Surau Al-Insyirah Bandar Bukit Tinggi 2 Klang

Surau Al-Insyirah Bandar Bukit Tinggi 2 Klang Surau Al-Insyirah bukit tinggi 2

28/02/2026
17/02/2026

Berdasarkan cerapan hilal serta pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tarikh bagi umat Islam berpuasa di seluruh Malaysia adalah pada Khamis, 19 Februari 2026.

Oleh itu solat sunat Tarawih akan mula dilaksanakan selepas Isya' 18 Februari 2026. Selamat beribadah di bulan puasa.

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهMakluman kepada semua ahli kariah Surau Al-Insyirah Bandar Bukit Tin...
05/02/2026

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Makluman kepada semua ahli kariah Surau Al-Insyirah Bandar Bukit Tinggi 2 Klang.

Ramadan bakal tiba tidak lama lagi,pihak surau telah merangka beberapa program sepanjang bulan ramadan nanti antaranya seperti:

- solat sunat terawih
- jamuan berbuka puasa
- jamuan moreh
- tadarus al-quran
- tahlil arwah
- tazkirah
- bantuan kepada anak-anak yatim

sehubungan dengan itu,pihak surau mengalu-alukan kepada pihak tuan/puan yang ingin menyumbang barang asas mahupun sumbangan berbentuk wang tunai kepada pihak surau demi melancarkan program yang telah dirancang.

Borang Tahlil boleh didapati di surau dengan berjumpa dengan Ajk bertugas.

Sekian,Jazakallah

21/12/2025

Telah masuk 1 Rejab 1447H

‎اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

‎Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan.

06/12/2025

ASSALAMUALAIKUM WBT

Dimaklumkan bahawa Tuan Guru kita semua Tan Sri Dato' Sri (Dr) Syaikh Ismail Bin Muhammad Mantan Imam Besar Masjid Negara, Ahli Jawatankuasa Literasi Al Quran Selangor, Pensyarah Talaqi Lanjutan Tinggi Akademi Literasi Al Quran Selangor baru sahaja kembali menghadap Allah swt.

Jenazah akan dibawa ke
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Urusan mandi dan kafan :

AHAD
7 Disember 2025
Selepas Solat Subuh

Solat Jenazah :

9.00 pagi

Jenazah akan dibawa ke
Tanah Perkuburan Islam USJ22

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

10/11/2025

✨𝟏𝟎𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍

20 Jumadal Ula 1447H | 11 November 2025M

100 hari lagi menuju Ramadhan 1447H, bukan sekadar perhitungan tetapi juga sebagai peringatan. Ramadhan kali ini bukan hanya dinanti, tapi pasti kita akan persiapkan diri!

"𝑌𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑒𝑚𝑢𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑ℎ𝑎𝑛"

📳Ikuti Bingkisan Ramadhan di saluran Whatsapp JAIS https://whatsapp.com/channel/0029VaVekegJP213apEM9Q1b


06/06/2025

‼️𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 ‼️

Solat Hajat khas bagi memohon kebaikan umat Islam dalam urusan kes Mahkamah Persekutuan berkaitan Fatwa Fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama selepas Solat Fardu Jumaat di semua masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di negeri Selangor.

Semoga diberikan yang sebaik-baiknya oleh Allah SWT.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Surau Al-Insyirah Bandar Bukit Tin...
16/04/2025

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Surau Al-Insyirah Bandar Bukit Tinggi 2 dengan kerjasama KRT Pangsapuri bandar Bukit Tinggi 2 akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1446H/2025M.

Dengan segala hormatnya tuan/puan serta seluruh Ahli Kariah adalah dijemput bersama untuk hadir ke majlis tersebut seperti ketetapan berikut:

- Tarikh : 26 April 2025 ( Sabtu )
- Masa : 9 Malam
- Tempat : Dewan Serbaguna Jalan Batu Nilam 34, Bandar Bukit Tinggi 2

Diharapkan kehadiran tuan/puan nanti dapat memeriahkan lagi suasana majlis tersebut dan mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak surau,KRT, seluruh ahli kariah dan juga hadirin.

.     *🌸السلام عليكم و رحمةالله و بركاته🌸**KULIAH DHUHA* ANJURAN SURAU AL                    INSYIRAH  BBT 2 adalah sepe...
26/01/2025

. *🌸السلام عليكم و رحمةالله و بركاته🌸*

*KULIAH DHUHA*
ANJURAN SURAU AL
INSYIRAH BBT 2

adalah seperti berikut :👇
🕌 *SURAU AL-INSYIRAH*
( bukit tinggi 2 )

👳🏻 *USTAZ ZAIDI ABDUL HAMID*

📖*CERAMAH ISRA' MIKRAJ*

📆 *27 / 01 / 2025*
🕰 *10 PAGI*

✍️ *JOM ! BERSAMA SAMA KITA MENYINGKAP KEMBALI PERJALAN NABI MUHAMMAD S.A.W MENERIMA KEWAJIPAN SOLAT 5 WAKTU DARI ALLAH.*

👨‍👩‍👦 *ajak keluarga ajak teman ajak jiran datang ke ceramah tersebut*

💐💐💐🌹🌹🌹🌺

06/10/2024
Assalamualaikum wbtPihak pengurusan dan jawatankuasa Surau Al-Insyirah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan ke...
08/09/2024

Assalamualaikum wbt

Pihak pengurusan dan jawatankuasa Surau Al-Insyirah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menyumbang kepada tabung Infaq pembelian Van Jenazah.

Van jenazah telahpun berada di Surau Al- Insyirah.

Semoga Allah swt menerima sumbangan kalian dan pahala akan terus mengalir hingga hari akhirat.

Assalamualaikum wbtPihak pengurusan Surau Al-Insyirah Bandar Bukit Tinggi 2, Klang mengalu-alukan sumbangan Infaq Dana P...
02/08/2024

Assalamualaikum wbt

Pihak pengurusan Surau Al-Insyirah Bandar Bukit Tinggi 2, Klang mengalu-alukan sumbangan Infaq Dana Pembelian Van Jenazah.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun berikut dengan Reference ‘Infaq Van Jenazah’

No Akaun:
5624 5000 8408
Surau Al-Insyirah
Maybank

Address

Jalan Batu Nilam 34, Bandar Bukit Tinggi 2
Klang
41200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Insyirah Bandar Bukit Tinggi 2 Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category