04/08/2026
🕌PROGRAM “ LAFAZ KALIMAH CINTA” MEMPERKUKUH KASIH, MEMBINA KELUARGA BAHAGIA💞
Alhamdulillah, Program “Lafaz Kalimah Cinta: Memperkukuh Kasih, Membina Keluarga Bahagia” telah berjaya dilaksanakan pada 4 Ogos 2026 (Selasa) bermula jam 8.00 pagi bertempat di Masjid Al-Muhaimin, Penjara Kluang, Johor dengan penyertaan pasangan dalam kalangan pegawai Penjara Kluang.
Program ini menjadi wadah yang bermakna dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan melalui penghayatan nilai kasih sayang, komunikasi berkesan serta tanggungjawab suami isteri menurut tuntutan Islam. Pelbagai pengisian yang disampaikan telah membuka ruang kepada para peserta untuk memperbaharui iltizam, menyemai rasa cinta yang diredai Allah SWT serta memperkukuh hubungan suami isteri dalam menghadapi cabaran kehidupan masa kini.
Suasana program yang penuh harmoni, mesra dan menyentuh hati jelas membuktikan bahawa keluarga yang dibina atas asas iman, kasih sayang dan saling menghormati merupakan tunjang kepada kebahagiaan rumah tangga serta melahirkan individu yang sejahtera, berintegriti dan cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan bermasyarakat.
Semoga segala ilmu, nasihat dan pengisian yang diperoleh sepanjang program ini menjadi bekalan yang bermanfaat dalam membina keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah, seterusnya melahirkan masyarakat yang harmoni serta mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.😊