Masjid Al-Taqwa Keningau

Masjid Al-Taqwa Keningau Islamic activity
Helping people
Dakwah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Yakin Doa Diperkenan عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَ...
09/09/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Yakin Doa Diperkenan

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْقُلُوبُ أَوْعِيَةٌ وَبَعْضُهَا أَوْعَى مِنْ بَعْضٍ فَإِذَا سَأَلْتُمْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَيُّهَا النَّاسُ فَاسْأَلُوهُ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ لِعَبْدٍ دَعَاهُ عَنْ ظَهْرِ قَلْبٍ غَافِلٍ

Daripada Abdullah bin 'Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hati itu adalah ibarat sebuah bejana (bekas), dan sebahagiannya lebih mampu menampung daripada sebahagian yang lain. Maka apabila kamu memohon kepada Allah 'azza wajalla, wahai manusia, maka mohonlah kepada-Nya dengan keyakinan bahawa permohonan itu akan diperkenankan. Sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa seorang hamba yang berdoa kepada-Nya dari hati yang lalai." (HR Ahmad No 6617 Dar Ihya Turath Arabiy) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Hati merupakan pusat penting dalam ibadah dan doa.

2. Orang yang berdoa, perlu memiliki keyakinan bahawa doanya akan diperkenankan.

3. Doa hendaklah disertai kehadiran hati. Ibn Qayyim mengumpamakan doa seperti senjata. Keberkesanan senjata bukan bergantung kepada senjata semata-mata, tetapi juga kepada kekuatan orang yang menggunakannya serta ketiadaan penghalang.

4. Allah tidak mengabulkan doa dari pemilik hati yang tidak yakin serta lalai

5. Apabila berdoa, bersungguh-sungguhlah berdoa dan yakin bahawa doa kita akan diperkenankan Allah.

6. Al-Mubarakfuri ketika menghuraikan hadis ini mengaitkannya dengan keyakinan terhadap kemurahan Allah serta tidak berdoa dalam keadaan ragu terhadap kekuasaan dan kemurahan-Nya.

7. Memahami makna doa membantu membina khusyuk dan penghayatan.

09/09/2026

KULIAH MAGHRIB
Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah)
Al Fadhilah Ustaz Mohd Nur Aliff bin Radani

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Orang Yang Dikabulkan Doa عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ الل...
08/09/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Orang Yang Dikabulkan Doa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكَرْبِ فَلْيُكْثِرْ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang s**a agar Allah memperkenankan doanya ketika menghadapi kesusahan dan kesempitan, maka hendaknya dia memperbanyakkan berdoa ketika berada dalam keadaan senang dan lapang." (HR Tirmizi No: 3382 Dar Kutub Ilmiyyah) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Doa hendaklah menjadi amalan sepanjang masa, bukan hanya ketika ditimpa musibah.

2. Seorang mukmin hendaklah memperbanyakkan doa ketika sihat, senang, aman dan lapang.

3. Hubungan yang kukuh dengan Allah ketika senang menjadi antara sebab mendapat pertolongan Allah ketika kesusahan.

4. Allah mengabulkan doa seseorang yang berdoa ketika ia berada dalam kesusahan dan kesempitan hasil dari amalannya yang sentiasa berdoa ketika lapang.

5. Al-Mubarakfuri ketika menghuraikan hadis ini dalam Tuhfat al-Ahwadhi menjelaskan bahawa memperbanyakkan doa ketika lapang merupakan antara sebab doa diperkenankan ketika kesusahan. Hal ini kerana ia menunjukkan keikhlasan dan kesinambungan hubungan seseorang dengan Allah.

6. Orang beriman bukanlah orang yang hanya mencari Allah ketika hidup menjadi s**ar, tetapi orang yang sentiasa bersama Allah ketika susah mahupun senang.

08/09/2026

KULIAH MAGHRIB
KITAB SYARAH SAFINAH AN-NAJA
Al Fadhil Ustaz Muhammad Haziq Ab Rahman

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Tiga Golongan Mustajab Doa عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ ع...
07/09/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tiga Golongan Mustajab Doa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tiga jenis doa yang akan diperkenankan dan tidak ada keraguan padanya, iaitu; doa orang yang di zalimi, doa orang yang sedang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya." (Ibn Majah No: 3862 Maktabah Ilmiyyah) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Berdoa adalah ibadah.

2. Ada tiga kelompok manusia yang jika ia berdoa, doanya mustajab dan dimakbulkan:

a. Doa orang yang dizalimi. Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadis ini menjelaskan bahawa doa orang yang dizalimi mendapat perhatian khusus kerana dia berada dalam keadaan terdesak, lemah dan menyerahkan urusannya kepada Allah.

b. Doa orang yang bermusafir. Imam Munawi ketika mensyarahkan hadis mengaitkan kelebihan doa musafir dengan keadaan seseorang yang jauh daripada keselesaan biasa dan lebih merasakan keperluannya kepada perlindungan Allah.

c. Doa kedua ibu bapa untuk anaknya. Ibu bapa mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan anak. Doa mereka lahir daripada kasih sayang, pengorbanan dan keikhlasan.

3. Jangan memandang rendah orang yang dizalimi kerana mungkin dia tidak mempunyai kuasa di dunia, tetapi doanya sampai kepada Allah tanpa hijab.

4. Orang yang bermusafir dianjurkan memperbanyakkan doa, bukan membiarkan waktu perjalanan berlalu tanpa zikir kepada Allah.

5. Bagi ibu bapa perbanyakkanlah berdoa kebaikan untuk anak-anak. Elakkan dari mengeluarkan perkataan dan kalimah buruk untuk anak. Mungkin juga ia akan menjadi doa dan dimustajabkan.

6. Doa yang lahir daripada hati yang benar-benar merasakan kebergantungan kepada Allah mempunyai kedudukan yang sangat besar.

7. Ingatlah pesanan ini:

Jangan menzalimi kerana orang yang dizalimi mempunyai doa.
Jangan sia-siakan perjalanan, kerana musafir mempunyai doa.
Jangan sia-siakan amanah keibubapaan, kerana ibu bapa mempunyai doa.

07/09/2026

KULIAH MAGHRIB
Tafsir Al-Quran
Al fadhil Ustaz Abdul Muein Mohd Noor

Address

Masjid Al-Taqwa Keningau
Keningau
89008

Telephone

+6087344943

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Taqwa Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Taqwa Keningau:

Shortcuts

Share