Masjid Kampung Batu Puteh - Kerteh

Masjid Kampung Batu Puteh - Kerteh Membudayakan ibadah dan kegiatan masyarakat Islam.

21/03/2026

Jawatankuasa Masjid Kampung Batu Putih ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam yang merayakannya.. Semoga semua bergembira di hari yang bahagia ini.. Aminn

15/03/2026

Sedikit sedutan² di Majlis Iftar Ramadhan Kg. Batu Putih 2026

Alhamdulillah.. Majlis Berbuka Puasa/Iftar Ramadhan anjuran Jawatankuasa Masjid dan juga pihak SEPRA bersama komuniti Kg...
15/03/2026

Alhamdulillah.. Majlis Berbuka Puasa/Iftar Ramadhan anjuran Jawatankuasa Masjid dan juga pihak SEPRA bersama komuniti Kg. Batu Putih telah berjaya dilaksanakan. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Ir Saiful Azmi Bin Suhaili, YDP PIBG, Pengerusi JPKK, para Guru, Ustaz² dan semua penduduk yang hadir memeriahkan suasana. Ribuan terima kasih kepada semua yg terlibat menjayakan majlis ini.. semoga mendapat keredhaan Allah SWT.. aminn

Majlis Khatam Al Quran para pelajar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ranggon (SEPRA) 2026 yang pimpin oleh Ustaz Mustaqim se...
15/03/2026

Majlis Khatam Al Quran para pelajar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ranggon (SEPRA) 2026 yang pimpin oleh Ustaz Mustaqim serta Tuan Imam dan Bilal Masjid.

Kuliah Subuh Ramadhan 1447H Bersama : Ustaz Mohd Hafiz Bin Kamarudin (21 Februari 2026M)
20/02/2026

Kuliah Subuh Ramadhan 1447H Bersama :

Ustaz Mohd Hafiz Bin Kamarudin
(21 Februari 2026M)

18/02/2026

Solat Tarawih pertama serta Bacaan Perutusan Khas Diraja sempena Ramadhan 2026

Malam yang Allah hamparkan rahmat-Nya,Malam ketika doa tidak pulang dengan sia-sia.🗓 Isnin malam Selasa, 2 Februari 2026...
02/02/2026

Malam yang Allah hamparkan rahmat-Nya,
Malam ketika doa tidak pulang dengan sia-sia.

🗓 Isnin malam Selasa, 2 Februari 2026
bersamaan 15 Sya’ban 1447H,

Bersama kita hidupkan malam Nisfu Sya’ban
dengan bacaan Yasin, menyusun doa,
memohon ampun segala dosa dan memohon takdir yang lebih baik. Tahniah para jemaah, jutaan terima kasih kpd penyumbang makanan dan minuman lazat kpd hadirin..

Diadakan juga beberapa acara dan upacara menarik seperti Cabutan Nombor Bertuah, Kuiz bersama M***i, Penyampaian Hadiah ...
24/10/2025

Diadakan juga beberapa acara dan upacara menarik seperti Cabutan Nombor Bertuah, Kuiz bersama M***i, Penyampaian Hadiah Penghargaan Bagi Imam dan Bilal dan juga Upacara Tahnik Bayi yang dilakukan sendiri oleh Tuan M***i semalam..Majlis kemudian berakhir dengan acara Makan Malam Bersama M***i yang disediakan oleh Dapur Maazul Catering semestinya lazat dan menyelerakan.. Alhamdulillah terima kasih semua yang hadir memeriahkan lagi majlis ini..hingga bertemu lagi di lain masa..InsyaAllahh

Program Ziarah Al-Qaryah : M***i Jenguk Masyarakat di Masjid Kg Batu PutihAlhamdulillah program ini berjaya dilaksanakan...
24/10/2025

Program Ziarah Al-Qaryah : M***i Jenguk Masyarakat di Masjid Kg Batu Putih

Alhamdulillah program ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Mohamad Sabri bin Haron, Dato’ M***i Negeri Terengganu, Yang Dihormati Sahibul Fadilah Timbalan M***i Terengganu, Ybhg Prof. Madya Dr.Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar, Yang Berusaha Pegawai Agama Daerah Kemaman Tuan Haji Ahmad Zulfa bin Abdul Samat, Yang Berusaha YB IR Saiful Azmi Suhaili ADUN Kemasik, Penyelaras Program Tuan Syed Muhammad Syahid bin Tuan Mohd Zawawi, Barisan Ahli Jawatankuasa Masjid Kg Batu Putih, Para imam, bilal, siak, serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Program ini merupakan julung kalinya diadakan di Masjid Kg Batu Putih dan usaha yang amat bermakna bagi mendekatkan masyarakat kita dengan pihak jabatan m***i serta memberi ruang kepada kita semua menimba ilmu, berkongsi pandangan dan mendapatkan nasihat agama secara langsung daripada tuan m***i.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pihak penganjur, penyumbang, serta para jemaah yang turut menjayakan majlis pada malam ini, semoga Allah membalas segala jasa dan amal kebajikan tuan-tuan dan puan-puan dengan ganjaran yang berlipat ganda insyaAllah.

Mudah-mudahan program pada malam tadi diberkati Allah, diberi ganjaran pahala dan menjadi asbab bertambahnya iman serta ukhuwah dalam kalangan masyarakat kita. Aminn..

Alhamdulillah... Program 'Gotong Royong Merdeka 2025 telah berjaya dianjurkan oleh pihak jawatankuasa masjid di perkaran...
29/08/2025

Alhamdulillah... Program 'Gotong Royong Merdeka 2025 telah berjaya dianjurkan oleh pihak jawatankuasa masjid di perkarangan Masjid Kg. Batu Puteh bermula pagi tadi.. Muafakat Membawa Berkat ! Jutaan Terima kasih kpd semua yang berganding bahu mencurah keringat bagi menjayakan program ini.

Program KEMBARA SUPER POWERS UNITE telah diadakan di mana Masjid Kg. Batu Puteh dipilih menjadi tuan rumah dan penyedia ...
29/08/2025

Program KEMBARA SUPER POWERS UNITE telah diadakan di mana Masjid Kg. Batu Puteh dipilih menjadi tuan rumah dan penyedia fasiliti² bagi memudahkan perjalanan program. Para peserta yg terdiri daripada ibu bapa dan anak2 kampung ini berpeluang menguji IQ, mengasah kreativiti, menjalankan eksperimen sains dan kemahiran KBAT. Tahniah dan terima kasih kpd penganjur dan para peserta !

Address

Kampung Batu Putih, Kerteh
Kemaman
24300

Telephone

+601139254596

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kampung Batu Puteh - Kerteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share