05/04/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Hari ini kita berkumpul dengan penuh sukacita di rumah Tuhan, merayakan kebangkitan Yesus Kristus yang mulia. Suasana gereja yang hampir dipenuhi umat menggambarkan betapa besar kasih dan iman kita kepada-Nya. Pada hari yang penuh berkat ini, kita diingatkan bahawa terang Kristus mengalahkan kegelapan, membawa harapan baru dalam setiap kehidupan. Misa Kudus diselebrankan oleh Rev. Fr Paul Mikin.
Kepada saudara-saudari yang menerima baptisan pada malam sabtu suci, tahniah dan selamat datang ke dalam keluarga besar Gereja. Semoga iman yang baru disemai ini terus bertumbuh kuat, menjadi terang dan saksi kasih Kristus di dunia. Jangan pernah takut untuk berjalan bersama Tuhan, kerana Dia sentiasa menyertai setiap langkah hidup kita.
Selamat Hari Paskah โ Kristus telah bangkit, Alleluia! ๐
๐ธ Frankie Jay Nasir