Surau Al-Muhtadin Bentara 18

Surau Al-Muhtadin Bentara 18 Update aktiviti semasa Surau Al-Muhtadin

PROGRAM IBADAH QURBAN 1447H/2026Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, ibadah qurban...
28/05/2026

PROGRAM IBADAH QURBAN 1447H/2026

Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, ibadah qurban sempena Hari Raya Aidiladha 1447H telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Surau Al Muhtadin.

Proses penyembelihan dan agihan daging korban telah dilaksanakan secara tersusun, teratur dan mengikut garis panduan syariah, dengan matlamat untuk menyantuni ahli kariah serta mereka yang memerlukan.

Pihak Urusetia Qurban merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

๐Ÿ”น Para peserta korban yang telah menunaikan ibadah ini dengan penuh keikhlasan,
๐Ÿ”น Petugas serta anak kariah yang telah bertungkus-lumus sepanjang proses berlangsung,
๐Ÿ”น Semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung menyumbang kepada kelancaran program ini.

Semoga segala pengorbanan dan amal jariah ini diterima sebagai ibadah yang diredai Allah SWT, serta menjadi asbab keberkatan dan rahmat buat seluruh komuniti.

โ€œDaging dan darah korban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu.โ€
(Surah Al-Hajj: 37)

Alhamdulillah...Terima kasih kepada pengunjung yang sudi hadir memeriahkan majlis Jamuan Aidilfitri Surau Al-Muhtadin da...
13/04/2026

Alhamdulillah...
Terima kasih kepada pengunjung yang sudi hadir memeriahkan majlis Jamuan Aidilfitri Surau Al-Muhtadin dalam suasana penuh ukhuwah, kasih sayang serta mengeratkan lagi silaturahim di Aidilfitri yang penuh keceriaan ini.

JEMPUTAN JAMUAN AIDILFITRI SURAU AL-MUHTADIN, BERTAM PERDANADengan penuh kesyukuran dan sukacitanya menjemput Tuan/Puan ...
08/04/2026

JEMPUTAN JAMUAN AIDILFITRI SURAU AL-MUHTADIN, BERTAM PERDANA

Dengan penuh kesyukuran dan sukacitanya menjemput Tuan/Puan Sekeluarga untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang akan diadakan seperti butiran berikut:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh:
12 April 2026 (Ahad)

๐Ÿ•— Masa:
12.00 T/hari โ€“ 4.00 Ptg

๐Ÿ“ Tempat:
Surau Al Muhtadin, Bertam Perdana

Semoga majlis ini menjadi ruang untuk kita bertemu, beramah mesra, serta mengeratkan silaturahim dalam suasana Aidilfitri yang penuh keceriaan.

21/03/2026
Syawal 1447h. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan BatinTaqabbalallahu minna waminkum..
21/03/2026

Syawal 1447h.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

Taqabbalallahu minna waminkum..

Pengajian Al QuranIQRA' DEWASA (P)(Buku IQRA' disediakan)Tenaga Pengajar :USTAZAH AMNAH SHARIFF - Belajar makhraj dan me...
18/01/2026

Pengajian Al Quran
IQRA' DEWASA (P)
(Buku IQRA' disediakan)

Tenaga Pengajar :
USTAZAH AMNAH SHARIFF

- Belajar makhraj dan mengenal huruf hijaiyah
- Belajar dari asas hingga mahir baca Al-Quran
- Mengenal hukumยฒ tajwid dalam Al-Quran

KULIAH DHUHA KHAS9:15 AM ~ 11:30 AMPenceramah Jemputan USTAZAH SITI HAJAR GHAZALIhttps://vt.tiktok.com/ZSHETTX7peBnJ-lV3...
11/01/2026

KULIAH DHUHA KHAS
9:15 AM ~ 11:30 AM
Penceramah Jemputan
USTAZAH SITI HAJAR GHAZALI

https://vt.tiktok.com/ZSHETTX7peBnJ-lV3AP/

Terima kasih kepada semua AJK dan Muslimat Muhtadin yg terlibat menjayakan program ini..
Anda semua awesome...
Tahniah !!!!

Address

Lorong Bentara 18 Taman Bertam Perdana 3
Kepala Batas
13200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Muhtadin Bentara 18 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share