01/03/2025
SURAU AL MASYHUR
❃ ﷽ ﺑِﺴْـــــــﻢِﺍﷲِﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِﺍﺍﺭَّﺣِﻴﻢ ﷽ ❃
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
BERBUKA PUASA & MOREH RAMADAN 1446H
Dari Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa,maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.
Riwayat al-Tirmidzi: 807
Sukacita dimaklumkan, pihak AJK Surau Al Masyhur dalam usaha mengimarahkan Ramadan Karim dengan mengumpulkan infak untuk juadah berbuka puasa & moreh sepanjang Ramadan 1446H.
AJK Surau Al Masyhur mempelawa AJK, Ahli Kariah, Jemaah dan Masyarakat Setempat untuk berinfak juadah berbuka puasa dan moreh, AJK Surau telah menyediakan slot sepanjang Ramadan 1446H, setiap slot bernilai RM100.
Anda boleh menggunakan transaksi perbankkan seperti berikut:-
SURAU AL MASYHUR
No Akaun : 12040003165718
Nama Bank : Bank Muamalat
Resit perbankkan boleh di hantar kepada (https://wassap.my/60199878450)
Atau
Menyerahkan infak anda secara tunai kepada En Syahril Suhor Bin Abd Satar (J***t) 017-9285385, En Mohd Fazli Bin Mohd Saleh (Apek) 012-3172275 @ En Samsudin Bin Hassan (Bilal) 0182422713.
Semoga infak anda menjadi bekalan untuk hari akhirat. In sha Allah. Sekian terima kasih.
MENGIMARAHKAN SURAU TANGGUNGJAWAB BERSAMA
AJK SURAU AL MASYHUR 2024-2026