Pejabat Agama Daerah SPU Kepala Batas

Pejabat Agama Daerah SPU Kepala Batas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Agama Daerah SPU Kepala Batas, Religious organisation, Jalan Bertam, Kepala Batas.

20/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨

Kami daripada seluruh warga kerja Pejabat Agama Daerah SPU Kepala Batas, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan mempereratkan silaturahim antara kita semua. Moga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Berhati-hati di jalan raya, pandu dengan cermat, dan raikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran bersama keluarga tercinta.

🌙 Ikhlas daripada kami, warga kerja Pejabat Agama Daerah SPU Kepala Batas

27/11/2024
Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Zon II Seberang Perai Utara bagi tahun 1446H/2024M telah diadakan pada 14 & 15 Oktober...
17/10/2024

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Zon II Seberang Perai Utara bagi tahun 1446H/2024M telah diadakan pada 14 & 15 Oktober 2024 bertempat di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas

Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Abu Mansur Maturidi bin Mohd Romli merangkap pengerusi Majlis Tilawah Al-Quran Peringat Zon II SPU dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Abdul Rahman bin Ismail, wakil Pegawai Daerah Seberang Perai Utara

Seramai 16 orang Qari dan Qariah dari Daerah Kepala Batas dan Butterworth telah menyertai tilawah zon ini.

Assalamualaikum wbt.. MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON II DAERAH SPU TAHUN 1446H/2024MTarikh : 14 Okt 2024 IsninMas...
13/10/2024

Assalamualaikum wbt..

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON II DAERAH SPU TAHUN 1446H/2024M

Tarikh : 14 Okt 2024 Isnin
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tarikh : 15 Okt 2024 Selasa
Masa : 8.30 - 12.00 tengahari
Tempat : Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR...

💐💐💐
11/06/2024

💐💐💐

Kelebihan 10 Awal ZulhijjahTiada hari yang amalan soleh yang paling dis**ai oleh Allah SWT untuk dilakukan melainkan 10 ...
11/06/2024

Kelebihan 10 Awal Zulhijjah

Tiada hari yang amalan soleh yang paling dis**ai oleh Allah SWT untuk dilakukan melainkan 10 hari terawal Zulhijjah.

Marilah sama-sama kita perbanyakan mengerjakan amalan soleh di bulan Zulhijjah ini terutama di 10 hari terawal Zulhijjah.

10/06/2024

WANITA BILA FAHAM AGAMA

Wanita bila faham agama, dia s**a dengan cara hidup beragama. Bila diajak solat oleh sahabatnya dia gembira. Bila diajak mengaji dan mendalami ilmu agama dia akan ikut tanpa banyak songeh. Bila dinasihati saat berbuat salah, dia tak keras melawan namun sedia berlapang dada menerima.

Wanita bila mengerti agama, dia akan selalu beramal dengan menutup aurat sempurna. Tak s**a bertabarruj walaupun diajak kawan-kawan. Dia akan cari kawan-kawan yang berkualiti. Dia takkan bergaul bebas dengan lelaki lain. Berikhtilat, apatah lagi berkhalwat. Dia berusaha menjaga diri dan maruah untuk keluarga dan bakal suaminya.

Wanita bila seronok hidup beragama, dia akan sedaya upaya mengaji agama untuk menjadi pembantu ketua rumahtangga yang setia serta mendidik anak-anak menjadi soleh. Sebab dia tahu ibu adalah Madrasah pertama untuk anak-anak dan seorang ibu lebih dekat dengan jiwa anak-anak.

Jika wanita yang faham agama ini sudah bergelar seorang Isteri, pastinya dia sentiasa menjaga tutur kata agar hati suami tak disakiti, bersifat qanaah, syukurnya tebal, mampu menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan saling berpesan-pesan pada kebenaran. Dia juga tidak s**a mempamerkan dirinya di media sosial untuk tatapan lelaki lain. Kerana dirinya terlalu mahal buat suaminya.

Begitulah cerita wanita yang faham agama. Ada wanita yang tak faham agama dia akan kata rugi , susah dan leceh jadi wanita sebab kena taat dan tak boleh lawan atau tinggi suara pada suami. Sebaliknya wanita yang faham agama akan berfikir untungnya menjadi wanita. Cukup dengan menjaga solat, puasa, menjaga maruah diri dan taat pada suami InsyaAllah dia boleh pilih pintu syurga mana yang dia nak masuk ...

Kredit: جيحة نجيحة

Alhamdulillah, Tahniah pihak Masjid Dato' Sheikh Adnan Penaga! Satu usaha yg sangat baik & bermanfaat 👍🏻👍🏻👍🏻
01/06/2024

Alhamdulillah, Tahniah pihak Masjid Dato' Sheikh Adnan Penaga!
Satu usaha yg sangat baik & bermanfaat 👍🏻👍🏻👍🏻

KEPUTUSAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1445H / 2024MSekalung Tahniah kepada Saudara Mo...
28/05/2024

KEPUTUSAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1445H / 2024M

Sekalung Tahniah kepada Saudara Mohamad Husaini bin Mahmur yang mewakili Negeri Sembilan kerana telah dinobatkan JOHAN QARI sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2024M.

Beliau akan bertanding di peringkat antarabangsa mewakili Malaysia.

27/05/2024

Wasiat & nasihat kepada para pengantin 💕

Address

Jalan Bertam
Kepala Batas
13200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Agama Daerah SPU Kepala Batas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pejabat Agama Daerah SPU Kepala Batas:

Share