Masjid Ukhuwah Apin-Apin Keningau

Masjid Ukhuwah Apin-Apin Keningau Masjid Ukhuwah Apin-Apin Keningau

KHATIB  YANG BERTUGAS08 RABIULAWAL 1448 H / 21 OGOS 2026 M ( JUMAAT )TAJUK KHUTBAH : "MENELADANI RASULULLAH MEMBINA UMMA...
21/08/2026

KHATIB YANG BERTUGAS

08 RABIULAWAL 1448 H / 21 OGOS 2026 M ( JUMAAT )

TAJUK KHUTBAH : "MENELADANI RASULULLAH MEMBINA UMMAH SEJAHTERAH"

KHATIB : IMAM MOHD RIESHAM ALIP


KHATIB  YANG BERTUGAS23 SAFAR 1448 H / 07  OGOS 2026 M ( JUMAAT )TAJUK KHUTBAH : " DUNIA MEDAN UJIAN ANTARA SABAR DAN SY...
07/08/2026

KHATIB YANG BERTUGAS
23 SAFAR 1448 H / 07 OGOS 2026 M ( JUMAAT )

TAJUK KHUTBAH : " DUNIA MEDAN UJIAN ANTARA SABAR DAN SYUKUR"

KHATIB : IMAM MOHD RIESHAM ALIP


06/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐——
๐—จ๐—ž๐—›๐—จ๐—ช๐—”๐—›๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ก

06 OGOS 2026

Pembersihan berkala di Masjid Ukhuwah Apin Apin terus dilaksanakan oleh para Siak Masjid sebagai usaha memastikan rumah Allah sentiasa bersih, kemas dan selesa untuk digunakan oleh seluruh jemaah.

Marilah kita bersama-sama mengamalkan setiap peringatan dan nasihat yang disampaikan oleh pihak Siak Masjid. Menjaga kebersihan, memelihara kemudahan masjid serta menghormati rumah Allah merupakan tanggungjawab kita bersama.

Semoga setiap amalan kebaikan yang kita lakukan sentiasa mendapat rahmat, keberkatan dan reda Allah SWT. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan menjadi amal jariah yang berterusan dan diberi ganjaran yang berlipat ganda.

Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, manakala segala kekurangan dan kelemahan itu datangnya daripada diri kita sendiri sebagai hamba-Nya yang tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.


04/08/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan penuh rasa syukur, kami menjemput seluruh Muslimin dan Muslimah untuk bersama-sama memeriahkan Hari Keluarga Muslimin & Muslimah Apin Apin 2026.

๐Ÿ“… Tarikh: 30 Ogos 2026 (Ahad)
๐Ÿ“ Tempat: Perkarangan Masjid Ukhuwah Apin Apin, Keningau.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:

โ€ข Persembahan pentas
โ€ข Jamuan makan

Aktiviti mengeratkan silaturahim
Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat handai.Marilah kita bersama-sama mengeratkan ukhuwah, memupuk perpaduan serta menghidupkan semangat kebersamaan dalam suasana yang penuh keberkatan.

Bagi mereka yang ingin menyumbang dan berinfaq bagi menjayakan program ini, sumbangan ikhlas amatlah dialu-alukan. Semoga setiap infaq yang diberikan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Aamiin.

"Bersama Mengeratkan Ukhuwah, Membina Ummah."

30/07/2026

๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—•๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ป & ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—น๐—ถ๐—น ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ง๐—ฎ๐—ถ๐—ฏ ๐—•๐—ถ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด

15 SAFAR 1448 H / 30 JULAI 2026 M

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bagi Allahyarham Mohd Taib Bin Anang telah dipimpin oleh Tuan Haji Mokhsin Salleh dengan kehadiran para jemaah Muslimin dan Muslimat.

Bagi pihak Masjid Ukhuwah Apin Apin Keningau serta seluruh jemaah, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, sumbangan serta budi baik Allahyarham sepanjang hayatnya kepada masjid dan masyarakat.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan Allahyarham, mengurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda atas setiap kebaikan yang telah dilakukan, mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan alam kuburnya, serta menempatkan roh Allahyarham bersama golongan yang beriman, mendapat rahmat dan reda Allah SWT.

Al-Fatihah ( Dibaca )


KHATIB  YANG BERTUGAS16 SAFAR 1448 H / 31 JULAI 2026 M ( JUMAAT )TAJUK KHUTBAH : " PERSIAPAN AKHIRAT YANG SEMPURNA"KHATI...
30/07/2026

KHATIB YANG BERTUGAS
16 SAFAR 1448 H / 31 JULAI 2026 M ( JUMAAT )

TAJUK KHUTBAH : " PERSIAPAN AKHIRAT YANG SEMPURNA"

KHATIB : IMAM MOHD RIESHAM ALIP


๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—จ๐—ž๐—›๐—จ๐—ช๐—”๐—› ๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ก23 JULAI 2026 ( KHAMIS)Bagi memastikan Masjid Ukhuwah Apin Apin, Keningau se...
23/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—จ๐—ž๐—›๐—จ๐—ช๐—”๐—› ๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ก

23 JULAI 2026 ( KHAMIS)

Bagi memastikan Masjid Ukhuwah Apin Apin, Keningau sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selesa, kerja-kerja pembersihan berkala telah dilaksanakan oleh Siak Masjid sebagai sebahagian daripada komitmen dalam memelihara kesucian rumah Allah.

Kebersihan masjid bukan sekadar mencerminkan keindahan fizikal, bahkan melambangkan rasa hormat dan kecintaan kita terhadap tempat yang menjadi pusat ibadah, ilmu dan penyatuan ummah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Siak Masjid atas kesungguhan dan keikhlasan dalam melaksanakan amanah ini. Semoga setiap usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan diterima sebagai amal soleh serta dikurniakan pahala yang berlipat ganda, keberkatan rezeki dan rahmat daripada Allah SWT.



18/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ค ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง

18 Julai 2026

Bagi meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan memudahkan para jemaah mendapatkan maklumat, Jawatankuasa Pengurusan Masjid Ukhuwah Apin Apin, Keningau telah memasang Papan Laporan Infaq Jumaat.

Papan ini akan memaparkan jumlah kutipan infaq setiap hari Jumaat sebagai makluman kepada seluruh jemaah. Semoga usaha ini dapat meningkatkan keyakinan para penyumbang serta menggalakkan budaya berinfaq dalam kalangan masyarakat.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa menyokong usaha memakmurkan rumah Allah. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berkekalan dan dibalas oleh Allah SWT dengan pahala yang berlipat ganda.


๐๐„๐‹๐”๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐„๐Š๐€๐‡ , ๐๐„๐‹๐”๐€๐๐† ๐Œ๐„๐‘๐€๐ˆ๐‡ ๐๐€๐‡๐€๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐“๐„๐‘๐”๐’๐€๐Setiap kali azan berkumandang , setiap kali al-Quran dibaca , setia...
17/07/2026

๐๐„๐‹๐”๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐„๐Š๐€๐‡ , ๐๐„๐‹๐”๐€๐๐† ๐Œ๐„๐‘๐€๐ˆ๐‡ ๐๐€๐‡๐€๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐“๐„๐‘๐”๐’๐€๐

Setiap kali azan berkumandang , setiap kali al-Quran dibaca , setiap kali jemaah berwuduk dan menunaikan solat di Masjid Ukhuwah Apin Apin , ada peluang untuk kita berkongsi pahala melalui infaq.

Marilah bersama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu pengurusan dan pengimarahan Masjid Ukhuwah Apin Apin , Keningau.Tiada jumlah yang terlalu kecil di sisi Allah SWT apabila ia dilakukan dengan penuh keikhlasan.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi sedekah jariah yang terus mengalir pahalanya, dikurniakan keberkatan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan menjadi bekalan terbaik di akhirat kelak.

Hulurkan infaq anda dengan mengimbas Kod QR yang disediakan atau melalui account bank berikut :

๐๐š๐ง๐ค : ๐๐š๐ง๐ค ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ
๐๐š๐ฆ๐š : ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐”๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐š๐ก ๐€๐ฉ๐ข๐ง ๐€๐ฉ๐ข๐ง ๐Š๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐š๐ฎ
๐€๐œ๐œ๐จ๐ฎ๐ง๐ญ ๐๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ : ๐Ÿ๐Ÿ-๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ–๐ŸŽ ๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ–๐Ÿ‘

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan pahala yang berlipat ganda. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.


Address

Masjid Ukhuwah Apin-Apin Keningau
Keningau
89007

Telephone

+60139676489

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ukhuwah Apin-Apin Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Ukhuwah Apin-Apin Keningau:

Shortcuts

Share