Masjid Kampung Bukit Anak Dara

Masjid Kampung Bukit Anak Dara Masjid Kmpung Bukit Anak dara terletak di Kijal yang mana merupakan Masjid Mukim di Dun Kijal.

Salam Aidiladha 1447H / 2026MPihak Masjid Kampung Bukit Anak Dara mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M
Pihak Masjid Kampung Bukit Anak Dara mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan dan memperkukuhkan ukhuwah dalam masyarakat.

“Korban Ikhlas, Ukhuwah Diperkasa”

Ucapan maaf zahir dan batin daripada pihak pengurusan serta seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Bukit Anak Dara, Kijal.

Waktu sembahyang hari raya Aidiladha.
26/05/2026

Waktu sembahyang hari raya Aidiladha.

25/05/2026
🌙 SALAM ARAFAH 1447H🌙Jom sama-sama rebut ganjaran besar di Hari Arafah 🤍Hari yang penuh keampunan, doa dimakbulkan dan r...
25/05/2026

🌙 SALAM ARAFAH 1447H🌙

Jom sama-sama rebut ganjaran besar di Hari Arafah 🤍
Hari yang penuh keampunan, doa dimakbulkan dan rahmat Allah SWT.

✨ Antara amalan digalakkan:
• Puasa Sunat Hari Arafah
• Perbanyakkan doa & zikir
• Bersedekah dan beramal soleh

📖 Sabda Rasulullah SAW:
“Puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
(HR Muslim)

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita 🤲

⏳ Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba hari ini…🕌 Kuliah Maghrib Bersama UAIdi Masjid Kg. Bukit Anak Dara, Kijal📅 Isnin ...
24/05/2026

⏳ Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba hari ini…

🕌 Kuliah Maghrib Bersama UAI
di Masjid Kg. Bukit Anak Dara, Kijal

📅 Isnin | 25 Mei 2026
⏰ Selepas Solat Maghrib

🤍 Jom hadir beramai-ramai,
kita hidupkan suasana masjid dengan ilmu & ukhwah.

📣 Pakat mari penuhkan masjid!

TAZKIRAH MAGHRIB JEMPUTAN                                                 📆Tarikh & Hari: 24/05/2026 (Ahad)             ...
24/05/2026

TAZKIRAH MAGHRIB JEMPUTAN

📆Tarikh & Hari: 24/05/2026 (Ahad) 🕓Masa: Selepas solat Maghrib. 👳🏻‍♂Disampaikan oleh: Ustaz Sibaweh As-Syafie
🕌Tempat: Masjid Kg Bukit
Anak Dara Kijal.
📖Tajuk: Korban
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

⏳ Lagi 3 Hari…🕌 Kuliah Maghrib Bersama UAIdi Masjid Kg. Bukit Anak Dara, Kijal📅 Isnin | 25 Mei 2026⏰ Selepas Solat Maghr...
22/05/2026

⏳ Lagi 3 Hari…

🕌 Kuliah Maghrib Bersama UAI
di Masjid Kg. Bukit Anak Dara, Kijal

📅 Isnin | 25 Mei 2026
⏰ Selepas Solat Maghrib

🤍 Jom hadir beramai-ramai,
kita hidupkan suasana masjid dengan ilmu & ukhwah.

📣 Pakat mari penuhkan masjid!

⏳ Lagi 4 Hari…🕌 Kuliah Maghrib Bersama UAIdi Masjid Kg. Bukit Anak Dara, Kijal📅 Isnin | 25 Mei 2026⏰ Selepas Solat Maghr...
22/05/2026

⏳ Lagi 4 Hari…

🕌 Kuliah Maghrib Bersama UAI
di Masjid Kg. Bukit Anak Dara, Kijal

📅 Isnin | 25 Mei 2026
⏰ Selepas Solat Maghrib

🤍 Jom hadir beramai-ramai,
kita hidupkan suasana masjid dengan ilmu & ukhwah.

📣 Pakat mari penuhkan masjid!






TAZKIRAH SUBUH                                                 📆Tarikh & Hari: 22/05/2026 (Jumaat)                      ...
21/05/2026

TAZKIRAH SUBUH

📆Tarikh & Hari: 22/05/2026 (Jumaat) 🕓Masa : Selepas Solat subuh. 👳🏻‍♂️Disampaikan oleh : Ustaz Wan mohd Redzuan
🕌Tempat : Masjid Kg Bukit Anak Dara Kijal.
📗Tajuk:Pengurusan pusaka
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Assalamualaikum wbtAlhamdulillah, pada 21 Mei 2026 (Khamis) jam 2.00 petang, Masjid Kampung Bukit Anak Dara telah meneri...
21/05/2026

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, pada 21 Mei 2026 (Khamis) jam 2.00 petang, Masjid Kampung Bukit Anak Dara telah menerima kehadiran panel hakim bagi Program Pemilihan Masjid & Surau Terbaik Maal Hijrah 1448H.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti ucapan aluan serta pembentangan oleh Setiausaha dan Penasihat masjid. Pihak masjid turut menayangkan profil Masjid Kampung Bukit Anak Dara yang merangkumi pengurusan pentadbiran, aktiviti keagamaan, pengurusan kewangan, pembangunan komuniti serta pelbagai program yang telah dilaksanakan.

Sepanjang sesi penilaian berlangsung, para hakim turut mengemukakan beberapa soalan, pandangan dan cadangan penambahbaikan bagi memperkukuhkan lagi pengurusan serta peranan masjid sebagai pusat ibadah dan komuniti setempat.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan makan yang disediakan oleh pihak masjid sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada para hakim atas kesudian hadir.

Semoga segala usaha dan komitmen seluruh jawatankuasa serta ahli kariah Masjid Kampung Bukit Anak Dara mendapat keberkatan dan dipermudahkan. Mudah-mudahan Masjid Kampung Bukit Anak Dara diberikan rezeki untuk terpilih sebagai Masjid Terbaik Maal Hijrah 1448H pada tahun ini, insya-Allah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sesi penilaian ini. Semoga Masjid Kampung Bukit Anak Dara terus maju sebagai pusat ibadah, ilmu dan kebajikan untuk masyarakat setempat.

Address

Kemaman
24100

Telephone

+601115001774

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kampung Bukit Anak Dara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Kampung Bukit Anak Dara:

Share

Category