Masjid Nurul Suhada Kg. Rampayan Ulu KB

Masjid Nurul Suhada Kg. Rampayan Ulu KB Halaman ini memaparkan segala program dan aktiviti masjid Nurul Suhada yang dilaksanakan sepanjang tahun.

✨PROGRAM CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH 1448H✨Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Pr...
17/06/2026

✨PROGRAM CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH 1448H✨

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Program Ceramah Sempena Maal Hijrah 1448H yang telah berlangsung di Masjid Nurul Suhada, Kg Rampayan Ulu.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Ustaz Aminullah bin Ramlee (Imam Daerah Kota Belud) atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat bertajuk “Hijrah Hakiki: Meninggalkan Larangan, Menuju Keredhaan”.

Penghargaan juga ditujukan kepada seluruh jemaah, para penyumbang, sukarelawan serta AJK Masjid Nurul Suhada yang telah hadir dan memberikan sokongan bagi menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan menjadi asbab peningkatan iman serta ketakwaan kita kepada Allah SWT.

"Hijrah bukan sekadar perubahan tempat, tetapi perubahan diri menuju keredhaan Allah."
بارك الله فيكم وجزاكم الله خيراً

16/06/2026

Dilampirkan juga bersama ini doa akhir tahun 1447H dan awal tahun 1448H untuk edaran juga kepada yang berkenaan.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1448H/2026M.

16/06/2026
📢 CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH 1448H / 2026M 📢Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Mangalukus pagari yang dirahmati...
12/06/2026

📢 CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH 1448H / 2026M 📢

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mangalukus pagari yang dirahmati Allah,

AJK Masjid Nurul Suhada, Kg Rampayan Ulu dengan sukacitanya menjemput seluruh masyarakat untuk menghadiri Ceramah Sempena Maal Hijrah yang akan disampaikan oleh:

🎙 Ustaz Aminullah bin Ramlee
(Imam Daerah Kota Belud)

Tajuk Ceramah:
"Hijrah Hakiki: Meninggalkan Larangan, Menuju Keredhaan"

📅 Tarikh: 17 Jun 2026 (Rabu)
🗓 Bersamaan: 2 Muharam 1448H
🕡 Masa: Selepas Solat Maghrib (6.30 petang)
📍 Tempat: Masjid Nurul Suhada, Kg Rampayan Ulu

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah dengan memperkukuhkan iman, meningkatkan amal ibadah dan memperbaiki akhlak demi meraih keredhaan Allah SWT.

26/05/2026

Amalan Sunnah Pada Hari Raya Aidiladha

Mari sama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah ﷺ. Semoga Allah SWT menerima segala amalan, ibadah dan pengorbanan kita.

🌙 Salam Aidiladha 1447H / 2026M 🐄Pihak AJK Masjid mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh jemaah dan umat...
26/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H / 2026M 🐄

Pihak AJK Masjid mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh jemaah dan umat Islam. Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta menyemai semangat pengorbanan dan keikhlasan.

Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin. 🤍

🌿PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA AIDILADHA 🌿Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana Sempena Aidiladha yang te...
24/05/2026

🌿PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA AIDILADHA 🌿

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana Sempena Aidiladha yang telah berlangsung pada pagi ini berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama dan semangat kebersamaan penduduk kampung serta semua pihak yang terlibat.

Pihak AJK Masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa, tenaga serta membawa pelbagai kelengkapan bagi menjayakan program ini.
Program ini bukan sahaja bertujuan membersihkan dan menceriakan kawasan, malah menjadi medan mengeratkan ukhuwah serta menyemai semangat kerjasama dalam komuniti.

Semoga segala usaha, keringat dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT.

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."

Jutaan terima kasih kepada Ketua Kampung (KK), AJK Masjid, KRT, KPI, JPKK serta seluruh penduduk kampung yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Muafakat membawa berkat, gotong-royong menyatukan masyarakat.

Alhamdulillah, Masjid Nurul Suhada, Kg Rampayan Ulu telah menerima sumbangan berupa meja kuliah dan kerusi daripada En. ...
16/04/2026

Alhamdulillah, Masjid Nurul Suhada, Kg Rampayan Ulu telah menerima sumbangan berupa meja kuliah dan kerusi daripada En. Rasmun & keluarga.

Semoga sumbangan ini menjadi amal jariah yang berterusan serta diberkati oleh Allah SWT. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada para jemaah dalam pelaksanaan majlis ilmu dan aktiviti di masjid.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas keikhlasan dan sokongan yang diberikan.

جزاكم الله خيراً كثيراً🤲🏻

Address

Kg Rampayan Ulu
Kota Belud
89150

Telephone

+60189695868

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Nurul Suhada Kg. Rampayan Ulu KB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Nurul Suhada Kg. Rampayan Ulu KB:

Shortcuts

Share