20/05/2022
PESAN NASIHAT WALID
sempena Majlis Santai Hari Raya keluarga Darul Islah, Sg Serdang, Kapar, Selangor pada 19 Mei (Khamis)
1. Untuk menjadikan diri kita ini dekat dengan Allah SWT ialah dengan perbanyakkan istighfar kita kepada Allah. Apabila banyak beristighfar dengan rasa kita banyak kesalahan maka itulah jalan yg dekatkan kita dengan Allah.
2. Apabila Allah datangkan rasa kesal dan rasa bersalah atau perasan mahu bertaubat kepadanya bermakna kita orang-orang yang dipilih oleh Allah untuk menjadi orang yang dekat denganNya.
3. Jadikanlah diri kita ini orang yang perbanyakkan Selawat kepada Nabi SAW agar:
✅ dengan selawat itu Allah beri cahaya pada hati kita,
✅ dengan selawat itu Allah menjadikan hati kita dalam keadaan kebaikan/kerahmatan.
✅ dengan selawat itu Allah menjadikan kita ini dalam pemeliharaanNya.
✅ dengan selawat ini menjadikan kita hampir dengan Nya.
4. Tidak ada yang baik, paling tinggi darjatnya disisi Allah melainkan orang yang berilmu, belajar ilmu dan beradab dengan para-para guru.
Sebelum kita menuntut ilmu:
1️⃣ kita belajar adab,
2️⃣ belajar patuh,
3️⃣ belajar taat,
4️⃣ belajar khidmat kepada para-para guru.
5. Dalam ajaran tasawuf/ pelajaran sufi:
✅ Khidmat murid itulah yang menaikkan darjatnya disisi Allah.
✅Taat dia kepada gurunya, cintanya kepada gurunya dan cinta khidmat kepada gurunya itulah yg memberkati ilmunya dan hidupnya.
6. Tanda berkat ilmu adalah :
✅ Kita mudah amal apa yang diajarkan kepada kita,
✅ Ilmu itu bawa kebaikan pada kita,
✅ Merubah akhlak kita jadi baik.
Jika kita belajar ilmu tapi tak merubah akhlak, tak menjadi bagus bermakna kita banyak kesalahan adab dengan guru kita.
Bila tersalah adab:
❌ Ilmu kita tak dapat masuk kedalam hati kita.
❌ Allah tak beri kurniaan ilmu pada kita.
Biarlah sedikit kita belajar tapi memberi kebaikan kepada akhlak kita.
7. Akhlaklah yang utama yang beri mulia kita selepas ilmu dan ibadat. Orang melihat akhlak kita dan kemuliaan manusia pada akhlak.
8. Moga hari raya yang kita sambut, bertambah kasih sayang sesama kita, menjadi saling cinta mencintai dan saling maaf memaafi.
Kita belajar memaafkan dan kita memohon maaf jika tersalah.
9. Orang yang beri maaf itu orang yang berjiwa besar walaupun orang buat perkara yang sangat menyakitinya.
10. Beri kemaafan dapat beri ketenangan kepada hati.
11. Ajaran Islam adalah ajaran kasih sayang, jangan berlebih lebihan dalam pertelingkahan.
12. Jika hidup kita penuh dendam, hidup kita tak bahagia. Masyarakat pun turut tidak bahagia.
13. Belajarlah kerana Allah berdasarkan cinta kepada Allah.
Dan ikut akhlak Nabi ﷺ, akhlak para sahabat RA yg mereka ini hidup penuh kasih sayang antara mereka malahan melebihi dari diri mereka sendiri.
14. Mereka beri makan kepada orang lain walaupun kadang-kadang mereka sendiri lapar, mereka sanggup lapar demi kebaikan orang lain.
Dengan akhlak itulah Allah beri kemuliaan dan kemenangan pada islam.
15. Akhlak lebih tajam dari pedang kerana pedang hanya boleh menembusi tubuh, tapi akhlak boleh menembusi jiwa seseorang sehingga sampai kedalam Rohaninya. Maka didiklah diri kita dengan akhlak akhlak yang baik.
16. Akhlak yang mulia itulah yang menjadikan kita dapat minum dari telaga Al Kautsar di padang mahsyar nanti, telaga Rasulullah ﷺ.
Catatan : Shikh Nur Hashim