Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas

Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas Jom samaยฒ imarahkan masjid.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PER...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Pada 1 Jun 2026M Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim Daripada :

Pengerusi, AJK dan Pegawai Qaryah
Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas, SPU

Solat Sunat Aidiladha 1447H | 2026M๐Ÿ•Œโœจ๏ธAlhamdulillah pagi tadi selesai Solat Sunat Aidiladha bersama anak-anak Qaryah Mas...
29/05/2026

Solat Sunat Aidiladha 1447H | 2026M๐Ÿ•Œโœจ๏ธ

Alhamdulillah pagi tadi selesai Solat Sunat Aidiladha bersama anak-anak Qaryah Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas.

Solat dan khutbah telah diketuai oleh Al-Fadzil Ustaz Haji Muhammad Azhan bin Dato' Haji Abdul Rahim, Imam kanan sebaik sahaja anak-anak Qaryah bertakbir beramai-ramai.

Hampir 1,200 orang anak Qaryah hadir menunaikan solat yang turut disertai oleh YB Dato' Seri Reezal Merican Hj. Naina Merican, ADUN Bertam.

YBhg. Dato' Hj. Shariful Azhar Othman didalam ucapan awalnya mengalu-alukan kepulangan anak Qaryah dari perantauan serta memaklumkan berkenaan Program Ibadah Qurban & Aqiqah bagi tahun ini yang akan menumbangkan sebanyak 15 ekor lembu iaitu sumbangan YB Dato' Seri Reezal Merican, ADUN Bertam; Dato' Seri Hj. Ibrahim Badawi serta orang perseorangan melalui belah bahagian.

SALAM AIDILADHA 1447H | 2026MAidiladha mengajar kita bahawa keikhlasan adalah pengorbanan yang paling indah. Semoga seti...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H | 2026M

Aidiladha mengajar kita bahawa keikhlasan adalah pengorbanan yang paling indah. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan hati yang tulus membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagian buat kita semua.

Ingatan Tulus Ikhlas Daripada :
Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan Pegawai Qaryah
Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas

Makluman > Solat Sunat Aidilfitri akan bermula jam 8.30 pagi

Harap Maklum, Terima kasih ๐Ÿค—

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูIFTAR JAMAIE HARI ARAFAH & MAJLIS TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM HAJI MUTH...
24/05/2026

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

IFTAR JAMAIE HARI ARAFAH & MAJLIS TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM HAJI MUTHALIF BIN PEER MOHAMED

Dimaklumkan bahawa, Masjid Al-Jamiul Badawi dengan kerjasama Merdeka Bakery, SPM Driving Academy Bertam, Restoran Al-Safaah, Shell Kepala Batas & Caltex Bandar Putra Bertam akan mengadakan majlis yang tersebut di atas mengikut butiran berikut :-

๐Ÿ—“ 26 Mei 2026 (Selasa)
๐Ÿ•ก 6.30 petang
๐Ÿ“ Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas

Oleh yang demikian, anak-anak Qaryah yang BERPUASA dijemput hadir๐Ÿค—

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

MOHD HILMI, SUQ

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูPROGRAM SANTUNI BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG PERMATANG BERTAM๐Ÿ—“ 9 Mei 202...
07/05/2026

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

PROGRAM SANTUNI BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG PERMATANG BERTAM

๐Ÿ—“ 9 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•˜ 9.00 Pagi - 2.00 Ptg
๐Ÿ“ Perkarangan Masjid Al-Jamiul Badawi

๐Ÿ”ตAgensi dan Perkhidmatan :
๐Ÿ”ถ๏ธ KWSP - Pendaftaran Ahli Baru (U 14 tahun ke atas), Daftar i-Saraan, Semak Penyata & Lain-lain pertanyaan
๐Ÿ”ถ๏ธ Tabung Haji - Daftar Akaun dengan minima RM10
๐Ÿ”ถ๏ธ Perkeso - Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Seperti Suri Rumah
๐Ÿ”ถ๏ธ PTPTN - Daftar Akaun Baru & Pertanyaan
๐Ÿ”ถ๏ธ ASNB - Pertanyaan & Pembukaan Akaun
๐Ÿ”ถ๏ธ TNB - Semakan Kelayakan Rebate B40
๐Ÿ”ถ๏ธ ICU JPM - Kaunter Semakan e-Kasih
๐Ÿ”ถ๏ธ SPM Driving Academi - Daftar Lesen Memandu Motosikal, Kereta Kelas Manual, Kereta B Kelas Auto & Motosikal B Full

๐Ÿ”ต Saringan Darah Percuma ๐Ÿฉบ๐Ÿฉธ

๐Ÿ”ต Cabutan Bertuah pun adaโ€ผ๏ธ (Hadiah lebih 40)๐ŸŽ๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰

๐Ÿ”ต Jualan Pakaian Prelove ๐Ÿ‘š๐Ÿ‘•๐Ÿ‘– (RM10 sahaja - disumbangkan ke Tabung Masjid)

Datanglahh beramai-ramai โ€ผ๏ธ๐Ÿค—โ˜บ๏ธ

Jadual Kuliah Pengajian Bagi Bulan Mei 2026M | Zulkaedah - Zulhijjah 1447HJom pakatยฒ imarahkan Rumah Allah - Majlis Ilmu...
30/04/2026

Jadual Kuliah Pengajian Bagi Bulan Mei 2026M | Zulkaedah - Zulhijjah 1447H

Jom pakatยฒ imarahkan Rumah Allah - Majlis Ilmu Taman Syurga ๐Ÿ•Œโœจ๏ธ

ZIARAH SDRA. MOHD AZRI HAMID, MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG LAHAR IKAN MATITengahari tadi YBhg. Dato' Haji Shariful Azhar ...
21/04/2026

ZIARAH SDRA. MOHD AZRI HAMID, MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG LAHAR IKAN MATI

Tengahari tadi YBhg. Dato' Haji Shariful Azhar Othman, Pengerusi Qaryah Masjid Al-Jamiul Badawi bersama pimpinan AJK MJBKB melawat dan menziarah rumah Sdra. Mohd Azri Hamid yang mengalami kebakaran pada hari sabtu lepas.

Kunjungan tersebut disambut oleh Sdra. Mohd Azri sendiri, Puan Rosmina Diana, Isteri & Puan A'dilah Hamid, kakak beliau.

YBhg. Dato' Haji Shariful Azhar menyampaikan sumbangan peribadi dan juga Masjid Al-Jamiul Badawi.

Turut bersama, Tuan Hj. Dzulkifli Mahmod, Timbalan Pengerusi; Sdra. Mohd Hilmi Basarudin, Setiausaha; Tuan Zammer Haidar Ali, Bendahari & Sdra. Muhammad Aiman Dzulkifli, Pen. Setiausaha.

Semoga Sdra. Mohd Azri sekeluarga tabah menghadapi ujian iniโ˜บ๏ธ

Alhamdulillah, semalam berlangsung Mesyuarat Khas Pegawai Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas di Dewan Dato' Haji Abdu...
21/04/2026

Alhamdulillah, semalam berlangsung Mesyuarat Khas Pegawai Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas di Dewan Dato' Haji Abdul Rahim Bakar, MJBKB.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Shariful Azhar bin Othman, Pengerusi Qaryah.

Mesyuarat tersebut telah membincangkan berkenaan jadual Imam, Bilal dan tugasan Siak termasuk beberapa cadangan penambahbaikan pengurusan pegawai masjid.

Ahli mesyuarat diberi peluang untuk memberi idea dan pandangan bagi dipertimbangkan oleh barisan AJK Qaryah MJBKB dalam sesi soal jawab.

Turut hadir, Tuan Hj. Dzulkifli Mahmod, Timbalan Pengerusi; Ustaz Haji Mohd Amin Abdul Mujahid, Imam Besar; Tuan Haji Azhar Dato' Haji Abdul Rahim, Imam Kanan; Tuan Haji Aswar Arshad, Ketua Bilal; En. Ahmad Abdul Rahman, Ketua Siak, Imam, Bilal & Siak Sokongan serta kakitangan Masjid.

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL SEMPENA SETAHUN PEMERGIAN ALMARHUM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, PM 5Alhamdulillah pada 16 ...
21/04/2026

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL SEMPENA SETAHUN PEMERGIAN ALMARHUM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, PM 5

Alhamdulillah pada 16 April yang lalu, Masjid Al-Jamiul Badawi telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Sempena Setahun Pemergian Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Ke-5 .

Bacaan Yaasin dipimpin oleh Al-Fadzil Ustaz Haji Azhan bin Dato' Haji Abdul Rahim, Imam Kanan manakala tahlil dikepalai oleh Tuan Haji Fisal bin Awang, Imam Sokongan.

Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa Almarhum kerana telah memimpin negara tercinta ini serta banyak menyumbang bakti untuk bumi Kepala Batas.

Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan soleh.

Turut bersama, YBhg. Dato' Haji Shariful Azhar bin Othman, Pengerusi Qaryah; Tuan Haji Dzulkifli bin Mahmod, Timbalan Pengerusi Qaryah dan barisan AJK MJBKB.

Terima kasih juga kepada semua yang menghadirinya dan penghargaan buat Restoran Nasi Kandar Haleesya, Bertam atas tajaan jamuan nasi talam. ๐Ÿคฒโ˜บ๏ธ

Address

Jalan
Kepala Batas
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas:

Share

Category