Surau Al-Falah Seksyen 5 Bandar Putra Bertam

Surau Al-Falah Seksyen 5 Bandar Putra Bertam Surau Al Falah is the community musalla for muslim living in Seksyen 5, Bandar Putra Bertam , Kepala Batas Penang

08/05/2025

Majlis Bacaan Yaasin untuk duyufurrahman..

Meniti Ramadhan tahun ini, terdapat kelainan atas takdir yang Allah tentukan.Kali ini, satu sesi ramah mesra bersama Peg...
10/03/2025

Meniti Ramadhan tahun ini, terdapat kelainan atas takdir yang Allah tentukan.
Kali ini, satu sesi ramah mesra bersama Pegawai Daerah Seberang Perai Utara berjaya diaturkan selepas sesi terawih di Surau Al-Falah Seksyen 5 Bandar Putra Bertam berakhir jam 10.30 malam pada Jumaat 7/3/2025 yang lalu.
Dalam sesi ini, Pegawai Daerah banyak memberikan pencerahan dan berkongsi pengalaman beliau bertugas di beberapa Jabatan kerajaan.
Rata rata jemaah yang hadir turut bertanyakan soalan soalan yang berkisar dengan pengurusan tanah, aktiviti pejabat daerah dan tanah, politik dan pengalaman serta kehidupan Pegawai Daerah yang tanpa disedari, sudah menetap di kejiranan taman / surau lebih daripada 10 tahun.
Semoga apa yang dikongsikan memberi ilmu baharu dan manfaat buat kedua dua pihak.
Selamat Maju Jaya, Tuan D.O dalam melaksanakan tanggungjawab berbakti buat masyarakat daripada Pihak Pengurusan Surau Al Falah.

07/03/2025

Sekitar Iftar Surau Al Falah hari ini.

"Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
(HR. Tirmidzi)
Para sahabat yang dirahmati Allah, sempena bulan ramadhan yang mulia ini, Surau Al Falah membuka peluang untuk kita menambah pahala dgn menganjurkan IFTAR setiap hari.
Untuk menyumbang, boleh terus menghubungi Saudara Afizal Radzi 0164145277 atau scan QR Code surau seperti di comment.

Jazakallah..

Gotong royong sebelum Ramadhan menjelma.Budaya gotong royong yang menjadi amalan sejak dahulu kala diteruskan dengan pen...
22/02/2025

Gotong royong sebelum Ramadhan menjelma.
Budaya gotong royong yang menjadi amalan sejak dahulu kala diteruskan dengan penglibatan ahli komuniti dan jemaah surau yang berkelapangan.
Setiap individu memainkan peranan masing masing dalam usaha mencantikkan kawasan sekitar surau dan menjadikan Surau Al-Falah Seksyen 5 Bandar Putra Bertam kondusif menjelma tibanya Ramadhan.
Kanak kanak turut dibawa oleh ayah masing masing dalam memupuk budaya bekerjasama antara satu sama lain.
Ibarat peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat...
Semoga usaha dan jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan antara ahli komuniti Seksyen 5, KOMUNITI BANDAR PUTRA BERTAM, KEPALA BATAS, PENANG .
Esok, InshaAllah, turut diadakan gotong royong di Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam .
Mari bersama sama menjadikan budaya ini budaya yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Salam Ramadhan Kareem..

Sejarah awal pembukaan surau al-falah pada 19 April 2009
20/02/2025

Sejarah awal pembukaan surau al-falah pada 19 April 2009

13/02/2025

Semoga Allah terima amalan kita semua.. aamiin..

📢   BACAAN YASIN PERDANA🔊 Sempena peperiksaan awam (UPKK, SPM, STAM, STPM) yang bakal diduduki oleh anak anak kita, Jawa...
24/12/2024

📢 BACAAN YASIN PERDANA

🔊 Sempena peperiksaan awam (UPKK, SPM, STAM, STPM) yang bakal diduduki oleh anak anak kita, Jawatankuasa Surau Al-Falah dan KRT BPB Fasa 2 akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Perdana seperti ketetapan berikut :-

📆 26 Disember 2024 bersamaan 24 Jamadil Akhir 1446H
🕗 7:00pm - 9:55pm
🏠 Surau Al-Falah
🍛 PotLuck (Kongsi Rezeki)

🔊Semua Jemaah Surau Al-Falah dan Kominuti Seksyen 5 Bandar Putra Bertam di jemput beramai-ramai untuk mengimarahkan lagi majlis.

mana-mana penduduk yang ingin menyumbang untuk jamuan hari raya sabtu ini (20 Mei) boleh memasukkan sumbangan tuan²/puan...
19/05/2023

mana-mana penduduk yang ingin menyumbang untuk jamuan hari raya sabtu ini (20 Mei) boleh memasukkan sumbangan tuan²/puan² ke dalam tabung di pintu surau. Terima kasih di atas sumbangan semua.

Jemputan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023 | Sabtu | 20 Mei 2023 | 8.00 Malam | Perkarangan Surau Al-Falah Seksyen ...
18/05/2023

Jemputan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023 | Sabtu | 20 Mei 2023 | 8.00 Malam | Perkarangan Surau Al-Falah Seksyen 5

Address

Seksyen 5, Bandar Putra Bertam
Kepala Batas
13300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Falah Seksyen 5 Bandar Putra Bertam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category