Wadi Al-Quran

Wadi Al-Quran Pusat Pra-Tahfiz Al-Quran dibawah seliaan DAKWAH UNLIMITED | Geliga, Kemaman, Terengganu.

10/04/2026

DOA YANG SANGAT AGUNG DAN BERMANFAAT 🍀🍀💯

Dari Zaid bin Arqam رضي الله عنه, ia berkata: Rasulullah ﷺ biasa berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَالْهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ، اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, dan kikir, dari kepikunan dan azab kubur.
Ya Allah, berikanlah kepada jiwaku ketakwaannya dan sucikanlah ia. Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya, Engkaulah pelindung dan penolongnya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak pernah puas, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”

Hadits riwayat Imam Muslim (no. 2722 dalam sebagian penomoran).

https://whatsapp.com/channel/0029VahHEqtFSAsyXkHzeE0D

youtube.com/pelajarsunnah
instagram.com/pelajarsunnah.id
fb.com/pelajarsunnah.id
twitter.com/pelajarsunnah
telegram.me/pelajarsunnah

Mari dukung program dakwah .id dengan berinfaq dan bersedekah ke rekening :
Bank Syariah Indonesia
(BSI-451) 7775222338
a.n. PELAJAR SUNNAH

LENSA JAMUAN HARI RAYA WADI AL-QURAN 2026Alhamdulillah dapat menyantuni anak-anak pelajar dalam Majlis Jamuan Hari Raya ...
02/04/2026

LENSA JAMUAN HARI RAYA WADI AL-QURAN 2026

Alhamdulillah dapat menyantuni anak-anak pelajar dalam Majlis Jamuan Hari Raya hari ini.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua anak pelajar yang hadir menyerikan majlis. Terharu atas usaha Ibubapa yang turut sama menambah juadah jamuan bagi meraikan anak-anak didik kami 🥰 Jazaakumullahu khairan semuanya. Mudahan majlis ini mengikat kuat silaturrahim dan ikatan kasih sayang sesama kami.

Buat Ustazah Aisyah (Guru kelas Iqra), selamat bercuti dan semoga Allah memudahkan ustazah melahirkan zuriat sulung. Sihat ibu dan anak hendaknya amin.

Baarakallu fiikum jamian amin 🤲

10/03/2026
18/02/2026

📎 SELAMAT DATANG WAHAI BULAN MULIA..
Dari Abu Hurairah Radhiuallahu anhu, Nabi shalallahu alaihi wasallam bersabda :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa yang melaksanakan shaum (puasa) Ramadhan karena iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dariNya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya".
_______________
📚 HR. Bukhori 1768
🌏 Web | shahihfiqih.com/mutiara-hadits/selamat-datang-wahai-bulan-mulia/

📱 Tiktok : shahihfiqih.com/tiktok
🖥 Youtube : shahihfiqih.com/youtube
🌐 Telegram : shahihfiqih.com/telegram
📱 Instagram : shahihfiqih.com/instagram
📺 Twitter : shahihfiqih.com/twitter
💻 Facebook : shahihfiqih.com/facebook

Bismillah,InsyaAllah esok ialah HARI TERAKHIR sesi pengajian 2025 sebelum Wadi Al-Quran bercuti dan membuka kembali tira...
30/12/2025

Bismillah,

InsyaAllah esok ialah HARI TERAKHIR sesi pengajian 2025 sebelum Wadi Al-Quran bercuti dan membuka kembali tirai untuk sesi tahun baharu, InsyaAllah pada pertengahan Januari 2026.

Bersua esok untuk menutup buku 2025 kita dalam satu sahaja lagi halaqah ilmu di teratak ini.

Allahu yubaariku fiikum amin 🤲

HARI APRESIASI PELAJAR PRA-TAHFIZ WADI AL-QURANserta Serahan Keputusan Imtihan Akhir 2025Alhamdulillah, semalam para Haf...
19/12/2025

HARI APRESIASI PELAJAR PRA-TAHFIZ WADI AL-QURAN
serta Serahan Keputusan Imtihan Akhir 2025

Alhamdulillah, semalam para Hafiz Hafizah Cilik kami diraikan dalam Majlis Apresiasi pasca Imtihan Akhir yang berlangsung selama 5 hari sebelumnya.

Bersyukur ke hadrat Allah Taala, Imtihan Akhir merekodkan keputusan yang membanggakan khususnya Ujian Lisan dengan majoriti melepasi ujian tasmi' tanpa terhenti di pertengahan. Bersyukur juga dengan izinNya, penggal ini seramai 2 orang pelajar yang memasuki juz 29 setelah juz 30, dan 2 orang daripadanya berjaya mencapai target hafazan 3 juzuk. Allahu yubaariku fiikum jami'an 🤲

Semoga lebih ramai yang berjaya mencapai target hafazan di penggal hadapan, dan lebih utama, kuat hafalan surah-surah yang telah dihafaz.

InsyaAllah Wadi Al-Quran bakal menyambung Kelas Pagi selama 2 minggu bermula Ahad depan sebelum bercuti panjang.

Tahniah anak-anak Pra-Tahfiz semua! 😃

MINGGU IMTIHAN AKHIRBismillah,InsyaAllah hari ini, Ahad 14 Disember 2025 bersambung kembali Imtihan Akhir kategori Ujian...
14/12/2025

MINGGU IMTIHAN AKHIR

Bismillah,
InsyaAllah hari ini, Ahad 14 Disember 2025 bersambung kembali Imtihan Akhir kategori Ujian Lisan setelah selesai Ujian Bertulis pada Khamis lepas.

Tempoh ujian lisan berlangsung selama empat hari bermula hari ini, hingga Rabu minggu ini. Semoga semua anak pelajar Pra-Tahfiz Wadi Al-Quran dikuatkan hafalan untuk menduduki Ujian Lisan yang merangkumi subjek; Hafazan Al-Quran, Hadith, Fiqh dan Tilawah (Tahsin).

اللهم فقهنا في الدين 🤲

PENCARIAN GURU WADI AL-QURAN | Jawatan Tetap bermula September 2025Bismillah,Wadi Al-Quran membuka peluang buat bakal Gu...
17/09/2025

PENCARIAN GURU WADI AL-QURAN | Jawatan Tetap bermula September 2025

Bismillah,
Wadi Al-Quran membuka peluang buat bakal Guru Muslimah yang komited untuk menabur bakti di Teratak Ilmu Wadi Al-Quran, Geliga, Kemaman.

Berikut adalah kriteria Guru yang dicari:
1. Mahir bidang Al-Quran, khasnya ilmu tajwid
2. Kasih kepada kanak-kanak dan berjiwa pendidik
3. Amanah dalam tugas dan waktu
4. Bersiap sedia menerima tugasan dan segera respon apabila dihubungi
5. Berpenampilan patuh syari'e
6. Berpengalaman mendidik diberi keutamaan
7. Calon yang mempunyai Sijil/Diploma/Ijazah dalam Pengajian Al-Quran atau Diniyyah diberi keutamaan

Pengambilan segera bermula September-Oktober 2025

Sesi P&P adalah separuh hari (petang sahaja).

✍😊 Jika anda yang kami cari, klik:
http://www.wasap.my/601165311631/guruwadialquran

Kompilasi Foto:Kem Pro-Tahfiz Siri 7 | Wadi Al-Quran(BAHAGIAN 2)SEKITAR MAJLIS PENUTUP KPT7 & SERAHAN SIJILSebelum mengu...
15/09/2025

Kompilasi Foto:
Kem Pro-Tahfiz Siri 7 | Wadi Al-Quran
(BAHAGIAN 2)

SEKITAR MAJLIS PENUTUP KPT7 & SERAHAN SIJIL

Sebelum mengucap kata perpisahan, sesi serahan Sijil disempurnakan sendiri oleh Tuan Haji Muhammad Syamsul Annuar Zainal, selaku Pengerusi Wadi Al-Quran dan pemilik Villa Muqrey. Tanpa izin Allah dan usaha insan hebat ini, tidak mungkin KPT7 dapat direalisasikan.

Hampir separuh daripada 41 orang peserta KPT7 berjaya memperoleh pingat MUMTAZ untuk cabaran Ad'iyah minal Quran. MashaAllah atas usaha anak-anak peserta yang sentiasa berlumba-lumba mengejar tasmi' di hadapan Guru Halaqah. Doa kami para fasi mengiringi semua anak KPT7 yang dikasihi.

Akhir kata, Alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan KPT7. Semoga Allah menjaga silaturrahim kita, dan semoga bersua lagi di lain waktu. BERTEMU BERPISAH, KERANA ALLAH.

Address

LPT 11631, Tingkat Bawah, Taman Pertama, Geliga
Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 10:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60163083363

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wadi Al-Quran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share