Al-Quran ADE AZHAR Esklusif

Al-Quran ADE AZHAR Esklusif Segera dapatkan Al-Quran Ade Azhar ini
WhatsApp (010-5157448 En.Daruz)

29/09/2022

Assalamualaikum semua. Selamat pagi

21/07/2022

Assalamuailakum.

Syukur Alhamdulillah pada minggu ini pasukan Program Kasih Ikhlas AAT berjaya menjalani Majlis Penyerahan Al-Quran yang telah terkumpul melalui pembelian dan menginfakkan Al-Quran Premium 35 dalam 1 bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) yang di adakan di Rumah Sri Kenangan Peramu Jaya Pekan Pahang pada 25 Jun 2022 bersamaan 25 Dhul al-Qidah 1443H.

Seramai 13 wakil dari sekitar Pekan telah diraikan dengan agihan sebanyak 850 naskah Al-Quran dan agihan ini merupakan yang terbesar untuk daerah Pekan dan Program Kasih Ikhlas AAT. Majlis ini juga telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Mohd Nizar Bin Datuk Seri Mohd Najib.

Didalam majlis yang dimuliakan ini, Yang Berbahagia Tuan Guru Nadzir Daud dari Maahad Hujjatul Islam telah mengetuai bacaan tahlil ringkas untuk para pewakaf, dan kemudian majlis ini diserikan lagi dengan alunan bacaan Qasidah daripada pelajar - pelajar Ribat Sullamuttaufiq.

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T memberikan kelancaran dalam majlis ini dan berjaya disempurnakan sebaik-baiknya.

Didoakan kepada para penginfak semoga diatas setiap pembelian Al-Quran yang disumbangkan ini menjadi benih-benih kebaikkan di akhirat kelak.

07/07/2022
30/06/2022

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pasukan Program Kasih Ikhlas AAT menyempurnakan penghantaran sebanyak 280 naskah Al-Quran untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Islam Puchong (SMIP) yang beralamat di LOT 140, Lorong Bistari 3, Kampung Seri Aman, 41700 Puchong, Selangor Darul Ehsan yang telah dilaksanakan pada 14 Jun 2022 bersamaan 14 Dhu al - Qi'dah 1443H.

Sambutan mesra diberikan untuk kunjungan kali ini dengan majlis penyerah turut disertakan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil buat para pewakaf dan penginfak Al Quran Premium 35 dalam 1. Ini juga khususnya bagi menghadiahkan pahala yang berpanjangan kepada keluarga pewakaf dan penginfak yang telah kembali ke Rahmatullah.

Dalam satu hadith sahih disebutkan:

β€œApabila seorang manusia meninggal, maka putuslah amalnya kecuali tiga hal, sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang soleh yang mendoakan untuknya.” (Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Kalau dinisbahkan kepada doa, doa anak yang soleh akan sampai kepada yang telah meninggal dunia. Maka sebab itu berkewajipan ke atas muslim mendidik anak-anaknya supaya menjadi soleh, mudah-mudahan mereka akan mendoakan kebajikan untuk orang tuanya setelah mati kelak. Namun apa-apa doa yang ikhlas yang datang dari orang lain juga sampai kepada yang sudah meninggal dunia kalau doa itu makbul. Ini berdasarkan hadith:

β€œMinta ampunlah bagi saudara kamu dan pohonlah supaya ia tetap pendirian kerana sekarang ia sedang disoal (dalam kubur).” (Riwayat Abu Dawud)

Terima kasih kepada seluruh peserta - perserta Program Kasih Ikhlas AAT yang sudi bersama-sama membeli dan menghadiahkan naskah-naskah Al-Quran ini bagi menggantikan Al-Quran yang telah uzur dan buat anak-anak yang mengikuti pengajiaan AlQuran di dalam sekolah ini. Selain pengajian teras, program Pengajian Bacaan Al-Quran setiap hari juga diterapkan kepada kesemua anak-anak ini. Semoga dengan asbab serahan Al-Quran ini akan dapat melahirkan ramai lagi kumpulan profesional yang celik dan cintakan Al-Quran sebagai pedoman dan bimbingan kehidupan seharian. Semoga para peserta yang menyumbang dalam pembelian naskah-naskah Al-Quran ini mendapat pahala yang berpanjangan dan dilindungi Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Allah Yuftah Alaikum, Allahumma Aamiin.

π—ͺπ—”π—žπ—”π—™ 𝗀𝗨π—₯𝗔𝗑 : π—™π—”π——π—›π—œπ—Ÿπ—”π—§ π— π—˜π—ͺπ—”π—žπ—”π—™π—žπ—”π—‘ π—”π—Ÿ-𝗀𝗨π—₯𝗔𝗑Antara fadhilat-fadhilat mewakafkan Al-Quran adalah:1. Mendapat darjat dan ked...
21/06/2022

π—ͺπ—”π—žπ—”π—™ 𝗀𝗨π—₯𝗔𝗑 : π—™π—”π——π—›π—œπ—Ÿπ—”π—§ π— π—˜π—ͺπ—”π—žπ—”π—™π—žπ—”π—‘ π—”π—Ÿ-𝗀𝗨π—₯𝗔𝗑

Antara fadhilat-fadhilat mewakafkan Al-Quran adalah:
1. Mendapat darjat dan kedudukan yang mulia
2. Merupakan salah satu amalan jariyah yang mengalirkan pahala tidak terputus.
3. Sedekah dapat menghapus dosa
4. Pahala berwakaf Al-Quran menjadi pembekal amal kebaikan kelak

03/06/2022

"SAYA SERONOK DAN TERUJA MENDAPAT SUMBANGAN AL-QURAN"

Jelas terpancar kegembiraan dan keterujaan dari raut wajah para pelajar Maktab Rendah Sains Mara, Kuantan Pahang ini apabila wakil Kasih Ikhlas AAT hadir bagi menyerahkan sumbangan Al-Quran sebanyak 300 naskah.

Kebanyakan bahan Ilmiah di sini sudahpun usang dan mereka sememangnya memerlukan Al-Quran dan bahan bacaan ilmiah yang baru.

Di kesempatan ini juga, mereka sempat menitipkan doa buat para pewakaf atas sumbangan yang tidak ternilai ini. Semoga segala kebaikan dan keberkatan akan berbalik kepada para pewakaf atas niat murni ni.

"Seikhlas Memberi Semurni Kasih"

21/04/2022

Bismillahirahmanirahim
Assalamuailakum.

Alhamdulillah syukur, Program Kasih Ikhlas AAT kelolaan syarikat Ade Azhar Trading Sdn Bhd bekerjasama dengan sebuah badan NGO iaitu Yayasan Raja Shamri dalam mengerakkan satu gerak kerja melalui Program Jelajah Kelantan Serahan Al-Quran di empat puluh satu (41) lokasi di negeri Kelantan mendapat liputan dari kaca mata berita TV Al Hijrah yang bersiaran pada 19 April 2022 bersamaan 17 Ramadan 1443H.

Melalui siaran berita itu, pihak kami akan lebih bergerak maju seiringan dengan visi, misi program yang ditetapkan. Dengan ini harapan kami lebih besar dan ingin memperluaskan lagi skop dalam program ini.

Hanyalah doa yang kami pinta kepada seluruh pelanggan serta penghibah - penghibah setia program kami agar program kami lebih sempurna dan berjaya.

Allah Yuftah Alaikum
Allahuma Aamiin.

24/02/2022

Alhamdulillah, 200 naskah Al-Quran Premium Ade Azhar 35 dalam 1 untuk Masjid At-Taufiqiah.

(Penerima: Nazir Hj Mohamad Wagiman )
- masjid ni telah dilanda banjir besar dan memusnah keseluruhan AlQuran.

Semoga Al-Quran tersebut bermanfaat untuk kegunaan jemaah-jemaah masjid di sana.

Dan semoga mereka yang mewakafkan Al-Quran ini dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

β€œSEIKHLAS MEMBERI SEMURNI KASIH”

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, pada tarikh yang cantik iaitu 22/2/22, sebanyak 100 naskhah Al-Quran Premium 35 da...
24/02/2022

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, pada tarikh yang cantik iaitu 22/2/22, sebanyak 100 naskhah Al-Quran Premium 35 dalam 1 telah dihantar ke:

Maahad Tahfiz Islami, Kg Lindungan, Petaling Jaya, Selangor.

Disebabkan kes kobid yang tinggi sekarang ini, Al-Quran tersebut telah diserahkan kepada salah seorang ustazah mewakili pelajar tahfiz.

Semoga Al-Quran tersebut bermanfaat untuk kegunaan anak-anak tahfiz di sana.

Dan semoga mereka yang mewakafkan Al-Quran tersebut dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Amin ya robbal alamin

Address

Lot 3799 No. 23-D, Lorong Berkat Jalan Tarmidi Telok Kapas, Rantau Panjang
Klang
42100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Quran ADE AZHAR Esklusif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Al-Quran ADE AZHAR Esklusif:

Share