Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor

Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor • Pengerusi En.Hj.Yazid Hj.Mohd Hasnan Tawik@Charles : 019-8618317

Tabung Kebajikan Masjid Nur Hidayah Bantu Golongan Memerlukan    BINGKOR: Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor melakar satu ...
13/06/2026

Tabung Kebajikan Masjid Nur Hidayah Bantu Golongan Memerlukan

BINGKOR: Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor melakar satu lagi inisiatif kebajikan apabila melancarkan Tabung Kebajikan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor bagi memperkukuhkan peranan institusi itu sebagai pusat ibadah, kebajikan dan pembangunan masyarakat.

Tabung berkenaan dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles, bersempena Majlis Hari Keluarga Raya Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor yang berlangsung di Dewan Perdana masjid itu, hari ini.

Berucap pada majlis berkenaan, beliau berkata penubuhan tabung itu bertujuan menyediakan saluran kebajikan yang lebih tersusun bagi membantu golongan memerlukan dalam kalangan masyarakat setempat.

Katanya, antara kumpulan sasaran yang bakal menerima manfaat daripada tabung berkenaan ialah asnaf, warga emas, ibu tunggal, anak yatim, mangsa bencana atau musibah serta keluarga yang berdepan kesulitan hidup.

“Masjid bukan sekadar tempat menunaikan ibadah, sebaliknya menjadi pusat penyatuan ummah yang menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh ahli kariah, para dermawan, syarikat korporat dan masyarakat setempat bersama-sama menyokong tabung berkenaan menerusi sumbangan dan infak mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau berkata, setiap sumbangan yang dihulurkan, walaupun kecil nilainya, mampu membawa manfaat besar kepada golongan memerlukan di samping menjadi amal jariah yang berpanjangan.

“Melalui tabung ini, kita berharap dapat melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, bersatu dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Semangat gotong-royong dan kebersamaan ini perlu terus dipupuk demi kesejahteraan komuniti,” katanya.

Majlis pelancaran itu menjadi antara pengisian utama sambutan Hari Keluarga Raya Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor yang membawa tema ‘Raya Santai, Keluarga Bahagia’, dengan pelbagai aktiviti diadakan bagi mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan ahli kariah dan masyarakat setempat.

Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor berharap Tabung Kebajikan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor akan menjadi platform berterusan dalam membantu golongan memerlukan, sekali gus memperkasakan fungsi masjid sebagai institusi pembangunan ummah dan kebajikan masyarakat.

Jumaat, 15 Mei 2026Pihak pengurusan serta seluruh jemaah Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor merakamkan setinggi-tinggi pen...
15/05/2026

Jumaat, 15 Mei 2026

Pihak pengurusan serta seluruh jemaah Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Imam Daerah Keningau, Imam Kifli Yasoi atas penyampaian khutbah Jumaat yang sangat bermakna bertemakan "HORMATI GURU, KEBERKATAN ILMU"

Khutbah yang disampaikan amat memberi pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menghormati guru sebagai insan yang mendidik, membimbing serta membentuk akhlak generasi masa depan. Sesungguhnya, keberkatan ilmu lahir daripada adab, penghormatan dan penghargaan terhadap para pendidik.

Bersempena sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, khutbah ini amat bertepatan dalam mengingatkan kita semua agar sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu demi masa depan anak bangsa.

Semoga segala ilmu, nasihat dan peringatan yang disampaikan menjadi manfaat serta pedoman kepada seluruh jemaah dan masyarakat.

Sekali lagi, terima kasih kepada Imam Kifli Yasoi atas kesudian menyampaikan khutbah di Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.

"Guru Bitara, Nadi Negara"

07/05/2026
Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor telah mengadakan ziarah kebajikan ke kediaman I...
07/05/2026

Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor telah mengadakan ziarah kebajikan ke kediaman Intan Jainun, isteri kepada Tinus Langkaput, di Kampung Bingkor Baru.

Rombongan yang terdiri daripada tiga orang itu diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor, Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles, serta disertai Ketua Biro Kebajikan, Dani Johari dan Penolong Bendahari Masjid Puan Laila Bikolos.

Dalam ziarah tersebut, Hj Yazid telah menyampaikan sumbangan daripada Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor di samping sumbangan peribadi Yazid dan Dani Johari yang diterima suaminya Tinus Langkaput sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga berkenaan.

Beliau berharap sumbangan yang disalurkan itu sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga tersebut.

INFOGRAFIK
22/04/2026

INFOGRAFIK

yang belum bayar zakat boleh bayar online.Rm 7.50 kadar 1Rm 15.00 kadar 2
20/03/2026

yang belum bayar zakat boleh bayar online.
Rm 7.50 kadar 1
Rm 15.00 kadar 2

17/03/2026
Ucapan Penghargaan dan Terima KasihSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Jaw...
15/03/2026

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan jemaah yang telah bertungkus-lumus menjayakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan di Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.

Penghargaan khusus kepada Timbalan Pengerusi Masjid, Tuan Mat Rahim selaku ketua AJK pelaksana yang telah memimpin dan menyelaras segala persiapan majlis dengan penuh komitmen dan dedikasi.

Ucapan terima kasih juga kepada AJK Muslimah yang diketuai oleh Puan Laila B., serta semua sukarelawan dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan jamuan, mengurus jemputan serta memastikan kelancaran perjalanan majlis.

Sesungguhnya kerjasama, kesungguhan dan semangat gotong-royong yang ditunjukkan mencerminkan keindahan ukhuwah dan perpaduan dalam komuniti kita.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT serta menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan.

Maaf Zahir Batin

Ikhlas daripada:
Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles
Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor

"Masjid kita, tanggungjawab kita. 🤝 Bantu kami melengkapkan fasiliti Masjid NurHidayah Pekan Bingkor demi keselesaan ana...
21/02/2026

"Masjid kita, tanggungjawab kita. 🤝 Bantu kami melengkapkan fasiliti Masjid NurHidayah Pekan Bingkor demi keselesaan anak kariah. Sedikit di mata kita, besar di sisi-Nya. Terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang di beri . Semoga Allah SWT membalas kebaikan anda

Aminnnn🤲

Isnin16/2/2026Ceramah Persediaan Bulan Ramadan oleh Ust Mohd Nizam Yahya. Mudah-mudahan apa yang dikongsikan itu bermanf...
18/02/2026

Isnin
16/2/2026

Ceramah Persediaan Bulan Ramadan oleh Ust Mohd Nizam Yahya. Mudah-mudahan apa yang dikongsikan itu bermanfaat buat jemaah Masjid Nurhidayah Pekan Bingkor.
Moga-moga ALLAH membukakan hati mereka dan saya untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik dan bertaqwa asbab Ramadhan kali ini, amin…

Address

Keningau
89009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share