Surau As Sajidin Tsd

Surau As Sajidin Tsd Islamic Centre

Tersentak tapi bermakna..● Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.● Bila sudah besar.. bilik masing-masing.● Bila...
01/10/2021

Tersentak tapi bermakna..

● Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.
● Bila sudah besar.. bilik masing-masing.
● Bila sudah nikah.. rumah masing-masing.
● Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising.
● Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing.

Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak-Anaku, Wahai Ipar Duaiku, Wahai Sepupu Sepupuku, Wahai Saudara-maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku..
● Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan.
● Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.
● Ingatlah.. di sana tiada abang, kakak, adik...
● Hanya kau dan amalmu.
● Bersedia selalu.. bersiap selalu.
● Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi.
● Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.
● Jika anda ingat mati.. anda orang yang bijaksana.

Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar.

● Buat baik dengan orang tidak semestinya orang akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yang kita buat.
● Hormat orang tidak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yang mulia.
● Buat apa sahaja kebaikan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNYA.
● Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik di sisi ALLAH pemilik semua yang baik.

Islamic Centre

Assalamualaikum semua.Adalah dimaklumkan Majlis Tahlil untuk Allahyarham Md Noran bin Sampul🌸pada ketetapan berikut. 🌸*2...
24/09/2021

Assalamualaikum semua.

Adalah dimaklumkan Majlis Tahlil untuk Allahyarham Md Noran bin Sampul

🌸pada ketetapan berikut. 🌸

*24 September 2021 (Jumaat)*
*Lebih kurang 7.30 mlm - selepas sahaja selesai Solat Maghrib di surau as sajidin*

*di Kediaman/Lokasi Masing-Masing*
Atau berjemaah di
*Surau As-Sajidin Taman Selat Damai*

📌Sila ke link ini meet.google.com/fax-mvpb-uie
untuk bersama-sama menjayakan majlis ini.

Semoga usaha ini diberkati Allah... insyaAllah....

Aamiin..

Real-time meetings by Google. Using your browser, share your video, desktop, and presentations with teammates and customers.

29/10/2020
13/10/2020

Makluman...

Kepada seluruh ahli Kariah Surau as-sajidin Taman selat damai di sini ingin saya maklumkan Bahawasanya perintah kawalan pergerakan Bersyarat telah dilaksanakan sepenuhnya di negeri Selangor dan pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah mengeluarkan arahan supaya pihak surau menghentikan semua aktiviti yang dilaksanakan

solat berjemaah hanya boleh dihadiri oleh ahli jawatankuasa surau yang terdiri daripada imam bilal atau siak

Jika terdapat ketidak hadiran tiga orang pegawai yang dinyatakan diatas maka ahli jawatankuasa surau boleh menggalas tugas tersebut

Di dalam surau hanya dibenarkan tiga orang jemaah sahaja

Ahli Kariah tidak dibenarkan hadir untuk solat berjemaah di surau bermula subuh esok sehingga 27 Oktober 2020

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor akan dibantu oleh polis diraja Malaysia akan menjalankan pemeriksaan secara rawak dan mana-mana pihak yang ingkar arahan ini akan dikenakan tindakan

Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum di sekitar kawasan kita terutamanya di bkt tinggi, Taman Suria, Taman Pendamar Indah, dan flat Pendamar B, telah ada kes, jadi diharapkan ahli Kariah tidak mengunjungi kawasan tersebut bagi mengelakkan dijangkiti dan menjangkiti

sehubungan dengan itu jawatankuasa surau memohon maaf dan bersamalah Kita berdoa dan berharap supaya kita semua di lindungi dari penyakit covid 19

10/10/2020

Sy harap semua program dan aktiviti anjuran masjid / surau atau anjuran org luar/NGO kerjasama dgn masjid/ surau dan di buat dalam kawasan masjid / surau dihentikan serta merta sebagai mematuhi arahan DYMM Tuanku. Kecuali :

a) Laungan azan setiap waktu dan selepas azan bilal akan sebut “ Solatlah di rumah masing masing “ .

b) Solat berjemaah oleh 3 orang pegawai masjid/ surau sahaja. 3 orang pegawai yg datang tetap kena patuhi SOP Jais dgn memakai pelitup muka dan tulis nama dalam buku.(jika berlaku penggiliran pegawai ).

c) Solat jenazah jika berlaku kematian tp dihadkan 10 org sahaja tidak termasuk pengurusan jenazah .
d) Bersihkan masjid dgn melakukan sanitasi nyahkuman dgn klorox oleh 2 org siak atau sapu kawasan masjid yg kotor dgn daun daun atau vacuum karpet oleh siak dibenarkan .Gotong royong ramai ramai tak dibenarkan.

Oleh itu ,

- Masjid / surau dikunci pagar utamanya dan dilarang keluar masuk kecuali kecemasan ( ikut pertimbangan nazir/ pengerusi sahaja)
- Tak dibenarkan melepak / makan dalam kawasan masjid / surau ramai ramai selepas solat . Terutama selepas solat isyak.
- Nazir/ pengerusi serta AJK perlu senantiasa memantau masjid / surau masing masing agar segala arahan dipatuhi dengan baik .

# Arahan kepada penguatkuasa Jais telah dikeluarkan untuk memantau pematuhan semua masjid dan surau di daerah Klang.
# Kita Jaga Kita dan Masjid Surau Kita
# Anda semua hebat dan DYMM Tuanku sayang anda semua.
# Terimakasih dan penghargaan kepada semua nazir dan pengerusi serta ajk masing masing.

“ PAID DAN MASJID/SURAU BERPISAH TIADA “

Pesanan drp :
Unit Pengurusan Masjid
Pejabat Agama Islam Daerah Klang.

08/10/2020

*ARAHAN UNTUK MENANGGUHKAN SEMUA AKTIVITI MASJID DAN SURAU DI DAERAH KLANG BAGI MENANGANI PENULARAN WABAK COVID-19 SEMASA OLEH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)*

Oleh itu, Surau As-Sajidin Taman Selat Damai akan menangguhkan serta merta semua aktiviti seperti Solat Fardhu Berjemaah dan aktiviti pengimarahan berkuatkuasa pada 7 October 2020 bermula dari Fardhu Maghrib.

Penangguhan ini akan berkuatkuasa sehingga suatu masa yang akan ditetapkan oleh JAIS melalui suatu pemberitahuan rasmi.

Hanya 3 orang (pegawai & AJK Surau) sahaja dibenarkan utk mengumandangkan azan dan solat berjemaah.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha
Surau As-Sajidin
Taman Selat Damai

07/10/2020

Makluman

Pada malam ini akan diadakan Kuliah Maghrib oleh
Ustaz Solehudin Ganu

sehubungan dengan itu dijemput seluruh ahli Kariah untuk hadir ke majlis ilmu yang diadakan di surau as-sajidin

Sekian terima kasih

05/10/2020

Makluman

Pada malam ini akan diadakan Kuliah Maghrib oleh
Ustaz Aidil

sehubungan dengan itu dijemput seluruh ahli Kariah untuk hadir ke majlis ilmu yang diadakan di surau as-sajidin

Sekian terima kasih

04/10/2020

Makluman

Pada malam ini akan diadakan Kuliah Maghrib oleh
Ustaz Khairullah Hashim

sehubungan dengan itu dijemput seluruh ahli Kariah untuk hadir ke majlis ilmu yang diadakan di surau as-sajidin

Sekian terima kasih

24/09/2020

Makluman

Pada malam ini akan diadakan Kuliah Maghrib oleh
Ustaz Nazir Abd Wahid

sehubungan dengan itu dijemput seluruh ahli Kariah untuk hadir ke majlis ilmu yang diadakan di surau as-sajidin

Sekian terima kasih

22/09/2020

*DAURAH KITAB FARDU AIN* (Kitab siri Hadith-Hadith dari Sahih Bukhari)

Bersama:
Ustaz Khairul Azmi
_Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pahang_

📋Tarikh: 3 & 4 Oktober 2020 | Sabtu & Ahad
🕘Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang
🕌Tempat: Kompleks Tarbiyyah Al Hawariyyun Pelabuhan Klang

Yuran: RM25

📗Kitab pengajian ada di jual di tapak program

_Tempat terhad kepada 🧍‍♂️70 peserta sahaja_

Untuk pendaftaran boleh hubungi:
Ust Hafizzuddin
http://www.wasap.my/60146154803/nakdaftar

_Anjuran_
Urusan Ulamak PAS Kawasan Klang

Address

Jalan Selat Selatan 1/1, Taman Selat Damai, Pandamaran, Pelabuhan Klang
Klang
42000

Opening Hours

Monday 05:00 - 22:00
Tuesday 05:00 - 22:00
Wednesday 05:00 - 22:00
Thursday 05:00 - 22:00
Friday 05:00 - 22:00
Saturday 05:00 - 22:00
Sunday 05:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau As Sajidin Tsd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share