Masjid Pekan Kota Belud

Masjid Pekan Kota Belud Page ini ditubuhkan bagi mempromosi, berkongsi ilmu dan maklumat program yang akan dan sedang diadakan di Masjid Pekan Kota Belud.

11/08/2026

Kuliah Khas : Fiqh Tahawwulat (Memahami Perubahan Zaman Dengan Panduan Syariat)

11/08/2026

Kuliah Khas Fiqh Tahawwulat : Memahami Perubahan Zaman Dengan Panduan Syariat

πŸ“– KULIAH ILMIAH KHAS DI MASJID PEKAN KOTA BELUD"Fiqh Al-Tahawwulat: Memahami Perubahan Zaman Dengan Panduan Syariat"Duni...
11/08/2026

πŸ“– KULIAH ILMIAH KHAS DI MASJID PEKAN KOTA BELUD

"Fiqh Al-Tahawwulat: Memahami Perubahan Zaman Dengan Panduan Syariat"

Dunia berubah dengan begitu pantas.

Teknologi berkembang. Cabaran masyarakat semakin kompleks. Cara hidup juga semakin berbeza.

Namun, bagaimana seorang Muslim memahami perubahan ini tanpa mengorbankan prinsip syariat?

Jom hadir bersama menimba ilmu daripada:

πŸŽ™οΈ Syeikh Niyaz Ahmad 'Ali' Abdullah Hisamuddin
Seorang tokoh ilmuan yang berpengalaman dalam bidang syariah dan pendidikan Islam.

πŸ“… Tarikh : 11 Ogos 2026 (Selasa)
πŸ•°οΈ Masa : Selepas Solat Maghrib
πŸ“ Tempat : Masjid Pekan Kota Belud (MPKB)

Ini bukan sekadar kuliah biasa.

Ia adalah peluang untuk memahami bagaimana Islam membimbing umat menghadapi perubahan zaman dengan hikmah, ilmu dan kefahaman yang sahih.

"Islam itu kekal, namun cara memahami dan mengamalkannya perlu selaras dengan perubahan zaman. Bimbingan syariat menjadi panduan umat sepanjang masa."

πŸ“Œ Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat.

Jemput ahli keluarga, sahabat serta rakan-rakan. Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu menjadi asbab mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

KUNJUNGAN HORMAT JAWANKUASA MASJID PEKAN KOTA BELUDJawatankuasa Masjid Pekan Kota Belud telah mengadakan kunjungan horma...
06/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT JAWANKUASA MASJID PEKAN KOTA BELUD

Jawatankuasa Masjid Pekan Kota Belud telah mengadakan kunjungan hormat kepada penaung iaitu Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak, Ketua Merinyu Projek Sabah.

Alhamdulillah banyak hasrat disampaikan secara terus terkait pembangunan dan pengisian program di masjid.

Penaung juga sempat menyampaikan amanat untuk pastikan urus tadbir dan pengoperasian masjid berada pada tahap yang sepatutnya setara dengan masjid-masjid terkenal di luar sana.

Usaha ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengangkat martabat masjid agar menjadi wadah penyatuan dan platform amal kepada seluruh masyarakat.

MEDIA RASMI MASJID PEKAN KOTA BELUD

Gimik Penyerahan Mock Cheque sumbangan pembinaan 3 buah signage untuk masjid kesayangan kita. Terima Kasih YB Isnaraissa...
01/08/2026

Gimik Penyerahan Mock Cheque sumbangan pembinaan 3 buah signage untuk masjid kesayangan kita.

Terima Kasih YB Isnaraissah Munirah Majilis atas inisiatif untuk Masjid Pekan Kota Belud nampak lebih cantik dan mesra pengunjung.

KELAS ASAS AL-QURANMasjid Pekan Kota Belud membuka penyertaan kepada masyarakat yang ingin mempelajari asas bacaan Al-Qu...
22/07/2026

KELAS ASAS AL-QURAN

Masjid Pekan Kota Belud membuka penyertaan kepada masyarakat yang ingin mempelajari asas bacaan Al-Quran dalam suasana pembelajaran yang santai, tersusun dan berpandukan guru.

Kelas ini sesuai untuk:
β€’ Kanak-kanak
β€’ Remaja
β€’ Dewasa
β€’ Mereka yang baru ingin bermula atau memperbaiki bacaan Al-Quran

Maklumat kelas:
πŸ“… Hari: Setiap Ahad
πŸ•€ Masa: 9.30 pagi – 11.00 pagi
πŸ“ Tempat: Masjid Pekan Kota Belud
πŸ’° Yuran: Percuma

Tenaga pengajar:
Ustaz Datu Bolkiah Ali

Penyertaan adalah percuma. Orang ramai dijemput hadir dan mengambil peluang untuk mendalami bacaan Al-Quran bersama-sama.

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran boleh menghubungi:
πŸ“ž 018-964 8674 (Ustaz Datu Bolkiah Ali)

Marilah kita menghidupkan masjid dengan majlis ilmu dan membina generasi yang celik Al-Quran.

🀝 PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL 🀝Alhamdulillah, selesai sudah Perlawanan Persahabatan Futsal antara Masjid Al-Amin Kg. ...
11/07/2026

🀝 PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL 🀝

Alhamdulillah, selesai sudah Perlawanan Persahabatan Futsal antara Masjid Al-Amin Kg. Payas-Payas dan Masjid Pekan Kota Belud.

Terima kasih kepada semua pemain, penyokong dan urus setia yang menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan semangat bersukan dalam suasana harmoni sentiasa mekar.

Menang kalah adat permainan, silaturahim kekal selamanya. πŸ’šβš½

TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAHHj. Dr. Saijan Bin SamitPengerusi(Syukbah Pembangunan)Setinggi-tinggi tahniah diucap...
26/06/2026

TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH

Hj. Dr. Saijan Bin Samit
Pengerusi
(Syukbah Pembangunan)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pemilihan sebagai Ahli Jawatankuasa Masjid Pekan Kota Belud bagi sesi 2026–2028. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, integriti dan tanggungjawab demi memakmurkan rumah Allah serta memberikan manfaat kepada seluruh ahli kariah.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan kepada barisan kepimpinan ini dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAHIskandar Bin AshgulTimbalan Pengerusi(Syukbah Pembangunan)Setinggi-tinggi tahniah di...
26/06/2026

TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH

Iskandar Bin Ashgul
Timbalan Pengerusi
(Syukbah Pembangunan)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pemilihan sebagai Ahli Jawatankuasa Masjid Pekan Kota Belud bagi sesi 2026–2028. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, integriti dan tanggungjawab demi memakmurkan rumah Allah serta memberikan manfaat kepada seluruh ahli kariah.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan kepada barisan kepimpinan ini dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAHHairulazhar bin RuslaniSetiausaha(Ketua Syukbah Pentadbiran)Setinggi-tinggi tahniah ...
26/06/2026

TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH

Hairulazhar bin Ruslani
Setiausaha
(Ketua Syukbah Pentadbiran)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pemilihan sebagai Ahli Jawatankuasa Masjid Pekan Kota Belud bagi sesi 2026–2028. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, integriti dan tanggungjawab demi memakmurkan rumah Allah serta memberikan manfaat kepada seluruh ahli kariah.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan kepada barisan kepimpinan ini dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Address

Jalan Hasbollah
Kota Belud
89150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Pekan Kota Belud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Pekan Kota Belud:

Shortcuts

Share