Surau Bandar Putra

Surau Bandar Putra Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Bandar Putra, 24000, Jalan Mak Lagam, Chukai, Kemaman.

23/03/2023

Video lakaran rekabentuk terkini Surau Bandar Putra oleh firma Arkitek Fadhly Yahaya.

Surau ini dianggarkan mampu memuatkan seramai 160 jemaah pada suatu masa.

Semoga Allah permudahkan segala urusan pembinaan surau ini.
----------
Bagi mereka yang berminat untuk menderma pembinaan surau ini, bolehlah berbuat demikian di :
https://toyyibpay.com/Infaq-Surau-TBP-Kemaman

Atau disalurkan terus kepada akaun Maybank Nama Akaun : (Surau Bandar Putra) No Akaun : 563028644515

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada para muslimin dan muslimat.
23/03/2023

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada para muslimin dan muslimat.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Che Alias Hamid, ahli Parlimen Kemaman kerana sudi hadir ke Majlis Pecah Tanah Surau...
19/03/2023

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Che Alias Hamid, ahli Parlimen Kemaman kerana sudi hadir ke Majlis Pecah Tanah Surau Bandar Putra, Kemaman pada hari Jumaat 24 Syaaban 1444 Hijrah ( 17 Mac 2023).

Terima kasih juga kepada para penduduk Taman Bandar Putra dan jemputan yang hadir memeriahkan majlis.

Semoga dipermudahkan segala urusan pembinaan surau ini.

----------
Bagi mereka yang berminat untuk menderma pembinaan surau ini, bolehlah berbuat demikian di :
https://toyyibpay.com/Infaq-Surau-TBP-Kemaman

Atau boleh rujuk kepada no akaun seperti di bahagian gambar.

Assalamualaikum.Bulan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi. Jangan lupa juga untuk tunaikan zakat fitrah.Dikongsikan kadar ...
15/03/2023

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi. Jangan lupa juga untuk tunaikan zakat fitrah.

Dikongsikan kadar zakat fitrah untuk negeri Terengganu bagi tahun 2023.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh Malaysia dan selamat menunaikan ibadat Qurban.Pas...
10/07/2022

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh Malaysia dan selamat menunaikan ibadat Qurban.

Pastikan kita menyimpan daging Qurban dengan betul untuk mengelakkan keracunan makanan kepada kita dan ahli keluarga.


08/07/2022

SEBAIK-BAIK DOA HARI ARAFAH

"Sebaik-baik doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:

‎لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu." (Riwayat Al-Tirmizi)

Marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadat seperti puasa sunat hari Arafah, perbanyakkan doa, zikir memuji Allah dan bersedekah.

Di kawasan inilah Surau Bandar Putra akan dibina dengan bantuan infaq tuan/puan.Kedudukanya ditepi jalan dan berhampiran...
24/06/2022

Di kawasan inilah Surau Bandar Putra akan dibina dengan bantuan infaq tuan/puan.

Kedudukanya ditepi jalan dan berhampiran padang permainan akan memudahkan ianya diakses oleh bukan sahaja penduduk Taman Badar Putra tetapi juga para peniaga, pekerja dan pelanggan yang berada di sekitar Bandar Putra.



Assalamualaikum.Alhamdulillah pihak MAIDAM ( No Ruj: MAIDAM.01-003/224 Bhg.12 s.k.2 (2)) telah meluluskan kebenaran meng...
15/06/2022

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pihak MAIDAM ( No Ruj: MAIDAM.01-003/224 Bhg.12 s.k.2 (2)) telah meluluskan kebenaran mengutip derma untuk pembinaan Surau Bandar Putra.

Bagi yang berminat untuk menderma bolehlah merujuk kepada gambar untuk maklumat lanjut.

Semoga Allah merahmati derma tuan/puan sekalian.

-Admin-

Address

24000, Jalan Mak Lagam, Chukai
Kemaman
24000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Bandar Putra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share