMAAT | MASJID AL-HAKIM

Apa yang kita lepaskan kerana Allah,
tidak pernah benar-benar hilang.

Ia berubah menjadi ketenangan di dunia
dan peneman setia di akhirat.

Hari ini kita memberi,
esok kita bersyukur kerana pernah memberi.

Salurkan infaq anda:
Bank Muamalat
03010005352716
Jawatankuasa AlHakim Tmn Tg Chat

Al-Quran mengalirkan cahaya, dan masjid menjadi pentasnya.Dalam keberkatan program Daurah Al-Quran yang sedang berlangsu...
25/01/2026

Al-Quran mengalirkan cahaya, dan masjid menjadi pentasnya.

Dalam keberkatan program Daurah Al-Quran yang sedang berlangsung di Masjid Al-Hakim, Taman Tanjong Chat, semua dijemput menyaksikan Majlis Tilawah Al-Quran, menampilkan Qari Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2023.

πŸ—“ 28 Januari 2026 (Rabu)
πŸ•˜ 9.00 pagi
πŸ“ Masjid Al-Hakim, Taman Tanjong Chat

Majlis penuh barakah ini ditaja oleh Family Station Mini Market Kubang Tuman. Marilah bersama-sama menyelami lantunan ayat-ayat Ilahi, menghayati keindahan kalam-Nya, dan menambah cahaya iman dalam jiwa.

PROGRAM DAURAH AL-QURAN 50 HARIMasjid Al-Hakim, Taman Tanjong ChatDibimbing oleh:UST HJ MUSTAFFA BIN MOHAMED(No. Tauliah...
15/12/2025

PROGRAM DAURAH AL-QURAN 50 HARI
Masjid Al-Hakim, Taman Tanjong Chat

Dibimbing oleh:
UST HJ MUSTAFFA BIN MOHAMED
(No. Tauliah MAIK: 2024/073)

πŸ“… 1 Syaaban 1447H / 20 Januari 2026
hingga
πŸ“… 20 Ramadan 1447H / 10 Mac 2026

Masa :

β€’ 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
β€’ Selepas Asar - 6.30 petang
β€’ Selepas Maghrib - Isyak

πŸ› Tempat:
Masjid Al-Hakim, Taman Tanjong Chat, Kota Bharu

✨ Kelebihan Program:
β€’ 50 hari ilmu Al-Quran secara PERCUMA
β€’ Talaqqi bersanad bersama guru bertauliah
β€’ Penekanan pada makna, tafsir, tadabbur & penghayatan
β€’ Terbuka kepada semua

🎯 Rebut peluang ini untuk mendekatkan diri kepada Al-Quran.

TEMPAT ADALAH TERHAD

Semoga ia menjadi permulaan kepada hidup yang lebih diberkati.

πŸ“Œ Pendaftaran:
πŸ‘‰ Pautan: https://forms.gle/vifc2qng8JfMutsv7

atau imbas QR pada poster.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
πŸ“ž 014-8181001 (Nik Ahmad Faris)
Imam Muda Masjid Al-Hakim

Address

Masjid Al-Hakim, Mukim Taman Tanjong Chat
Kota Bharu
15300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Hakim Mukim Taman Tanjong Chat, Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category