16/06/2026
Selasa, 16 Jun 2026 bersamaan 30 Zuhijjah 1447H - Telah diadakan majlis bacaan Doa Akhir Tahun 1447H dan juga doa awal tahun 1448H di Surau Al-Husna Taman Kluang Barat.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun sebelum waktu maghrib oleh Imam 1, Mohd Shafie bin Suhaimi dan dihadiri seramai kira-kira 100 orang jemaah muslimin dan muslimat.
Seterusnya majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan juga Bacaan Doa Awal Tahun diikuti bacaan Surah Yassin. Selepas solat isyak, jemaah sama-sama menunaikan solat hajat memohon keberkatan sepanjang tahun baru 1448H.
Usai majlis, jemaah dihidangkan dengan juadah utama iaitu Nasi Ambang dan juga kuih-muih sumbangan ahli kariah.
Pihak surau mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas penglibatan kesemua ajk dan juga ahli kariah yang telah sama-sama menjayakan majlis ini dengan jayanya.