23/05/2024
JOM SERTAI IBADAH KORBAN TAHUN INI DI SURAU QUSYAIRIAH SUNGAI UDANG KLANG...
Pejam celik pejam celik, dah dekat nak sambut hari Raya AidilAdha. Sinonimnya perayaan ini dengan ibadah korban. Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahin AS kepada anaknya Nabi Ismail AS bagi memenuhi perintah Allah SWT.
Imam Al-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis yang membawa makna ibadah yang paling afdhal untuk dilaksanakan pada hari raya aidiladha adalah dengan menumpahkan darah korban. Ini kerana, ia akan datang pada hari akhirat sepertimana ia di dunia tanpa terdapat kekurangan padanya agar setiap daripada anggota itu terdapat padanya ganjaran (pahala) dan ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat.
Kalau anda masih belum berdaftar, apa kata anda sertai ibadah korban anjuran Surau Qusyairiah. In Sya Allah, kami akan menguruskan kesemuanya, dari pembelian lembu, sembelihan, melapah, dan pengagihan daging.
Tunggu apa lagi, mari mendaftar program korban anjuran Surau Qusyairiah..
Pertanyaan lanjut boleh hubungi :
Hj Zakaria Omar (Pemangku Pengerusi) http://www.wasap.my/.../Saya-Ingin-Menyertai-korban-SQSU...
Syed Hafiz (Setiausaha)
http://www.wasap.my/.../Saya-Ingin-Menyertai-korban-SQSU...
Hj Wan Yus (Timbalan Bendahari)
http://www.wasap.my/.../Saya-Ingin-Menyertai-korban-SQSU...