Masjid Jamek Al-Hikam Kg.Minawo Ulu

Masjid Jamek Al-Hikam Kg.Minawo Ulu Official page untuk Masjid Jamek Al-Hikam Keningau
[Official page for Masjid Jamek Al-Hikam Keningau]

KELAS TAKMIR KG. MENAWO ULU Jom bersama-sama menuntut ilmu dan memperkukuhkan kefahaman agama. 🤲🏻Kelas ini terbuka kepad...
27/08/2026

KELAS TAKMIR KG. MENAWO ULU

Jom bersama-sama menuntut ilmu dan memperkukuhkan kefahaman agama. 🤲🏻

Kelas ini terbuka kepada yang baru memeluk Islam (muallaf) serta semua yang ingin mendalami/memperkukuh ilmu agama — daripada praktikal wuduk & solat, mengaji Iqra’ & al-Quran, akidah, fiqh, akhlak, hadis, sehinggalah sesi soal jawab dan pelbagai pengisian menarik.

📍 Kg. Menawo Ulu
🕌 Masjid Jamek Al-Hikam — Setiap Sabtu, 7.30–8.30 pagi
🕌 Surau Al-Hidayah — Ahad, 3.50–5.00 petang
🕌 Surau Al-Hidayah — Isnin, 7.30–8.30 pagi

✨ Menuntut ilmu, tuntutan setiap Muslim.
Ayuh manfaatkan peluang ini untuk menambah ilmu, memperbaiki amalan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

📞 Pertanyaan lanjut: Ustazah Sabtuniah – 014-572 009

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. & SALAM SEJAHTERA ​Jemputan Khas Buat Seluruh Warga Islam Kg Minawo Ulu! 🕌✨​Dengan penuh rasa kes...
24/08/2026

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. & SALAM SEJAHTERA

​Jemputan Khas Buat Seluruh Warga Islam Kg Minawo Ulu! 🕌✨
​Dengan penuh rasa kesyukuran, _Pihak AJK Masjid & AJK Helwa Kg Minawo_ menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama mengimarahkan:

​📌 *MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL*

📅 Tarikh: 24 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Masjid Jamek Al-Hikam

​Moga kehadiran tuan/puan membawa keberkatan, menguatkan ukhuwah, dan melipatgandakan kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah SAW.

RM1.00 ANDA, BESAR MANFAATNYA Jom sama-sama kita menyumbang untuk Masjid Jamek Alhikham Kg. Menawo Ulu.Tidak perlu menun...
13/08/2026

RM1.00 ANDA, BESAR MANFAATNYA

Jom sama-sama kita menyumbang untuk Masjid Jamek Alhikham Kg. Menawo Ulu.

Tidak perlu menunggu kaya untuk bersedekah. RM1.00 pun bermakna jika dilakukan dengan ikhlas. ❤️

📲 Scan QR pada poster untuk membuat infaq.
💚 Sedekah ikut kemampuan.
🤲 Semoga setiap ringgit yang kita sumbangkan menjadi amal jariah dan terus mengalir pahalanya.

Sedikit daripada kita, besar manfaatnya untuk masjid kita.

Imbas Kembali Prog. Majlis Ilmu Majlis Ilmu bersama Ustaz Sulaimin Muhsinin dengan tajuk “Langkah Ke Masjid, Langkah Ke ...
12/08/2026

Imbas Kembali Prog. Majlis Ilmu

Majlis Ilmu bersama Ustaz Sulaimin Muhsinin dengan tajuk “Langkah Ke Masjid, Langkah Ke Syurga” mengingatkan kita tentang pentingnya istiqamah berjemaah dan mengimarahkan masjid dalam kehidupan.

Semoga ilmu yang disampaikan terus menjadi manfaat dan amal yang berpanjangan. 🤍

Jom ke masjid, raih keberkatan ilmu dan jemaah. 🕌

JEMPUTAN KE MAJLIS ILMU Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT, maril...
04/08/2026

JEMPUTAN KE MAJLIS ILMU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT, marilah kita bersama-sama meluangkan masa menghadiri Majlis Ilmu yang bakal diadakan seperti ketetapan berikut:

🕌 Tajuk:
Langkah Ke Masjid, Langkah Ke Syurga: Memupuk Ketagihan Berjemaah dalam Kehidupan Moden

🎙️ Penceramah:
Ustaz Sulaimin Muhsinin

📅 Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat) / 23 Safar 1448H
🕰️ Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Masjid Al-Hikam, Kg. Menawo Ulu

Mari kita manfaatkan peluang ini untuk menambah ilmu, mengeratkan ukhuwah dan menyuburkan kecintaan kepada masjid serta solat berjemaah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(Riwayat Muslim)

📢 Mohon bantu SHARE posting ini dan ajak ahli keluarga, sahabat serta jiran tetangga hadir bersama.

“Langkah ke masjid hari ini, mudah-mudahan menjadi langkah menuju syurga di akhirat nanti.”

🌸 JEMPUTAN KHAS UNTUK SEMUA MUSLIMAH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Masjid Jamek Al Hikam, Kg. Minawo Ulu de...
03/08/2026

🌸 JEMPUTAN KHAS UNTUK SEMUA MUSLIMAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Masjid Jamek Al Hikam, Kg. Minawo Ulu dengan sukacitanya menjemput seluruh muslimah untuk menghadiri Program Wanita dan Solat, satu majlis ilmu yang penuh manfaat bagi memperkukuhkan kefahaman serta meningkatkan kualiti solat sebagai tiang agama.

🗓 Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕖 Masa: 7.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Tempat: Masjid Jamek Al Hikam, Kg. Minawo Ulu, Keningau
🎙 Penceramah: Ustazah Hajah Norshahirah Zakaria

Ayuh luangkan sedikit masa untuk menimba ilmu yang bermanfaat. Semoga setiap langkah menuju ke majlis ilmu ini dikira sebagai ibadah dan menjadi asbab hidayah serta keberkatan dalam kehidupan.

Anjuran: Wanita IKRAM Sabah, Cawangan Papar
Dengan kerjasama: HELWA Masjid Jamek Al Hikam, Kg. Minawo Ulu

Gambar Sekitar ceramah Khas Maal Hijrah 17 Jun 2026 1448 H
17/06/2026

Gambar Sekitar ceramah Khas Maal Hijrah
17 Jun 2026 1448 H

SALAM MAAL HIJRAH 1448H“Hijrah bukan tentang siapa kita semalam, tetapi siapa yang kita pilih untuk menjadi hari ini.”Ma...
14/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

“Hijrah bukan tentang siapa kita semalam, tetapi siapa yang kita pilih untuk menjadi hari ini.”

Masjid Jamek Al-Hikam menjemput seluruh warga kampung untuk bersama-sama menghadiri ceramah khas “Hijrah… Jom Berubah” yang akan disampaikan oleh Ustaz Sulaimin Muhsinin.

📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕰️ Selepas Solat Maghrib
📍 Masjid Al-Hikam, Kg Minawo, Ulu Keningau

Hijrah Hari Ini, Kejayaan Hari Esok.

13/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448H, marilah kita memperbaharui azam, memperkukuh iman dan melangkah ke hadapan dengan semangat hijrah menuju kehidupan yang lebih diberkati.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran serta seluruh jemaah Masjid Jamek Al-Hikam Kg. Minawo Ulu mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam.

“Hijrah Membawa Perubahan, Taqwa Membawa Keberkatan.”

Ikhlas daripada:
Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran
serta Seluruh Jemaah
Masjid Jamek Al-Hikam Kg. Minawo Ulu



Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengera...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada
Masjid Jamek Al-Hikam
Kg Minawo Ulu, Keningau

“Semoga setiap pengorbanan membawa rahmat dan setiap keikhlasan dibalas dengan keberkatan.”




Address

Kg Minawo Ulu Keningau Peti Surat 184
Keningau
89007

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Al-Hikam Kg.Minawo Ulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category