01/03/2026
Misi Bubur Lambuk Masjid Al-Hidayah! 🥣✨
Assalammualaikum warga kariah. Update terkini dari dapur masjid – bubur lambuk tengah panas-panas sedang dibungkus sekarang!
Jemput semua datang ke masjid selepas Solat Asar nanti untuk pengambilan. Kita kongsi rezeki, kita eratkan silaturahim.
Terima kasih daun keladi buat semua AJK Masjid yang berhempas-pulas menjayakan program hari ini. Terbaik! 👍