11/07/2021
☪️ 10 perkara saya perlu buat pada 10 hari awal ZulHijjah ini
1️⃣ Hindari dosa dan maksiat, meskipun cuma dosa kecil. Bayangkan hinanya seorang yang pegi ke Mekah kemudian bermaksiat, demikianlah hari yg dijadikan Allah sebagai istimewa, tiba-tiba anda membuat dosa, ia semestinya bakal mengundang kemurkaan Allah yang berganda.
2️⃣ Berpuasa sunat. Yang terbaiknya adalah kita berpuasa 9 hari, sepanjang 1 hingga 9 Zulhijjah. Namun yang paling minima adalah berpuasa pada Hari Aarafah iaitu 9 Zulhijjah.
3️⃣ Baca Quran sejuzuk sehari. Berusahalah untuk habiskan tilawah Quran satu juzuk setiap hari sepanjang 1 hingga 9 Zulhijjah. Luangkanlah juga masa untuk mentadabbur ayat-ayat Quran yang dibaca.
4️⃣ Qiamullail setiap malam meskipun hanya 2 rakaat. Janganlah malam-malam istimewa 10 hari ini berlalu tanpa sessi munajat kita kepada Allah. Mohonlah keampunan serta hidayahNya disetiap malam diketika majoriti manusia sedang lena.
5️⃣ Pastikan kita berinfaq setiap hari pada kesemua 10 hari ini. Pastinya malaikat akan sentiasa mendoakan kejayaan untuk kita pada setiap harta yang kita infaqkan.
6️⃣ Biasakan lidah dgn Selawat & Zikir setiap masa DAN kurangkan bercakap kecuali betul² perlu. Setiap saat detik yang berlalu sepanjang 10 Zulhijjah adalah tersangat berharga, maka jangan sia-siakan tanpa zikir, tahmid, tasbih, takbir, tahlil, istighfar dan selawat.
7️⃣ Tinggalkan perbuatan yang sia-sia yang sifar faedah, meskipun ia mungkin tidak berdosa. Berhentilah meskipun untuk sementara menonton movie, bermain games, melayan media sosial. Jadikan sepanjang 10 hari ini, tatapan kita kepada AL Quran adalah lebih benyak berbanding handphone dan laptop.
8️⃣ Bantu dan permudahkan urusan orang lain dgn apa saja bentuk bantuan. Sebaik-baik manusia adalah yang paling baik kepada saudaranya. Berbuat baiklah walaupun sekadar memberi senyuman kepada sesama manusia tanpa fitnah.
9️⃣ Doa sungguh² tiap masa minta Allah bantu kuatkan kita utk beramal DAN menerima setiap amalan kita. Ya Allah, bantulah kami untuk memgingatiMu, mensyukuriMu dan memperbaiki ibadatku. Terimalah amalan-amalan kami.
🔟 Takbir kemenangan pada 10 Zulhijjah. Laungkanlah dengan penuh semangat sebagai lambang kemenangan Islam, ketinggian Islam yang mengatasi segala yang lain. TaqabbalaLlah minkum...