Masjid Al Barakah Taman Sentosa

Masjid Al Barakah Taman Sentosa Masjid Al Barakah terletak di Jalan Dato Abdul Hamid 7, Taman Sentosa Klang

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyampaian Kecemerlangan Pelajar (SPM, PSRA & UPKK) serta Majlis...
24/04/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyampaian Kecemerlangan Pelajar (SPM, PSRA & UPKK) serta Majlis Meraikan Jemaah Haji di Masjid Al-Barakah.

Tahniah kepada anak-anak kariah atas pencapaian yang membanggakan.
Semoga terus cemerlang dan menjadi generasi berilmu serta berakhlak.

Buat para jemaah haji, kami doakan agar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan memperoleh haji yang mabrur.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha ini diberkati Allah 🀲

HEBAHAN IBADAH KORBAN 1447H/2026MAssalamualaikum WBT. Masjid Al Barakah membuka penyertaan bagi Ibadah Korban pada tahun...
22/04/2026

HEBAHAN IBADAH KORBAN 1447H/2026M

Assalamualaikum WBT.

Masjid Al Barakah membuka penyertaan bagi Ibadah Korban pada tahun ini.

Pihak jawatankuasa masjid akan menguruskan semua urusan sembelihan, lapah serta agihan kepada ramai asnaf dan ahli kariah yang memerlukan di Bandar Sentosa Klang ini.

πŸ“Œ 1 bahagian lembu hanyalah RM900 (termasuk kos pengurusan) manakala kambing seekor RM1500 (termasuk kos pengurusan)

πŸ“Œ Pembayaran boleh dibuat melalui QR r atau transfer melalui akaun Bank Rakyat Masjid Al-Barakah : No Akaun 1102303714 (Rujukan: Korban Barakah)

Jom sertai korban di Masjid Al Barakah Taman Sentosa pada tahun ini. Daftar segera. Semoga dengan perkongsian rezki antara kita memberi lebih keberkatan, rahmat & barakah. Insyallah...

πŸ“ž Untuk maklumat sila berhubung dengan En Khairi 019-3789740 atau mana-mana nama tertera.

Sokongan anda kepada pihak Masjid Al Barakah didahulukan dengan ucapan terima kasih.


Jemputan Ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Al-Barakah 2026 πŸ”ΉTarikh : 19 April 2026πŸ”ΉHari : AHADπŸ”ΉMasa : 2 - 5...
19/04/2026

Jemputan Ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Al-Barakah 2026

πŸ”ΉTarikh : 19 April 2026
πŸ”ΉHari : AHAD
πŸ”ΉMasa : 2 - 5 Petang
πŸ”ΉTempat : Perkarangan Masjid Al Barakah, Jln Dato Abd Hamid 7, Bandar Sentosa Klang.

SEMUA AHLI KARIAH, MUSLIMIN MUSLIMAT & PENDUDUK SETEMPAT DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS INI.

TERIMA KASIH

πŸ•Œ MAJLIS BERBUKA PERDANA MASJID AL BARAKAH πŸ•ŒΨ¨ΩΨ³Ω’Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…Ω ο·²ΩΨ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Kebersamaan Ramadan Yang Din...
14/03/2026

πŸ•Œ MAJLIS BERBUKA PERDANA MASJID AL BARAKAH πŸ•Œ

بِسْــــــــــــــــــمِ ο·²ΩΨ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…

Kebersamaan Ramadan Yang Dinanti

Sukacita dimaklumkan, Masjid Al Barakah Taman Sentosa Klang akan mengadakan Majlis Iftar Perdana bertujuan untuk menghimpunkan jemaah dalam suasana penuh keberkatan, saling berkongsi dan kebersamaan dalam Bulan Ramadan yang mulia.

Semoga majlis ini mengeratkan ukhuwah dan menambah keberkatan buat semua.

Oleh itu, seluruh ahli kariah dijemput untuk hadir bagi memeriahkan majlis.

πŸ“† Sabtu, 14 Mac 2026
πŸ•‘ 6.00 Petang
πŸ“ Perkarangan Masjid Al Barakah*l
πŸ₯˜ Juadah Berbuka Istimewa disediakan. Infaq juadah turut dialukan

β€œRamadan bukan sekadar menahan lapar, tetapi membina kebersamaan dan kasih sayang sesama ummah.”



π“π€π‘π€π–πˆπ‡ π‘π€πŒπ€πƒπ‡π€π πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ Ahlan Ya Ramadan! Alhamdulillah Ramadan sudah tiba. Pihak masjid ingin menjemput Tuan-Tua...
18/02/2026

π“π€π‘π€π–πˆπ‡ π‘π€πŒπ€πƒπ‡π€π πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Ahlan Ya Ramadan!

Alhamdulillah Ramadan sudah tiba. Pihak masjid ingin menjemput Tuan-Tuan dan Puan-Puan untuk menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah di Masjid Al Barakah bermula malam ini.

Marilah kita bersama-sama menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat, doa dan al-Quran.

πŸ“Œ Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan dan keampunan untuk kita semua.

Masjid Al Barakah

SEKITAR GOTONG ROYONG PROJEK MENYIMEN LANTAI TAMBAHAN MASJID AL BARAKAHAlhamdulillah, kerjasama antara penyumbang (NGO),...
10/02/2026

SEKITAR GOTONG ROYONG PROJEK MENYIMEN LANTAI TAMBAHAN MASJID AL BARAKAH

Alhamdulillah, kerjasama antara penyumbang (NGO), sukarelawan Masjid, AJK dan Ahli Kariah Masjid Al Barakah.

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"

Hampir 60 sukarelawan berkumpul selama 2 malam berturut-turut, sama-sama menyumbang tenaga dan sokongan sebagai persiapan menjelang Ramadan Mubarak dan Aidilfitri tak lama lagi.

Alhamdulillah, projek berjalan sangat lancar. Sedia untuk Ahli Kariah dan penduduk setempat yang dialukan turut serta di masjid bagi program pengimarahan sepanjang Ramadan nanti.

Terima kasih diucapkan buat para penyumbang dan sukarelawan. Moga Allah berkati sumbangan masing2. Dan yang semestinya, menjadi amal jariah buat semua.

Masjid masih mengalukan sumbangan kepada Tabung Ihya Ramadan 2026. Sudilah kiranya tuan puan yang bermurah rezeki, scan qr code yang disediakan di ruangan komen.

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ¨ΩŽΩ„ΩΩ‘ΨΊΩ’Ω†ΩŽΨ§ Ψ±ΩŽΩ…ΩŽΨΆΩŽΨ§Ω†ΩŽ

SEKITAR GOTONG ROYONG PERDANA MASJID AL BARAKAHAlhamdulillah, terima kasih diucapkan buat semua ahli kariah yg hadir mem...
09/02/2026

SEKITAR GOTONG ROYONG PERDANA MASJID AL BARAKAH

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan buat semua ahli kariah yg hadir membantu gotong royong di Masjid Al Barakah pada 8 Feb 2026 yang lepas.

Terima kasih juga yang tak dapat hadir tapi mendoakan dan menyokong.

Moga Allah beri ganjaran berganda kepada tuan puan semua.

In Shaa Allah sebagai amal jariah, atas manfaat sepanjang pengimarahan masjid, khususnya sepanjang bulan ramadhan nanti.

✨

MAJLIS TAHLIL PERDANA MASJID AL BARAKAH 2026Semua ahli kariah dijemput hadir. Sekiranya ahli kariah ingin memasukkan nam...
05/02/2026

MAJLIS TAHLIL PERDANA MASJID AL BARAKAH 2026

Semua ahli kariah dijemput hadir.

Sekiranya ahli kariah ingin memasukkan nama arwah untuk dibacakan sekali pada majlis nanti, boleh isi borang di masjid atau dm admin untuk borang softcopy ya.

Sekian, dimaklumkan.

Bismillahirrahmanirrahim πŸ˜ŠπŸ•Œ Majlis Ilmu dan Ibadah Masjid Al-BarakahπŸ•ŒBersempenda sambutan Israk Mikraj tahun ini, Masjid...
15/01/2026

Bismillahirrahmanirrahim 😊

πŸ•Œ Majlis Ilmu dan Ibadah
Masjid Al-BarakahπŸ•Œ

Bersempenda sambutan Israk Mikraj tahun ini, Masjid Al Barakah ingin menjemput seluruh ahli kariah untuk sama-sama mengambil manfaat dalam Program Israk Mikraj β€œMeneladani Hikmah Perjalanan Agung” yang diadakan di Masjid seperti berikut:

16/01/2026 - Jumaat
Tazkirah Jumaat Khas:
Ustaz Uda Kasim

20/01/2026 - Selasa
Kuliah Maghrib Khas:
Ustaz Zaidi Hamid

Dijemput semua penduduk hadir ke Taman Syurga Allah

Sekian dimaklumkan, terima kasih

Masjid Al Barakah

πŸ•Œ IHYA RAMADHAN MASJID AL BARAKAH 2026  πŸ•ŒMasjid Al Barakah, Bandar Sentosa dengan ini melancarkan Program Ihya Ramadhan ...
12/01/2026

πŸ•Œ IHYA RAMADHAN MASJID AL BARAKAH 2026 πŸ•Œ

Masjid Al Barakah, Bandar Sentosa dengan ini melancarkan Program Ihya Ramadhan 2026 untuk ahli kariah dan masyarakat setempat.

- Tarawih dan Tazkirah Ramadhan πŸ“Ώ
- Berbuka & Moreh 🍝
- Tadarrus & Khatam Quran πŸ“–
- Tahlil Perdana 🀲🏻
- Berbuka Perdana 🍽️
- Dan pelbagai lagi πŸ˜ƒβœ¨

Pintu rezeki dan rahmat Allah terbuka luas & semakin hampir

Di hari dan bulan yang baik ini, Tabung Infaq Khas Ihya Ramadhan telah dibuka. Rebutlah peluang ini sebagai penyumbang pengimarahan sepanjang Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan gandaan pahala.

Bak kata pepatah, "Sedikit tanda ingat. Banyak tanda ada"

Sumbangan boleh dibuat melalui:
βœ… QR Code / Online Transfer
βœ… Tabung Khas di masjid
βœ… Tunai melalui Bendahari Masjid

πŸ“Œ Borang Tahlil Perdana boleh diambil di bahagian pintu masuk masjid.

πŸ“Œ Tuan/Puan juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam slot tajaan berbuka, moreh dan sahur. Update availability slot tajaan boleh dirujuk di: https://shorturl.at/Loi5F

Semoga setiap infaq Tuan/Puan menjadi asbab ramai dapat berbuka, beribadah dan menerima manfaat di rumah Allah. Semoga Allah gandakan ganjaran. 🀲

Untuk pengesahan berkenaan slot tajaan atau info lanjut, boleh hubungi wakil Biro Dakwah di talian 0196909004

Sekian, terima Kasih

Admin Biro Dakwah
Masjid Al Barakah

Pengumuman dan Serahan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid untuk sesi 2026-2030 bagi Masjid Al Barakah, Klang...
13/12/2025

Pengumuman dan Serahan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid untuk sesi 2026-2030 bagi Masjid Al Barakah, Klang Selangor, telah selesai dilakukan sebelum solat jumaat semalam, 12 Disember 2025. Ustaz Syafik Bin Suhiman dari Masjid Diraja Klang selaku wakil dari PAID Klang telah ditugaskan untuk membuat pengumuman tersebut.

Tahniah kepada semua Pegawai & AJK yang telah dilantik. Semoga yg telah terpilih akan terus meneruskan perjuangan dakwah, penyatuan tauhid, jiwa dan rohani dlm kariah dan komuniti yang telah dimulakan oleh Ust Ahmad Basori, Nazir Masjid Al Barakah pada sesi 2023-2025. Insyallah...

Setiausaha
Masjid Al Barakah

Majlis Aspresiasi Pegawai & AJK Masjid Al Barakah Taman Sentosa sesi 2023-2025. Majlis menghargai komitmen penggerak uta...
07/12/2025

Majlis Aspresiasi Pegawai & AJK Masjid Al Barakah Taman Sentosa sesi 2023-2025. Majlis menghargai komitmen penggerak utama, pentadbir masjid ini buat pertama kalinya.

Terima kasih atas bakti khidmat yang telah dicurahkan dalam tempoh ini. Bukan elaun atau apapun nilai jika ada yang boleh dianggarkan atas semua pengorbanan & amanah. Hanya Allah swt shj yang mampu memberi segala ganjaran pahala atas semua yang telah dilakukan. Insyallah.

Turut hadir, Tn Hj Abas Mat Asari, PPN Kariah Masjid Al Barakah, salah seorang penggerak masjid, antara yang terawal sewaktu penubuhan MAB (Dahulunya Surau Al Barakah). Sijil-sijil penghargaan telah disampaikan oleh Tn Nazir MAB, Ust Ahmad Basori Bin Din.

Address

Jalan Dato Abdul Hamid 7, Taman Sentosa
Klang
41200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Barakah Taman Sentosa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al Barakah Taman Sentosa:

Share