Surau Saadah Ad Darani, Paya Keladi Hujung

Surau Saadah Ad Darani, Paya Keladi Hujung Memberi info aktiviti surau dan masyarakat

Alhamdulillah, PROGRAM SMART SOLAT telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Januari 2026 bersamaan 27 Rejab 1447H. Banya...
17/01/2026

Alhamdulillah, PROGRAM SMART SOLAT telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Januari 2026 bersamaan 27 Rejab 1447H.
Banyak isu berkaitan solat diulas dan diberi penerangan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Ferdaus bin Cheek serta Ustazah Hajjah Nafisah binti Abu Bakar.
Forum dikelola dengan lancar dan menarik oleh moderator DJ Bam Bam ( En Muhammad Fadhil bin Muhammad).
Semoga program sedemikian dapat dianjur oleh surau pada masa akan datang untuk kebaikan kariah.
Terima kasih untuk semua yang terlibat menjayakannya.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M Surau Saadah Ad Darani anjuran Biro Muslimat pada 21 September 2025.Program m...
21/09/2025

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M Surau Saadah Ad Darani anjuran Biro Muslimat pada 21 September 2025.

Program majlis diisi dengan Bacaan Yasin, Qasidah, Berselawat serta Ceramah Khas Maulidul Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hasnan Bin Ahmad Lutfi.

Terima kasih kepada Biro Muslimat, Pengerusi dan AJK Surau serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Majlis Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M anjuran AJK Muslimat Surau Saadah Ad-Darani. Terima kasih kepada...
27/04/2025

Majlis Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M anjuran AJK Muslimat Surau Saadah Ad-Darani.

Terima kasih kepada AJK Muslimat serta semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis ini.

26/02/2025

Salam Ramadan 1446H/2025M

Program Gotong Royong Perdana dan Kenduri Sempena Menyambut Ramadan 1446H/2025M
23/02/2025

Program Gotong Royong Perdana dan Kenduri Sempena Menyambut Ramadan 1446H/2025M

Assalamualaikum WBT,YBhg Dato/Tuan/Puan yang dihormati sekalian,Alhamdulillah, selesai sudah proses menaiktaraf Surau Sa...
30/09/2024

Assalamualaikum WBT,

YBhg Dato/Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, selesai sudah proses menaiktaraf Surau Saadah Ad Darani. Ruang solat yang lebih selesa dapat diwujudkan untuk para jemaah.

Pengerusi, AJK Surau Saadah Ad Darani serta jemaah semua ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas infaq kewangan serta tenaga yang telah diberikan dalam menjayakan proses berkenaan.

Semoga segala infaq/sumbangan dari YBhg Dato/Tuan/Puan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Muslimah dengan kerjasama AJK Surau Ad Darani pada 22 September 2024 ( 18 Rabiul ...
22/09/2024

Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Muslimah dengan kerjasama AJK Surau Ad Darani pada 22 September 2024 ( 18 Rabiul Awal 1446H ).

Pengisian majlis dengan berselawat serta ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Shahfazrul.

15/09/2024
Assalamualaikum WBT,YBhg Dato/Tuan/Puan yang dihormati sekali an,Untuk makluman Surau Saadah Ad Darani sedang dalam pros...
24/07/2024

Assalamualaikum WBT,

YBhg Dato/Tuan/Puan yang dihormati sekali an,

Untuk makluman Surau Saadah Ad Darani sedang dalam proses menaiktaraf surau iaitu dengan menyediakan ruang solat Muslimat yang lebih luas dan selesa berbanding sekarang.

Keperluan dana untuk tujuan tersebut dianggarkan berjumlah RM40,000. Oleh yang demikian pihak Pengerusi serta AJK Surau memohon infaq/sumbangan dari YBhg Dato/Tuan/Puan untuk menjayakan usaha tersebut.

Semoga segala infaq/sumbangan dari YBhg Dato/Tuan/Puan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Kerja-kerja awal telah bermula dengan sumbangan awal yang telah diterima.

Assalamualaikum WBT,YBhg Dato/Tuan/Puan yang dihormati sekali an,Untuk makluman Surau Saadah Ad Darani sedang dalam pros...
13/07/2024

Assalamualaikum WBT,

YBhg Dato/Tuan/Puan yang dihormati sekali an,

Untuk makluman Surau Saadah Ad Darani sedang dalam proses menaiktaraf surau iaitu dengan menyediakan ruang solat Muslimat yang lebih luas dan selesa berbanding sekarang.

Keperluan dana untuk tujuan tersebut dianggarkan berjumlah RM40,000. Oleh yang demikian pihak Pengerusi serta AJK Surau memohon infaq/sumbangan dari YBhg Dato/Tuan/Puan untuk menjayakan usaha tersebut.

Semoga segala infaq/sumbangan dari YBhg Dato/Tuan/Puan mendapat keberkatan sepertimana,

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya".

(Surah al-Baqarah, ayat 261)

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Surau Saadah Ad Darani pada 7 Muharram 1446H/13 Julai 2024 anjuran Muslimat dengan ker...
13/07/2024

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Surau Saadah Ad Darani pada 7 Muharram 1446H/13 Julai 2024 anjuran Muslimat dengan kerjasama Jemaah Pengurusan surau.

Pengisian utama ceramah “HIJRAH DIRI” oleh Al-Fadhil Ustaz Latifi bin Mahadzir.

Pengerusi Surau Tn Hj Johar bin Jaafar juga melancar tabung kutipan dana naiktaraf ruang solat muslimat Surau Saadah Ad-Darani. Dana sebanyak RM40000 diperlukan.

Address

Surau Saadah Ad Darani, Paya Keladi Hujung
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 05:00 - 23:00
Tuesday 05:00 - 23:00
Wednesday 05:00 - 23:00
Thursday 05:00 - 23:00
Friday 05:00 - 23:00
Saturday 05:00 - 23:00
Sunday 05:00 - 23:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Saadah Ad Darani, Paya Keladi Hujung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share