Surau Al-Raudhah Kg. Purakogis

Directions

Surau Al-Raudhah Kg. Purakogis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al-Raudhah Kg. Purakogis, Religious Center, Keningau.

🌙 *Ceramah AidilAdha* 🌙‎السلام عليكم ورحمة الله وبركتهAlhamdulillah, Ceramah bertajuk "Ibadah Qurban dan Haji" telah dis...
20/06/2023

🌙 *Ceramah AidilAdha* 🌙

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah, Ceramah bertajuk "Ibadah Qurban dan Haji" telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Kifli Bin Yasoi Onedue Zul Pengerusi Merangkap Imam Masjid Daerah Keningau

Setinggi-tinggi terima kasih buat Al-Fadhil Ustaz atas kesudian berkongsi ilmu di Surau Ar-Raudhah Kg Purakogis.

Terima kasih juga kepada Tuan Ketua Kampung dan Tuan Pengerusi JKKK serta seluruh penduduk kampung yang sentiasa bersama-sama dalam majlis ilmu.

Semoga kita semua beroleh rahmat dan redha-Nya. In Sha Allah... Aamiin.

Alhamdulillah, Majlis Ilmu dan Bacaan Yassin telah dapat dilaksanakan dengan lancar selepas Solat Maghrib hari ini. Majl...
08/06/2023

Alhamdulillah, Majlis Ilmu dan Bacaan Yassin telah dapat dilaksanakan dengan lancar selepas Solat Maghrib hari ini. Majlis dipimpin oleh Alfadhil Ustaz Shamain.

Dipanjatkan setinggi-tinggi syukur atas kehadiran anak-anak muda, semoga generasi pelapis ini sentiasa istiqomah solat dan mengimarahkan 'baitullah'.

Semoga kampung kita sentiasa di lindungi-Nya.


Makluman  Perubahan Jadual dan Jemputan ke🌙 *Kuliah Maghrib* 🌙 di Surau Al-Raudhah Kg. Purakogis السلام عليكم ورحمة الله...
14/05/2023

Makluman Perubahan Jadual dan Jemputan ke🌙 *Kuliah Maghrib* 🌙 di Surau Al-Raudhah Kg. Purakogis

السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib bersama Al-Fadhil Ustaz Muhd Ariff Bin Muhd Mustaza yang diadakan pada setiap hari sabtu sebelum ini akan di selaraskan dan ditetapkan ke *Setiap Hari Selasa mulai 16 Mei 2023.*

Diharap semua penduduk kampung mengambil maklum berkenaan pelarasan ini. Semoga seluruh penduduk kampung kita beroleh berkah dan reda-Nya. In Sha Allah, Aamiin...

Kelebihan Orang Yg Hadir Majlis Ilmu:
https://m.facebook.com/ustazahasmaharun/photos/a.2227770760838130/3333290670286128/?type=3&mibextid=Nif5oz

Kelebihan Menuntut Ilmu: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1122-irsyad-al-hadith-siri-ke-109-kelebihan-menuntut-ilmu

Tak Akan Rugi Orang Yang Hadiri Majlis Ilmu:
https://youtu.be/hUkUS1skRyM



11.5.2023 - Majlis Bacaan Surah Yasin in sha Allah akan dijayakan setiap hari khamis di surau kita. Majlis kali ini dipi...
13/05/2023

11.5.2023 - Majlis Bacaan Surah Yasin in sha Allah akan dijayakan setiap hari khamis di surau kita. Majlis kali ini dipimpin oleh Alfadhil Ustaz Shamain dan turut dihadiri oleh Ketua Kampung Tn Senipin. Mudah2an setiap yang sulit dipermudahkan dan setiap hajat yang baik diperkenankan oleh-Nya.

Terima kasih kepada yg memberi sedekah dan menyumbangkan moreh.


02/05/2023
PUASA ENAM SYAWAL UMPAMA BERPUASA SETAHUNRasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramada...
01/05/2023

PUASA ENAM SYAWAL UMPAMA BERPUASA SETAHUN

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (Pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun.”

Mari sama-sama kita melaksanakannya untuk meraih ganjaran pahala yang Allah SWT janjikan kepada hambaNya.

PUASA QADHA VS PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL: MANA SATU YANG PERLU DIDAHULUKAN ATAU BOLEH DISEKALIKAN ❓❓Pandangan Ulama Men...
01/05/2023

PUASA QADHA VS PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL: MANA SATU YANG PERLU DIDAHULUKAN ATAU BOLEH DISEKALIKAN ❓❓

Pandangan Ulama Mengenai Hal Ini

• Fuqaha dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat tentang isu MENGGABUNGKAN NIAT puasa enam di bulan Syawal dan puasa qadha.

🌷 PANDANGAN PERTAMA: HANYA SAH PADA SATU NIAT SAHAJA

Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari (ulama di dalam mazhab Syafie) berpandangan, sepertimana yang dijelaskan dalam kitab Syarqawi ‘ala al-Tahrir;

“Jika seseorang berpuasa pada bulan Syawal untuk puasa qadha atau selainnya sama ada puasa nazar atau puasa sunat lain maka terhasil pahala sunatnya. Pahala yang sempurna tidak akan diperoleh melainkan dengan hanya berniat puasa khusus untuk enam hari di bulan Syawal sahaja.”

🌷 PANDANGAN KEDUA: SAH NIAT KEDUA-DUANYA

Pandangan Imam Ramli, Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Imam Sulaiman al-Bujairimi, Imam as-Suyuthi dan ulama-ulama lain di dalam mazhab Syafie.

Imam Ramli (ulama mazhab Syafie) menukilkan dalam kitab Fatawa Imam Ramli iaitu:

“Bahawa berhasil puasa qadha Ramadhan walaupun menggabungkan niat puasa qadha dengan puasa yang lain. Dan berhasil pahala puasa enam hari di bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin).”

Imam Ibnu Hajar al-Haitami (ulama mazhab Syafie) p**a membincangkannya dalam kitab al-Fatwa al-Kubra:

“Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau jika diniatkan salah satu, maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.”

Dalam kitab Hasyiah al-Bujairimi karya Imam Sulaiman al-Bujairimi (ulama mazhab Syafie) p**a mengqiyaskan (menyamakan hukum) menggabungkan niat puasa enam di bulan Syawal dan puasa qadha dengan pahala solat sunat Tahiyatul Masjid walaupun seseorang itu tidak melakukannya. Beliau menyebutkan:

“Terhasil pahala solat sunat Tahiyatul Masjid dengan melakukan solat fardhu atau sunat yang lain, sama ada diniatkan atau tidak solat sunat Tahiyatul Masjid tersebut.”

Hal ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:

“Apabila masuk salah seorang daripada kamu ke dalam masjid, hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk” dan kerana itu juga, maksud ayat bagi ‘solat sebelum duduk’ yang disebutkan dalam hadis tersebut adalah termasuk dengan melakukan solat fardu atau solat sunat yang lain.

Imam as-Suyuti (ulama mazhab Syafie) menjelaskan dalam kitab Asybah Wan Nadzoir:

“Sekiranya seseorang berpuasa sunat, qadha atau nazar atau kafarah dan menggabungkan niat puasa sunat dengan wajib, maka al-Barizi telah memberi fatwa bahawa sah puasa dan terhasil pahala untuk kedua-duanya. Begitu juga halnya jika dia ithlaqkan (niat secara umum) maka keadaan tersebut mengikut seperti hukum solat Tahiyatul Masjid.”

KHILAF ITU RAHMAT DAN PILIHAN, BUKAN BALA BAGI UMAT UNTUK MELAGAKAN

🌷 PANDANGAN PERTAMA: PUASA QADHA TERLEBIH DAHULU

Yusuf al-Qaradawi cenderung untuk bersegera menggantikan puasa qadha terlebih dahulu:

“Saya memilih wanita itu mesti menggantikan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian barulah berpuasa sunat. Ini kerana, manusia tidak terjamin usianya. Orang sihat boleh jatuh sakit, orang muda akan menjadi orang tua dan orang yang kuat boleh menjadi orang yang lemah.”

🌷 PANDANGAN KEDUA: BOLEH MEMILIH SAMA ADA PUASA QADHA ATAU PUASA ENAM TERLEBIH DAHULU

Jumhur ulama menyatakan hujah berdasarkan firman Allah SWT:

وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

Maksudnya: “Dan sesiapa yang sakit atau dalam safar (bermusafir) maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.”

(Surah al-Baqarah: 185)
Ayat tersebut tidak menyatakan bahawa wajib menggantikan puasa dengan kadar segera. Justeru, dibolehkan sekiranya ingin melakukan puasa enam di bulan Syawal terlebih dahulu berbanding puasa qadha.

KESIMPULAN:

Mengikut pendapat yang muktamad, afdhal (lebih baik) mengasingkan niat puasa enam di bulan Syawal dengan puasa qadha.
Walau bagaimanapun, sah jika menggabungkan niat puasa enam di bulan Syawal dengan puasa qadha serta mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif (lemah).
Dibolehkan puasa enam terlebih dahulu jika:

1. Dibimbangi tidak sempat untuk puasa enam jika didahului puasa qada.
2. Sihat walafiat untuk puasa qada selepas itu.

Namun begitu, menyegerakan untuk menggantikan puasa terlebih dahulu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak.

Wallahu A'lam.

RUJUKAN:

1. Al-Quran
2. Kitab Syarqawi ‘ala al-Tahrir karya Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari
3. Kitab Fatawa Imam Ramli karya Imam Ramli
4. Kitab al-Fatwa al-Kubra karya Imam Ibnu Hajar al-Haitami
5. Kitab Hasyiah al-Bujairimi karya Imam Sulaiman al-Bujairimi
6. Kitab Asybah Wan Nadzoir karya Imam Suyuthi

Semoga bermanfaat buat semua.

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.

ASMA’ BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN

BEKERJA KERANA ALLAH SWTDaripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أ...
01/05/2023

BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan hendaklah buat secara tekun.”
(HR al-Thabarani)



Assalamualaikum wbt...kunci masa anda.. jemput hadir ceramah perdana bersama af ustaz wadi anuar di masjid Al-Taqwa Keni...
01/05/2023

Assalamualaikum wbt...kunci masa anda.. jemput hadir ceramah perdana bersama af ustaz wadi anuar di masjid Al-Taqwa Keningau
15/5/2023 (isnin) selepas isya

Address

Keningau
89008

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Raudhah Kg. Purakogis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share