16/08/2026
ππππ πππππ ππππ ππππ ππππππππππππ πππππ πππππ ππ ππππππ
16 Ogos 2026 | Gereja St. Anthony Abbot, Apin-Apin
Misa Kudus sempena Hari Raya Pengangkatan Bonda Maria ke Syurga telah dirayakan dengan penuh syukur di Gereja St. Anthony Abbot, Apin-Apin, pada 16 Ogos 2026. Misa dipimpin oleh Rev. Fr. Bede Anthonius.
Dalam homilinya, umat diajak menghayati teladan Bonda Maria yang setia kepada kehendak Tuhan. Gereja mengimani bahawa Maria, setelah menyelesaikan perjalanan hidupnya di dunia, diangkat ke dalam kemuliaan syurga dengan jiwa dan raganya.
Perayaan ini mengingatkan kita bahawa kehidupan yang diserahkan kepada Tuhan membawa kepada harapan akan keselamatan dan kehidupan kekal. Semoga melalui teladan Bonda Maria, kita terus hidup dalam iman, kerendahan hati dan kesetiaan kepada Tuhan.