Masjid Al-Ehsan Kariah Titi Selangor

Masjid Al-Ehsan Kariah Titi Selangor Ini adalah laman Facebook rasmi bagi Masjid Al-Ehsan Kariah T**i Selangor Kodiang Kedah Darul Aman.

๐ŸŒฟ Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Kariah Masjid Al-Ehsa...
24/07/2026

๐ŸŒฟ
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Kariah Masjid Al-Ehsan Kariah T**i Selangor, para belia serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program gotong-royong membersihkan Kawasan Perkuburan Islam pada pagi ini.

Komitmen, tenaga dan kerjasama yang diberikan amat bermakna dalam memastikan kawasan perkuburan sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan terpelihara. Semoga segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan dikira sebagai amal kebajikan serta mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Kami juga memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang program berlangsung.

Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, manakala segala kekurangan adalah daripada pihak kami.

๐Ÿค Bersatu hati, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

๐ŸŒ™ Semoga ukhuwah dan semangat kebersamaan ini terus berkekalan.

๐Ÿ•Œ JEMPUTAN GOTONG-ROYONG KAWASAN PERKUBURAN ISLAM ๐ŸŒฟAssalamualaikum W.B.T.Seluruh belia, jemaah serta penduduk setempat d...
22/07/2026

๐Ÿ•Œ JEMPUTAN GOTONG-ROYONG KAWASAN PERKUBURAN ISLAM ๐ŸŒฟ

Assalamualaikum W.B.T.

Seluruh belia, jemaah serta penduduk setempat dijemput hadir bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong Kawasan Perkuburan Islam Masjid Al-Ehsan Kariah T**i Selangor.

๐Ÿ“… Tarikh: 24 Julai 2026 | Jumaat
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Al-Ehsan Kariah T**i Selangor

Aturcara Program:

๐Ÿ•Œ 6.00 pagi โ€” Solat Subuh Seperti Solat Jumaat
โ˜• 7.00 pagi โ€” Sarapan pagi
๐ŸŒฑ 8.00 pagi โ€” Gotong-royong
โœ… 11.00 pagi โ€” Bersurai

Aktiviti melibatkan kerja membersihkan kawasan perkuburan, memotong rumput, memotong ranting, menyapu dan mengumpulkan rumput serta menceriakan kawasan sekitar.

Mari kita bersama-sama menyumbang tenaga, mengeratkan silaturahim dan menjaga kebersihan kawasan perkuburan Islam.

๐Ÿค Semua belia dan jemaah dijemput hadir.

๐ŸŒฟ Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

๐Ÿ”–Sembang Santai Bersama Pegawai & Anggota Polis Diraja Malaysia dari (Balai Kodiang)Bersama Komuniti Kampung di dalam Ka...
14/07/2026

๐Ÿ”–Sembang Santai Bersama Pegawai & Anggota Polis Diraja Malaysia dari (Balai Kodiang)
Bersama Komuniti Kampung di dalam Kariah Masjid Al-Ehsan T**i Selangor

๐ŸŒ™โœจ CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H โœจ๐ŸŒ™Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Ceramah Khas Sempen...
06/07/2026

๐ŸŒ™โœจ CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H โœจ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Ceramah Khas Sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H bersama penceramah jemputan

๐ŸŽ™๏ธ Al-Fadzil Ustaz Lutfi Amir Saidin

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua Ahli Kariah serta para Jemaah Masjid Al-Ehsan Kariah T**i Selangor yang hadir bagi memeriahkan majlis ilmu ini.

Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat, menyuburkan semangat hijrah dalam diri, meningkatkan keimanan serta menambah ketaqwaan kita kepada Allah SWT. ๐Ÿคฒ

๐ŸŒฟ Hijrah Diri, Hijrah Hati, Hijrah Ummah

Semoga kita terus istiqamah ke arah kebaikan.

Terima kasih atas sokongan dan kehadiran semua.
ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑู‹ุง ูƒุซูŠุฑู‹ุง
**iSelangor




03/07/2026

Assalamualaikum,
Dapatan ,
keputusan Perbincangan AJK tangguh dlu bg peserta Gerai Jualan.

Putuskan ada jamuan kepada jemaah yg hadir

mohon maaf,
Insha Allah Semoga Allah permudah segala urusan yg akan di usahakan

Insha Allah Untuk Next Program pihak kami cuba aturkan kemudian nnti.

ZIARAH KASIH AHLI JAWATANKUASA MASJID ๐Ÿค๐Ÿ’š๐Ÿ“… Jumaat | 3 Julai 2026Beberapa Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan Kariah T**i Se...
03/07/2026

ZIARAH KASIH AHLI JAWATANKUASA MASJID ๐Ÿค๐Ÿ’š

๐Ÿ“… Jumaat | 3 Julai 2026

Beberapa Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan Kariah T**i Selangor bersama ahli jemaah dan Mantan Pengerusi Masjid, Ustaz Ahmad Haji Awang, telah menziarahi salah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid, Saudara Sumahadi Saari, yang kini diuji dengan keadaan kesihatan sehingga tidak mampu berjalan.

Seluruh Ahli Jawatankuasa dan ahli jemaah mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, mempermudahkan segala urusan rawatan serta mengembalikan kesihatan beliau seperti sediakala. ๐Ÿคฒ

Dalam kunjungan tersebut, Bendahari Masjid turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau dan keluarga bagi membantu menguruskan keperluan rawatan.

Semoga Saudara Sumahadi Saari dan keluarga terus diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan dalam menghadapi ujian ini.

Syafakallah, semoga segera sembuh dengan izin Allah SWT. ๐ŸŒน





**iSelangor

๐ŸŒ™โœจ CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H โœจ๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ Hijrah Diri, Hijrah Hati, Hijrah UmmahMasjid Al-Ehsan Kariah T**i...
29/06/2026

๐ŸŒ™โœจ CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H โœจ๐ŸŒ™

๐Ÿ•Œ Hijrah Diri, Hijrah Hati, Hijrah Ummah

Masjid Al-Ehsan Kariah T**i Selangor dengan penuh sukacita menjemput seluruh Muslimin dan Muslimat untuk hadir ke program ceramah khas sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H.

๐ŸŽ™๏ธ Bersama:
Al-Fadzil Ustaz Lutfi Amir
Bahagian Agama & Kaunseling
(BAKA PDRM)

๐Ÿ“– Tajuk Ceramah:
โ€œHayati Hijrah Menambah Ketaqwaanโ€

๐Ÿ“… Tarikh: Isnin, 6 Julai 2026
๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: Selepas Solat Maghrib
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Al-Ehsan Kariah T**i Selangor, Jalan Sanglang, Kodiang, Kedah

๐Ÿคฒ Marilah bersama-sama kita menghayati pengertian hijrah, memperbaiki diri, membersihkan hati dan memperkukuhkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

๐Ÿ›๏ธ Pertanyaan Lot Niaga:
๐Ÿ“ž 013-2712283
๐Ÿ‘ค Mohd Afendi (SU MTS)

๐Ÿ“ฒ Jangan lupa kongsikan hebahan ini kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan.

Semoga perkongsian ini menjadi asbab kepada kebaikan bersama.








Rabu | 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447HAlhamdulillah, suasana penuh syukur dan meriah dapat disaksikan apabila r...
27/05/2026

Rabu | 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H

Alhamdulillah, suasana penuh syukur dan meriah dapat disaksikan apabila ramai jemaah anak kariah hadir memeriahkan serta menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Ehsan Kariah T**i Selangor pada jam 8.30 pagi.

Kehadiran jemaah yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, golongan belia dan warga emas jelas menggambarkan semangat ukhuwah serta penghayatan terhadap syiar Islam dalam menyambut Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini.

Semoga ibadah yang dilaksanakan diterima Allah SWT dan sambutan Aidiladha pada tahun ini terus mengeratkan silaturahim sesama masyarakat serta menyemarakkan semangat pengorbanan dalam kehidupan. ๐ŸŒ™โœจ

๐Ÿ“ข๐Ÿ•Œ MAKLUMAN SEMUA ANAK KARIAH ๐Ÿ•Œ๐Ÿ“ขโœจ Jom bersama-sama memeriahkan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha! โœจHari yang penuh keberka...
26/05/2026

๐Ÿ“ข๐Ÿ•Œ MAKLUMAN SEMUA ANAK KARIAH ๐Ÿ•Œ๐Ÿ“ข

โœจ Jom bersama-sama memeriahkan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha! โœจ

Hari yang penuh keberkatan ini bukan sekadar sambutan, tetapi mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. ๐Ÿค

๐Ÿคฒ Marilah kita hadir bersama keluarga, saudara mara dan sahabat handai untuk mengimarahkan rumah Allah. Semoga setiap langkah menuju masjid menjadi asbab rahmat dan ganjaran pahala buat kita semua.

๐Ÿ•Œ Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
๐Ÿ•ฃ Pukul : 8.30 Pagi
๐Ÿ“… 27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447H
๐Ÿ“ Masjid Al-Ehsan Kariah T**i Selangor

๐ŸŒ™ "Mari kita bersama menghayati semangat Aidiladha melalui pengorbanan, keikhlasan dan ukhuwah sesama insan."

Ikhlas daripada:
๐ŸŒฟ Seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan Kariah T**i Selangor

**iSelangor ๐Ÿค

Address

Masjid Al-Ehsan Kariah T**i
Kodiang

Telephone

+60195707031

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Ehsan Kariah Titi Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share