Masjid Saidina Abu Bakar, Kg Melayu Niyor

Masjid Saidina Abu Bakar, Kg Melayu Niyor Mosque

SUNNAH SOLAT GERHANA BULANInsyaa Allah lepas maghrib hari ini akan dapat berlaku fenomena alam 'GERHANA BULAN'Menjadi sa...
03/03/2026

SUNNAH SOLAT GERHANA BULAN

Insyaa Allah lepas maghrib hari ini akan dapat berlaku fenomena alam 'GERHANA BULAN'

Menjadi satu sunnah yang dituntut untuk kita amalkan iaitu melakukan Solat Sunat Gerhana. Ia boleh dilakukan samada secara berjamaah atau bersendirian. Boleh buat solat gerhana jam 8.00malam nanti.

ULANGKAJI:

Solat Sunat Gerhana adalah 2 rakaat. Tatacara solat gerhana bulan lebih kurang sama seperti solat sunat yang biasa dan bacaannya pun sama. Cumanya ada sikit beza dari urutannya seperti yang di jelaskan di bawah:-

[1] Berniat di dalam hati dan tidak dilafazkan.

[2] Takbiratul ihram iaitu bertakbir sebagaimana solat biasa.

[3] Membaca do’a iftiftah, kemudian membaca surat al-Fatihah dan membaca surah yang panjang (seperti surat Al Baqarah) sambil dijaharkan (dikuatkan suaranya) sebagaimana terdapat dalam hadits Aisyah:

جَهَرَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – فِى صَلاَةِ الْخُسُوفِ بِقِرَاءَتِهِ
”Nabi ﷺ menjaharkan bacaannya ketika solat gerhana.” (HR. Bukhari no. 1065 dan Muslim no. 901)

[4] Kemudian bertakbir dan ruku’

[5] Kemudian bangkit dari ruku’ (i’tidal) sambil mengucapkan ’SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH, RABBANA WA LAKAL HAMD’

[6] Setelah i’tidal, tidak langsung sujud, TETAPI dilanjutkan dengan membaca surat Al Fatihah dan surah sekali lagi. Berdiri yang kedua ini lebih singkat dari yang pertama.

[7] Setelah itu bertakbir dan ruku’ (ruku’ kedua)

[8] Kemudian bangkit dari ruku’ (i’tidal).

[9] Kemudian bersujud dengan membaca bacaan sujud seperti biasa, telah itu bangun dan duduk di antara dua sujud (dan membaca bacaan duduk seperti solat biasa), kemudian sujud kembali.

[10] Setelah itu bangkit dari sujud lalu mengerjakan raka’at kedua (kemudian ULANG langkah 4 hingga 9).

[11] Setelah itu bangun dan membaca tahiyat akhir.

[12] Salam.

Kepada yang tidak buat seumur hidup, belajarlah dan amalkanlah. Pahala mengerjakan solat sunat gerhana ini besar, lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan.

SEBARKAN....

~MRJ

25/02/2026
DOA APABILA MELIHAT ANAK BULAN RAMADANRasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk dibaca apabila melihat anak bulan Ramad...
18/02/2026

DOA APABILA MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN
Rasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk dibaca apabila melihat anak bulan Ramadan:

1. اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

Allahumma ahillahu ‘alaina bil yumni wal iman was salamati wal Islam rabbi warrabbukallah

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

2.اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

[Allahumma sallimni li ramadhan, wasallim ramadhana li, watasallamhu minni mutaqabbala.]

Maksudnya : Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).

[Diriwayatkan oleh Imam Tabrani dalam Kitab al-Du’a (913)]

Masjid Saidina Abu Bakar, Kg Melayu Niyor

28/01/2026

Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ سُورَةً فِي الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِصَاحِبِهَا حَتَّى غُفِرَ لَهُ : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Maksudnya: Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah al-Mulk.

Riwayat Ibn Majah (3786)

Majlis sambutan Maulidur Rasul S.A.W
04/10/2025

Majlis sambutan Maulidur Rasul S.A.W

Kenali Nabi Muhammad S.A.W
04/10/2025

Kenali Nabi Muhammad S.A.W

02/05/2025

Jom hafal Surah Al Kahfi 1-10

01/05/2025

Address

Jalan Niyor 5
Kluang
86000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Saidina Abu Bakar, Kg Melayu Niyor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Saidina Abu Bakar, Kg Melayu Niyor:

Share

Category