Masjid As-Sobirin Kg Padang Cina Kulim

Masjid As-Sobirin Kg Padang Cina Kulim Masjid Kariah Padang Cina, Daerah Kulim.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN BULAN KEBANGSAANHari ini bakal berlangsungnya 2 acara dalam 1 hari iaitu Sambutan Maulidur R...
24/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN BULAN KEBANGSAAN

Hari ini bakal berlangsungnya 2 acara dalam 1 hari iaitu Sambutan Maulidur Rasul dan Bulan Kebangsaan Peringkat Masjid As-Sobirin. Konvoi bermula dari Surau Taman Sepilai sehingga berarak ke Masjid As-Sobirin.

Ceramah Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Ustaz Dr. Hambali pada pukul 11.00 pagi.

Semua muslimin muslimat, anak-anak kariah dijemput hadir.

* MADANI Dihayati, Ummah Diberkati, Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati *.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026MHayati sirah Rasulullah SAW sebagai panduan untuk umat Islam. Sentiasa memperbanyakkan s...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

Hayati sirah Rasulullah SAW sebagai panduan untuk umat Islam. Sentiasa memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul, ikhlas daripada Pengerusi, Pegawai dan Jawatankuasa Kariah Masjid As-Sobirin Kampung Padang Cina, Karangan.

”MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”.

01/08/2026

KULIAH MAGHRIB OGOS 2026

2/8/2026
Ustaz Farhan Abdullah (Bidayatul Hidayah)

12/8/2026
Ustaz Hasbullah (Faridatul Faraid)

21/8/2026
Ustaz Saidi Ismail (Tafsir Nurul Ihsan)

23/7/2026
Ustaz Hasbullah (Tahsin Al-Quran)

26/8/2026
Ustaz Hasbullah (Munyatul Musalli)

28/8/2026
Ustaz Afif Harun (Bakuratul Amani)

Tarikh peristiwa
25/8 : Maulidur Rasul
31/8 : Hari Kebangsaan ke-69

*Segala perubahan kuliah akan dimaklumkan oleh pihak masjid. Harap kerjasama anda amat dihargai.

UAI SOLAT JUMAAT DI MASKPC?Hari ini 17 Julai 2026, satu lagi detik bersejarah dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus menunai...
17/07/2026

UAI SOLAT JUMAAT DI MASKPC?

Hari ini 17 Julai 2026, satu lagi detik bersejarah dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sobirin Kampung Padang Cina sempena 2 program Kuliah di Kulim iaitu Padang Serai dan Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin Kulim.

Ustaz Azhar Idrus
Media Masjid As-Sobirin

Ceramah Maal Hijrah 14485 Julai 2026 ( Ahad )Selepas Solat MaghribPenceramah: Ustaz Haji Farhan Abdullah Muslimin muslim...
03/07/2026

Ceramah Maal Hijrah 1448
5 Julai 2026 ( Ahad )
Selepas Solat Maghrib
Penceramah: Ustaz Haji Farhan Abdullah

Muslimin muslimat dijemput hadir, potluck disediakan.

30/06/2026

KULIAH MAGHRIB JULAI 2026

5/7/2026
Ustaz Farhan Abdullah (Bidayatul Hidayah)

15/7/2026
Ustaz Hasbullah (Faridatul Faraid)

24/7/2026
Ustaz Saidi Ismail (Tafsir Nurul Ihsan)

26/7/2026
Ustaz Hasbullah (Tahsin Al-Quran)

29/7/2026
Ustaz Hasbullah (Munyatul Musalli)

31/7/2026
Ustaz Afif Harun (Bakuratul Amani)

*Segala perubahan kuliah akan dimaklumkan oleh pihak masjid. Harap kerjasama anda amat dihargai.

HADIS KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI LUAR KAWASANDaripada Abdullah bin 'Amru Radhiallahu 'Anhuma beliau berkata:”Seorang l...
31/05/2026

HADIS KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI LUAR KAWASAN

Daripada Abdullah bin 'Amru Radhiallahu 'Anhuma beliau berkata:

”Seorang lelaki telah meninggal dunia di Madinah yang mana dia di antara manusia yang lahir di Madinah. Maka Rasulullah S.A.W pun solat ke atas jenazahnya lalu bersabda: Alangkah bagusnya sekiranya dia meninggal dunia di tempat selain tanah kelahirannya. Maka seorang lelaki pun bertanya: Mengapakah begitu wahai Rasulullah ? Jawab baginda S.A.W: Sesungguhnya seorang lelaki itu apabila dia meninggal dunia di selain tempat kelahirannya maka akan diukur buatnya jarak daripada tempat kelahiran sehinggalah tempat dia meninggal itu di syurga.”
Riwayat ibnu Majah.

Salam takziah kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

* Gambar diambil dari jumaat lepas *

01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA

Kepada semua pekerja tak kira apa pekerjaan sekalipun, terima kasih atas bekerja dengan usaha yang dilakukan demi mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Benarlah hadis nabi SAW bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”
Riwayat Al-Baihaqi dan At-Tabrani.

Pihak pengerusi, jawatankuasa kariah dan pegawai Masjid As-Sobirin Kampung Padang Cina mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MASKPCMuslimin muslimat dijemput hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Mas...
08/04/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MASKPC

Muslimin muslimat dijemput hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Masjid As-Sobirin Kampung Padang Cina pada 10 April 2026 di perkarangan masjid. Untuk jamuan ada 2 sesi iaitu sesi tengahari daripada 12:00 tengahari - 3:00 petang dan sesi malam bermula 7:30 malam - 11:00 tengah malam. Sesi cabutan bertuah turut disediakan.

SOLAT SUNAT AIDILFITRILensa gambar sepanjang solat sunat hari raya Aidilfitri pagi 1 Syawal lalu.
23/03/2026

SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Lensa gambar sepanjang solat sunat hari raya Aidilfitri pagi 1 Syawal lalu.

Address

Karangan
09700

Telephone

+60135905185

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid As-Sobirin Kg Padang Cina Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category