20/08/2026
Assalāmu’alaikum warahmatullāhi wabarakātuh.
Muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah.Sempena bulan mulia Maulidur Rasul ini, bersempena mengimarahkan hari kebesaran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, satu kuliah maghrib akan diadakan pada
22 Ogos 2026 Sabtu
7.30 malam
Masjid Dadong.
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (HR Tirmizi)
Marilah kita sama-sama menghidupkan majlis ilmu, memperbanyakkan selawat, serta menaikkan rasa cinta dan rindu kepada Baginda Rasulullah ﷺ.Ajaklah pasangan, anak-anak, keluarga, dan sahabat handai hadir bersama. Semoga langkah kaki kita dihitung sebagai amal soleh. Kehadiran anda amat kami hargai.