22/04/2025
Dukacita dimaklumkan bahawa seorang dari anak qariah kami, Muhd Nurshafiq b Jamaludin telah didapati menghidap sejenis barah dibahagian tisu hadapan dada pada penghujung Ramadhan lepas yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan kesukaran bernafas. Beliau sekarang sedang berulang-alik menjalani rawatan 'chemotheraphy' di Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya.
Beliau merupakan anak kepada bilal Madrasah Ikhwanul Muslimin, Taman Nakhoda Yusof iaitu En. Jamaludin b Ibrahim.
Beliau baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu pada bulan Mac lepas dan sering mengambil bahagian didalam program-program yang dianjurkan oleh MIM. Gambar dibawah adalah gambar beliau semasa di program Tadarus Al Quran di MIM pada Ramadhan lepas.
Kami berharap jika anda dapat mendoakan untuk kesihatan beliau dan menyumbang seberapa yang mampu untuk meringankan perbelanjaan keluarga ini untuk berulang-alik ke IKN untuk mendapatkan rawatan.
Hanya Allah dapat membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-puan.