04/06/2026
Assalamualaikum WBT.
*PROGRAM ZIARAH MAHABBAH*
📅Tarikh: 3 Jun 2026
🗓️Hari: Rabu
⏰Masa: 12:15 tengahari
Nama: Cikgu Maimunah
📍Alamat: Perumahan Inang
✅Tujuan: Penyerahan wang sumbangan daripada pihak masjid.
Cikgu Maimunah diagnos kanser tahap 1 dan dlm proses pemulihan selepas pembedahan buang rahim pada 19 Mac 2026. Beliau masih lagi lemah serta masih hilang selera makan kesan sampingan ubat bius semasa pembedahan.
Alhamdulillah, hari ini Ketua Biro Muslimat & Keluarga, Puan Nor Azalina binti Shahrudin, Ketua Unit Biro Kebajikan & Ziarah, Puan Izzati binti Suhot beserta beberapa AJK Biro Muslimat dan Keluarga berkesempatan untuk menziarah Cikgu Maimunah dan membaca doa selamat ringkas untuk beliau.
Semoga dengan kehadiran muslimat MBBR dapat menyuntik semangat serta memberi sokongan moral juga meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.
Kami mendoakan semoga Cikgu Maimunah cekal dan tabah dalam menghadapi ujian ini dan dipermudah segala urusan. Aamiin.
Sekian.
*Biro Muslimat & Keluarga*
*Satu Syahadah Sejuta Wajah Satu Ukhwah*