Masjid Jamek Nibong Tebal

Masjid Jamek Nibong Tebal Halaman Rasmi Masjid Jamek Nibong Tebal Seberang Prai Selatan Pulau Pinang.

Bismillah - Selamat Hari Kebangsaan ke 69 MalaysiaMerdeka bukan setakat Bebas, tapi amanah yang wajib dijaga, semoga syi...
30/08/2026

Bismillah -
Selamat Hari Kebangsaan ke 69 Malaysia

Merdeka bukan setakat Bebas, tapi amanah yang wajib dijaga, semoga syiar islam terus berkembang dinegara kita

ikhlas daripada
Masjid Jamek Nibong Tebal

Bismillah | 27/8/2026 | Ziarah Kasih Masjid Jamek Nibong Tebal Alhamdulillah semalam telah berlangsung ziarah kasih di r...
27/08/2026

Bismillah | 27/8/2026 | Ziarah Kasih Masjid Jamek Nibong Tebal

Alhamdulillah semalam telah berlangsung ziarah kasih di rumah Encik Karim, Jalan Bayan Kecil, Taman Nibong Tebal.

Dan harini alhamdulillah ziarah kasih telah dilakukan di Taman Cenderawasih.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi serta seluruh AJK Masjid Jamek Nibong Tebal serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan ziarah kasih ini. Semoga segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal kebajikan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Semoga budaya ziarah dan saling mengambil berat ini terus subur dalam kalangan masyarakat. Insyaallah.

26/08/2026

Bismillah | 26/8/2026 | Ziarah Kasih MJNT.| Kg Haji Omar T**i Timbul Nibong Tebal.

LENSA NIBONG TEBAL BERSELAWAT
25/08/2026

LENSA NIBONG TEBAL BERSELAWAT

Bismillah | MJNT Telah menghantar seorang wakil untuk program ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€: ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ...
22/08/2026

Bismillah | MJNT Telah menghantar seorang wakil untuk program ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€: ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†
๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ๐š๐ฒ๐š ๐”๐ฆ๐š๐ซ ๐ˆ๐›๐ง๐ฎ ๐€๐ฅ ๐Š๐ก๐š๐ญ๐ญ๐š๐›, ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐๐š๐ฒ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ฎ, ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 
Program Aku Kasih Malaysia: Belia MADANI Merdeka Peringkat Negeri Pulau Pinang telah berlangsung pada 22 Ogos 2026 dengan penyertaan seramai 80 orang belia. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pulau Pinang.
Program diselaraskan oleh Cik Siti Nur Ainie binti Jamil Ahmad, manakala Encik Khairul Fadzreen Bin Khairruddin hadir mewakili Pengarah AKM Negeri Pulau Pinang. Turut hadir YB Datoโ€™ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang serta barisan tetamu kehormat.
Pengisian program memberi penekanan kepada penghayatan semangat kemerdekaan dan jati diri belia, di samping meningkatkan kefahaman peserta mengenai Jata Negara, sistem pemerintahan Malaysia serta enam nilai teras Malaysia MADANI. Pendekatan secara interaktif dan santai turut memberi peluang kepada peserta memahami kepentingan patriotisme, kedaulatan negara dan nilai MADANI dalam kehidupan seharian.
Selain itu, Kuiz Interaktif Kenegaraan menggunakan Kahoot turut diadakan dan dikendalikan oleh Sahabat Penggerak MADANI Pulau Pinang, yang berlangsung secara santai dan interaktif.
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti oleh YB Datoโ€™ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Program ini berjaya menjadi platform dalam menyemai semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta meningkatkan kefahaman belia terhadap kenegaraan dan nilai-nilai Malaysia MADANI.

**ZIARAH & PRIHATIN ๐Ÿคฒ**21 Ogos 2026 | JumaatAlhamdulillah, berkesempatan menziarahi dua buah keluarga yang kurang bernas...
21/08/2026

**ZIARAH & PRIHATIN ๐Ÿคฒ**

21 Ogos 2026 | Jumaat

Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi dua buah keluarga yang kurang bernasib baik dalam kariah Masjid Jamek Nibong Tebal pada hari Jumaat.

Selain menziarahi dan bertanya khabar, kami turut membantu menguruskan permohonan bantuan zakat dan JKM bagi meringankan beban serta memastikan mereka mendapat perhatian dan bantuan daripada saluran yang sewajarnya.

Semoga sedikit usaha ini dapat memberi sinar dan manfaat kepada keluarga yang memerlukan.

โ€œSebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.โ€ ๐Ÿค

18/08/2026

LAWATAN & SANTUNAN SAUDARA BAHARU | MASJID JAMEK NIBONG TEBAL

๐Ÿ“… 18 Ogos 2026

Masjid Jamek Nibong Tebal telah menerima kunjungan daripada Kompleks Darul Hidayah MAINPP bagi menyantuni En. Mohamad bin Abdullah, seorang saudara baharu yang telah berada di Masjid Jamek Nibong Tebal sejak hampir 2 tahun yang lalu.

๐Ÿค Tujuan lawatan:

Mengeratkan ukhuwah, menyantuni kebajikan saudara baharu serta memastikan mereka terus mendapat sokongan, bimbingan dan perhatian daripada institusi masjid.
Dalam kunjungan tersebut, pihak Kompleks Darul Hidayah turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan serta wang tunai kepada Saudara Mohamad sebagai tanda prihatin dan sokongan kepada beliau.

๐ŸŒฟ IMPLIKASI LAWATAN

Kunjungan ini menjadi satu contoh kerjasama yang baik antara Kompleks Darul Hidayah MAINPP dan Masjid Jamek Nibong Tebal dalam memperkukuh jaringan kebajikan dan dakwah, khususnya dalam memastikan saudara baharu tidak berasa terpinggir serta sentiasa mempunyai tempat untuk mendapatkan bimbingan, sokongan dan kasih sayang komuniti Islam.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan secara berterusan dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk bersama-sama mengimarahkan fungsi masjid sebagai pusat ibadah, dakwah, kebajikan dan penyatuan ummah.

๐Ÿ’š โ€œMenyantuni, Membimbing dan Memperkasa Ummah.โ€
Terima kasih Kompleks Darul Hidayah MAINPP atas kunjungan dan keprihatinan.







Address

PMT 2200, Bertam Resort, Persiaran Bertam 8
Kepala Batas
13200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Nibong Tebal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share