Masjid Jamek Samadiah, Pelabuhan Klang, Selangor

Masjid Jamek Samadiah, Pelabuhan Klang, Selangor Telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor pada hari Jumaat bersamaan 30 April 1971

02/06/2026

Live streaming of Masjid Jamek Samadiah

JADUAL PENGAJIAN ILMU BULAN JUN 2026Berikut merupakan Jadual Pengajian Ilmu di Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang unt...
29/05/2026

JADUAL PENGAJIAN ILMU BULAN JUN 2026

Berikut merupakan Jadual Pengajian Ilmu di Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang untuk bulan Jun bagi tahun 2026M.

Dijemput kepada para Muslimin dan Muslimat untuk hadir beramai-ramai bagi mengimarahkan lagi Majlis Ilmu (Taman-Taman Syurga) di Masjid.



28/05/2026

Memori Hari Raya Aidiladha 2026 di Masjid Jamek Samadiah, Pelabuhan Klang. 🕋✨

Alhamdulillah, urusan solat sunat aidiladha dan ibadah korban (5 ekor lembu, 2 ekor kambing) selesai disempurnakan dan diagihkan kepada yang berhak. Terima kasih daun keladi kepada semua sukarelawan yang bantu kami hari ini! Korang memang 'sempoi' dan padu! 💪

Mohon maaf atas segala kekurangan. Semoga Allah terima ibadah kita semua. 🤲

Rabu || 27 Mei 2026 PELABUHAN KLANGAlhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Program Hari Ra...
28/05/2026

Rabu || 27 Mei 2026
PELABUHAN KLANG

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Program Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2026M / 1447H di Masjid Jamek Samadiah telah berjalan dengan lancar dan sempurna.

Program dimulakan dengan Solat Sunat Aidiladha serta penyampaian Khutbah Hari Raya. Seterusnya, program disusuli dengan ibadah korban yang menyaksikan sebanyak 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah selesai disembelih dan diagihkan dagingnya kepada para peserta, golongan asnaf, serta ahli kariah Masjid Jamek Samadiah.

Pihak pengurusan masjid ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua petugas korban dan sukarelawan yang telah memberikan kerjasama yang jitu dalam menjayakan program ini.

Pihak masjid juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang program ini berlangsung. Semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT.



PEMAKLUMAN SOLAT HARI RAYA AIDILADHA & KHUTBAHButiran seperti berikut:🗓️ Hari : 27 Mei  2026M (Rabu)⏰ Jam : 8.00 Pagi👳🏼‍...
26/05/2026

PEMAKLUMAN SOLAT HARI RAYA AIDILADHA & KHUTBAH

Butiran seperti berikut:
🗓️ Hari : 27 Mei 2026M (Rabu)
⏰ Jam : 8.00 Pagi
👳🏼‍♂️ Imam & Khatib : Ustaz Nazrin Bukhri
👳🏼‍♂️ Bilal : Ustaz Garimi Kahar

Tajuk Khutbah :
"Eiduladha: Iman Dan Pengorbanan"

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai. Para jemaah digalakkan untuk hadir lebih awal.


✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M ✨Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan uk...
26/05/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M ✨

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.
Mari kita hayati semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. dengan mendidik jiwa untuk sentiasa ikhlas dan bertakwa kepada Allah SWT. Semoga amalan dan ibadah korban kita semua diterima oleh-Nya.

Ikhlas daripada:
Jawatankuasa Lembaga Tadbir & Pengurusan
Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang 🕌


*PEMAKLUMAN SOLAT HARI RAYA AIDILADHA & KHUTBAH*Butiran seperti berikut:🗓️ Hari : *27 Mei  2025M (Rabu)*⏰ Jam : *8.00 Pa...
26/05/2026

*PEMAKLUMAN SOLAT HARI RAYA AIDILADHA & KHUTBAH*

Butiran seperti berikut:
🗓️ Hari : *27 Mei 2025M (Rabu)*
⏰ Jam : *8.00 Pagi*
👳🏼‍♂️ Imam & Khatib : *Ustaz Nazrin Bukhri*
👳🏼‍♂️ Bilal : *Ustaz Garimi Kahar*

Tajuk Khutbah :
_"Eiduladha: Iman Dan Pengorbanan"_

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai. Para jemaah digalakkan untuk hadir lebih awal.


Address

Jalan Persiaran Raja Muda Musa
Klang
42000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Samadiah, Pelabuhan Klang, Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Samadiah, Pelabuhan Klang, Selangor:

Share

Category