Madrasah Al-Quran Wal Arabiyyah - MAWAR

Madrasah Al-Quran Wal Arabiyyah - MAWAR 267 (E) Lot 659, Jalan Pongsu Seribu,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. 0134881601/0194651656

โ€ผ๏ธ[๐”๐Œ๐‘๐€๐‡ ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐”๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6 ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐€๐–๐€๐‘  ๐“๐„๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€]โ€ผ๏ธ๐Ÿ•‹๐—๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—บ๐˜‚ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ง๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ!Pakej Umrah bersama Ustaz F...
03/06/2026

โ€ผ๏ธ[๐”๐Œ๐‘๐€๐‡ ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐”๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6 ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐€๐–๐€๐‘ ๐“๐„๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€]โ€ผ๏ธ

๐Ÿ•‹๐—๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—บ๐˜‚ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ง๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ!
Pakej Umrah bersama Ustaz Fahmi dan Mualimah Wardah. Diurus sepenuhnya oleh Ustaz Fahmi dan Mualimah Wardah โœจ

๐Ÿ“… Tarikh: 26 Ogos hingga 6 September 2026 (Musim Cuti Sekolah)
โณ Durasi: 12 Hari 11 Malam
๐Ÿ’ฐ Harga: RM7,699 sahaja

PAKEJ TERMASUK:
โœˆ๏ธ Tiket Penerbangan Pergi-Balik
๐Ÿ“„ Visa Ziarah & Insurans Saudi
๐Ÿจ Penginapan:
๐Ÿ“ŒMekah โ€“ 7 hari 6 malam
๐Ÿ“ŒMadinah โ€“ 4 hari 3 malam
๐Ÿ›ฃ๏ธ Jarak ke Masjid: 150โ€“350 meter
๐Ÿš„ Speed Train (TIADA CAJ TAMBAHAN)
๐Ÿฝ๏ธ Makan minum 3 kali sehari
๐ŸšŒ Pengangkutan penuh di Mekah & Madinah
๐Ÿ•Œ Ziarah Mekah, Madinah, Taif & Hudaibiyah
๐ŸŽ’ 4 Jenis Beg Eksklusif
๐Ÿ’ง Air Zam-Zam

๐Ÿคฉ Pakej Umrah Ziarah yang paling MENARIK & SENTIASA menjadi pilihan ramai!

๐Ÿ“ฒ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป & ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป:
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ’ผ Pn. Wardah: https://wa.link/fstt7o

๐Ÿ“ข MAKLUMAN & TAHNIAH ๐ŸŽ‰Assalamualaikum wbt.Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada MUHAMMAD HAZIQ F...
21/05/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN & TAHNIAH ๐ŸŽ‰

Assalamualaikum wbt.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada MUHAMMAD HAZIQ FITRI BIN ABDUL MUI'ZZ kerana telah mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Badminton KOKUSAR 2026 dan terpilih mewakili Pulau Pinang dalam acara BADMINTON (KESSUMA 2026). ๐Ÿธโœจ

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha gigih mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. ๐ŸŒŸ

-Unit Kokurikulum MAWAR-

Assalamualaikum w.b.t Mohon doa daripada semua waris agar urusan dan perjalanan anak-anak MAWAR yang mewakili madrasah k...
21/05/2026

Assalamualaikum w.b.t

Mohon doa daripada semua waris agar urusan dan perjalanan anak-anak MAWAR yang mewakili madrasah ke Kejohanan Badminton KokuSAR 2026 pada hari ini dipermudahkan serta perlawanan berjalan lancar.

Semoga anak-anak diberikan kesihatan yang baik, ketenangan, semangat juang yang tinggi serta memperoleh kejayaan yang membanggakan buat MAWAR.

Terima kasih atas doa dan sokongan semua. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿธ

๐ŸŒŸMajlis Sambutan Hari Guru Sekolah-Sekolah Menengah Agama Rakyat Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026๐ŸŒŸAlhamdulillah, pada ...
21/05/2026

๐ŸŒŸMajlis Sambutan Hari Guru Sekolah-Sekolah Menengah Agama Rakyat Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, pada 16 Mei 2026, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah-Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Pulau Pinang bertempat di Mydin, Prai. Majlis ini menghimpunkan seluruh guru dari Sekolah-sekolah Menengah Agama Rakyat bagi meraikan jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik pelajar.

Suasana majlis dipenuhi dengan penghargaan dan rasa syukur apabila para guru diraikan dengan penuh penghormatan. Sesungguhnya, guru adalah nadi pendidikan, pembimbing akhlak dan penyuluh jalan ilmu yang sentiasa ikhlas berkhidmat demi kecemerlangan anak bangsa.

Tahniah diucapkan kepada Muallimah Nurhasliyana, guru MAWAR yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas dedikasi dan komitmen beliau sepanjang bertugas sebagai seorang guru. Pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa usaha gigih seorang guru sentiasa dihargai dan diberi tempat yang tinggi dalam masyarakat.

Lebih menggembirakan lagi, guru-guru MAWAR turut bertuah apabila beberapa orang guru telah menerima hadiah cabutan bertuah yang diadakan sepanjang majlis.

Majlis Sambutan Hari Guru ini bukan sekadar acara tahunan tetapi simbol penghargaan terhadap insan bergelar guru yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan sekolah dan masyarakat. Semoga semangat yang ditunjukkan terus menyemarakkan usaha mendidik, membimbing dan melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berwawasan.

โœจMajlis Penyerahan Sijil Penyertaan Kursus Kejurulatihan Latihan KRSM dan Pertandingan Ihtifal Ilmi Peringkat Negeri Pul...
21/05/2026

โœจMajlis Penyerahan Sijil Penyertaan Kursus Kejurulatihan Latihan KRSM dan Pertandingan Ihtifal Ilmi Peringkat Negeri Pulau Pinangโœจ

Pada 9 Mei 2026, telah diadakan penyerahan sijil kepada para peserta Pertandingan Ihtifal Ilmi yang merangkumi acara Syarahan Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Khat, Hafazan dan Tilawah. Pihak sekolah telah berjaya melakar sejarah dengan meraih Johan Hafazan Perempuan, Johan Syarahan Bahasa Arab Perempuan dan Tempat Ke-3 Syarahan Bahasa Arab Lelaki.

Selain itu, turut disempurnakan penyerahan sijil penyertaan kepada pelajar dan guru yang telah mengikuti Kursus Kejurulatihan Tahap 1 KRS Musleh pada 8 Februari 2026 yang lalu, melibatkan acara memanah dan kawad kaki. Penyertaan ini menjadi bukti komitmen warga sekolah dalam memperkukuh aspek kepimpinan, disiplin dan kemahiran kokurikulum yang seimbang dengan pencapaian akademik.

15/05/2026
Selamat Hari Guru buat semua guru-guru Mawar ๐ŸŒนTerima kasih kerana sentiasa mendidik dengan penuh sabar, kasih sayang dan...
15/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru Mawar ๐ŸŒน
Terima kasih kerana sentiasa mendidik dengan penuh sabar, kasih sayang dan keikhlasan. Setiap ilmu, teguran dan pengorbanan kalian menjadi cahaya yang membimbing anak-anak menuju kejayaan dunia dan akhirat.
Semoga semua mllm/mllmh terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta kekuatan untuk terus menabur bakti. Jasa kalian akan sentiasa mekar di hati seperti indahnya bunga mawar. ๐ŸŒน

๐ŸŒŸBengkel Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Subjek SPM (Siri 1) | 10 Mei 2026๐ŸŒŸBaru-baru ini, lima orang guru MAWAR te...
12/05/2026

๐ŸŒŸBengkel Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Subjek SPM (Siri 1) | 10 Mei 2026๐ŸŒŸ

Baru-baru ini, lima orang guru MAWAR telah menghadiri Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Subjek SPM Sekolah Menengah Agama Rakyat Pulau Pinang anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Bengkel ini berlangsung di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam.

Guru-guru Matematik, Sejarah, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah dan Bahasa Arab diberi pendedahan tentang cara penandaan kertas peperiksaan dan juga teknik meningkatkan pencapaian murid dalam subjek-subjek tersebut.

Semangat yang dibawa pulang daripada bengkel ini akan menjadi bekalan berharga buat guru-guru demi memastikan setiap pelajar mendapat bimbingan terbaik.

Alhamdulillah, takhta TOP SABAK, TILAWAH & ULANGAN kini milik mereka! ๐ŸŒŸBulan April menyaksikan persaingan yang sangat se...
12/05/2026

Alhamdulillah, takhta TOP SABAK, TILAWAH & ULANGAN kini milik mereka! ๐ŸŒŸ

Bulan April menyaksikan persaingan yang sangat sengit di MAWAR. Bukan sekadar menghafal ayat baru (Sabak), kualiti bacaan (Tilawah) dan kekuatan ingatan (Ulangan) juga menjadi kayu ukur utama.

Tahniah kepada para peneraju carta:

โœจ TOP TILAWAH (Luar Biasa!)
๐Ÿฅ‡ Muhammad Sulaim Bin Mohd Shahril (122 Muka Surat)
๐Ÿฅˆ Master Kasfee Jehtea (109 Muka Surat)
๐Ÿฅ‰ Nur Zulaikha Binti Kamarolzaman (100 Muka Surat)

โœจ TOP ULANGAN (Mantap!)
๐Ÿฅ‡ Arwa Binti Norazmadinaz (9 Juzuk)
๐Ÿฅˆ Muhd Nazhim Naim Bin Abd Aziz (7 Juzuk)

โœจ TOP SABAK (Banin & Banat)
๐Ÿฅ‡ Alissufi Hifni Binti Hasbullah (84 Muka Surat)
๐Ÿฅ‡ Muhammad Ammar Waffy Bin Mohammad Yusoff (59 Muka Surat)

Tahniah juga buat semua pemenang yang lain.Moga Allah kurniakan keteguhan hati buat semua pelajar untuk terus istiqamah mendampingi mukjizat agung ini. ๐Ÿคฒ

Address

267 (E) Lot 659, Mukim 6, Jalan Pongsu Seribu
Kepala Batas
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Al-Quran Wal Arabiyyah - MAWAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share