TEBU TELUR

TEBU TELUR Semua nya tentang TEBU ^_^

Kepincangan Sistem Industri Asas Tani yang sukar diperbetulkan 1. Takut dan Tamak : Ini sikap yang paling ketara mengapa...
08/08/2022

Kepincangan Sistem Industri Asas Tani yang sukar diperbetulkan

1. Takut dan Tamak : Ini sikap yang paling ketara mengapa industri ini tak boleh berkembang baik. Tidak ada penyatuan antara agensi, antara pekebun, antara peniaga. Bila mereka ni sendiri-sendiri maka senang ditindas dan dipermaiankan.

2. Idea tu sudah ada tapi perlaksanaan tidak berlaku. Agensi kerajaan seperti FAMA dan Pertubuhan peladang kawasan telah wujud tapi kerjasama tidak berkesan. Saya beri contoh, FAMA atau badan lain juga boleh mengambil hasil dan menjualnya di pasaran besar masalahnya bila barang mahal tak jual dengan FAMA dan bila harga jatuh cari dan kutuk agensi yang ada mengapa tak membantu petani.

3. Kalau kita masih kecil-kecilan kita akan ditindas. Sebagai contoh, jika ada orang yang maju sikit nak masuk pasaran akan ada ‘ abang besar ‘ yang menghalang, menentukan harga. Sikap dengki, jatuh menjatuh, cakap belakang masih terdapat dikalangan masyarakat kita. Menyebabkan petani kita tak pernah maju.

4. Isu lambakan. Bila petani yang ikut kepala sendiri akan timbol isu lambakan. Isu lambakan ini mainan pemborong je sebenarnya. Petani tak mahu bersatu membincangkan bila nak tanam, tanaman apa nak tanam. Menyebabkan semua hidup sendiri-sendiri. Bila orang lain masuk, merah mata.

5. Orang tengah mengambil kesempatan. Bila barang kurang, orang tengah mengambil kesempatan dengan ambil produk dari thailand dengan harga lebih murah.

Kenapa sayur, lembu, kambing thailand lebih murah?

Pertamanya mereka bersatu. Mereka dapatkan permintaan dari Malaysia. Mereka letakan orang-orang dia di pasar-pasar borong untuk memastikan input tak terputus.

Saya benar-benar terkilan dengan kes sebaran fitnah terhadap saya. Sebenarnya niat hati saya menyatukan ramai pekebun atas satu nama pergi langgar pasaran pasar borong. Banyak peluang sebenarnya bila ada market-market besar dah mula minta kita bekalkan sayur. Bila market besar dah minta maka harga akan jadi stabil.

6. Saya cari dan call rakan-rakan fb yang menulis tentang saya. Mereka katanya takut bila saya masuk market muar dan batu pahat maka ada lambakan. Saya bukan macam orang lain. Saya tak akan beri produk petani dengan harga murah semata-mata nak keuntungan. Saya dituduh, dihakim mereka dengan berat sebelah.

7. Saya sudah selesaikan dengan maaf. Itulah sahaja yang boleh saya lakukan. Tetapi parit yang tinggal, tikam dari belakang ini sangat pedih kerana ianya berlaku ditempat saya sendiri. Ramai pekebun kecil di Muar dan Batu pahat adalah rakan, sahabat dan saudara mara. Bila isu ini timbol mereka juga terpalit. Yang menyebar fitnah tidur lena tak mengaku salah kononnya dapat info yang salah.

8. Saya fikir, susah nak satukan penternak dan pekebun kita. Semua nak jadi abang besar. Semua nak tunjuk hebat dan berlumba siapa yang hebat. Mereka cuba bunuh membunuh supaya yang tinggal siapa yang paling kuat.

9. Makan sendiri dan kenyang sendiri.

Orang bisnes, cari market
Orang kebun, tanam banyak-banyak

Beri harga yang berpatutan, wujudkan rantaian yang lengkap. Ini tidak, orang bisnes besar nak besar dan untung besar. Tekan petani. Petani yang otai buat kebun lebih besar dan tamak.

Sampai bila entah….

Tahun depan dengar drama yang sama, “ negara kekurangan bekalan makanan seperti ayam, sayur, daging segar “

Kerajaan “ ini salah kartel “
Rakyat “ ini kerajaan salah “
Petani “ market tak cantik, baja naik harga “

Yang kenyang siapa ? Kita lawan bukan musuh kita sebenar. Kita bunuh rakan dan saudara kita sendiri.

Sumber : Coach Bahar

TENTANG AIB============Sedap berborak saya dan kawan-kawan terlupa bayar minum dan makan di mamak tersebut. Beberapa har...
23/07/2022

TENTANG AIB
============

Sedap berborak saya dan kawan-kawan terlupa bayar minum dan makan di mamak tersebut. Beberapa hari kemudian baru teringat.
Pergi kedai tu.
" Saya terlupa bayar minum beberapa hari lepas"
mamak tu cakap, " saya tahu'
Kenapa tak panggil saya
" Tak mahu malu kan abang depan kawan-kawan, saya tahu abang datang sini balik ".
Tengok.. mulianya hati dia kan. sampai macam tu jaga aib orang lain. Sedangkan beberapa antara kita dengan sengaja mencari jalan mengaibkan orang tertentu.
Jangan aibkan orang lain.



SUMBER : COACH BAHAR

22/07/2022

Hentikan Kebergantungan (AYUH BANGKIT!!!)

Saya bela ayam bukannya lama. Rasanya baru 2 tahun. Itu pun bela guna reban canopy je. Mula masa PKP

Tapi bila ayam jadi mahal baru-batu ni. Saya jadi tak sedap hati. Semua salah menyalahkan antara satu sama lain macam cerita ‘ enjet enjet semut, siapa sakit naik atas ‘.

Rakyat salahkan gomen
Gomen kata “ ini salah penternak “
Ada yang kata ada kartel dalam industri ayam.
Kartel cakap “ dedak naik harga “

Kenapa harga naik. Sebab beli jagung dari luar.
Rusia perang, gandum naik jadi jagung pun kena naik harga.

Tak tahu siapa yang betul. Entahlah saya tak salahkan sesiapa.
Kalau orang tak pernah susah. Mereka tak tahu macam mana orang susah.

Orang susah bukan ada kat kampung je. Orang bandar pun ada yang susah.
Bila barang asas macam ayam pun naik harga semua barang lain pastinya naik harga.

Cerita Realiti Dalam Industri

Saya mula bela ayam dengan dedak harga lapan puluh ringgit satu guni 50kg. Naik sampai RM115 sekarang. 1000 ekor ayam kacuk kampung makan 90 guni untuk tempoh 70 hari. Dapat ayam 1.8kg sekor.

Anak ayam kampung kacuk. Dah le payah nak dapat. Dulu beli RM2.30 je sekor sekarang dah RM4 sekor. Anak ayam tu belum makan dedak pun.

Jadinya. Kalau tak cari jalan kita akan masuk dalam siatem ‘ kalau tak membuli, nanti dibuli ‘. Orang menteri tak boleh kacau. Deorang sibuk berpolitik.

Kerajaan sama pembangkang lagi kelaut. Nanti mereka nampak kita pemberontak. Macam cerita mat kilau le p**ak. Yang bercakap banyak ni jangan bagi muka. Abis rakyat ni, siapa nak bela?. Kita dan keluarga kita.
Tak semua salah tapi tak semua juga dah cukup betul.

Solution

Saya serious. Saya beli 2 biji mesin penetasan ayam. Masalah p**a, kartel tak lepas baka ayam telur. Nak cari telur ayam untuk jadi anak ayam pun susah. Tak percaya kan.., tapi itulah hakikat. Kena bela ayam sendiri sampai ayam sendiri boleh bertelur. Banyak modal buat research tapi tak tahu berjaya ke tidak.

Kalau gagal ni, kena ketawa je. Ramai yang cakap “ ko degil, aku dah cakap jangan buat. Ikut je lah dengan apa yang ada “.

Saya tak nak teori panjang-panjang. Buat formula sampai dapat graf bersimpang siur. Saya buat bukan banyak-banyak. Bila berjaya ni. Saya nak cuba bekalkan anak ayam kampung kacuk pada orang kampung. Minta deorang jaga dan saya bela sendiri. Saya sendiri hanya boleh bela 5000 ekor je satu pusingan. Sedangkan perlukan 20K sebulan untuk kapasiti sekarang.

Sedang buat research ketum ayam jadi makanan altanatif. Boleh rendahkan 40-50% kos makanan per ekor. Kalau jadi saya nak ajar kat ramai orang. Saya nak kita jangan bergantung pada kartel lagi dah. Satu kampung ada satu industri kecil macam ni. Bela ayam sendiri, peoses sendiri dan jual sendiri.

Alhamdulilah saya boleh subsidi ayam masa raya hari tu. Kat luar jual dah sampai RM21 -24 sekilo ayam kampung kacuk. Sayaa jual RM16 sahaja sekilo. Ramai yang happy.

Perjuangan ini panjang. Ianya kecil tapi bermakna. Mendidik anak watan berdikari itu juga satu perjuangan. Biarlah kita miskin tapi bahagia. Dari nampak kaya raya tapi masih bergantung kepada penjajah baru yang memperkotak katek bangsa sendiri.

Bila aku sudah tiada, 1000 orang lagi anak muda akan bangkit mempertahankan maruah bangsa.

Bahar July 2022

Join seminar perternakan viral bersama coach bahar

https://coachbaha.onpay.my/order/form/seminarpenternakan

TENTANG HATI=============Saya minum dengan kawan-kawan. kedai tu memang selalu saya minum. Mereka kenal saya. Satu hari ...
21/07/2022

TENTANG HATI
=============

Saya minum dengan kawan-kawan. kedai tu memang selalu saya minum. Mereka kenal saya.
Satu hari .
Saya datang lagi sekali
Salah seorang dari staf kedai tu hulurkan saya RM10 pada saya.
" duit apa ? ". Saya tanya pada dia. Dia geling . Dia tak boleh berbahasa melayu. dia panggil kawan dia untuk cakap dengan saya.
" dia cakap, ini duit awak. dua bulan lepas duit awak terjatuh bawah kerusi. Dia ambil simpankan kerana masa tu awak dah balik " kawan dia cakapkan .
Saya tak tercakap apa-apa. Jujurnya pemuda ini. Duit itu bukan besar sangat. Tapi dia simpankan dalam tempoh yang lama. Kerja di kedai mamak gaji RM3 sejam. Dia susah tetapi dia kerja bukan kerana duit.

SUMBER : COACH BAHAR

KEJAYAAN...sememangnya ia adalahproses yang sangat perlahan.Tetapi, berhenti ditengahjalan tidak membantu untuk memperce...
14/07/2022

KEJAYAAN...
sememangnya ia adalah
proses yang sangat perlahan.

Tetapi, berhenti ditengah
jalan tidak membantu untuk mempercepatkannya.

Seorang peniaga ikan meletakkan poster iklan di depan kedai. Tulisan tangan sahaja.Poster tertulis, "Promosi hari ini ik...
01/07/2022

Seorang peniaga ikan meletakkan poster iklan di depan kedai. Tulisan tangan sahaja.

Poster tertulis, "Promosi hari ini ikan segar murah"

Ramai singgah beli ikan beliau.

Dalam ramai-ramai pembeli, ada seorang pembeli beritahu, "Kalau hari-hari harga begini, bukan promosi dah bang. Abang tak patut letak perkataan 'promosi' dalam iklan"

Maka, peniaga buang perkataan 'promosi', cuma tinggal ayat, "Hari ini ikan segar murah!"

Masih ramai pembeli. Dikalangan pembeli, ada seorang pembeli cakap, "Tak payah letak perkataan 'hari ni' la, tak kan orang datang beli esok atau semalam, mesti la hari ni"

Maka, peniaga padam perkataan 'hari ini', dan ayat poster iklan cuma tinggal, "ikan segar murah"

Datang p**a pembeli lain, komen, "Harga abang tak murah pun. Segar pun tak sangat"

Maka, peniaga buang perkataan 'murah' dan 'segar'.

Datang pembeli yang lain, beritahu, "Tak payah letak poster iklan kalau perkataan ikan je bang. Bukan orang tak boleh nampak ikan atas meja tu"

Maka, peniaga pun tak tulis apa-apa iklan. Kosong. Semua ayat iklan yang ada, telah dipadam.

Hari ini, peniaga termenung resah. Tiada pelanggan dan pembeli seperti selalu. Perniagaannya merudum.

Begitulah diri kita hari ini.

Ada banyak sangat potensi yang pernah ada dahulu, terpadam, hanya kerana dihina, diperkecilkan dan peduli dengan kritikan semua orang.

Akhirnya kita rasa sangat rendah diri. Kita rasa lembik. Kita rasa tak ada apa-apa.

Ketika itu, sedarlah, tuhan yang Maha Kuat, sentiasa ada, untuk kau bergantung harap dan bangkit semula.

Sumber : Zaim Zain

MOTIVASI BISNES!!Antara kata-kata hikmah orang BERJAYA!!✓Nak hebat kena terlibat !✓Berani untuk gagal adalah tiket untuk...
25/06/2022

MOTIVASI BISNES!!
Antara kata-kata hikmah orang BERJAYA!!

✓Nak hebat kena terlibat !

✓Berani untuk gagal adalah tiket untuk kejayaan !

✓Tiada istilah gagal dalam kamus orang-orang berjaya cuma belum jadi lagi !

✓Buang benih yang negatif dan simpan benih yang positif dalam otak !

✓Lagi lambat anda join maka lagi lambat kejayaan untuk anda !

✓Fokus sesuatu untuk masa depan, yang harian pasti bertambah baik !

✓Kerja paling senang, adalah meniru..Oleh itu, ikut dan tirulah org yang berjaya !

Orang bisnes ni jangan tak faham Ada masa duitnya kering sebab duit orang bisnes sentiasa bergerak. Ada masa bila dapat ...
20/06/2022

Orang bisnes ni jangan tak faham

Ada masa duitnya kering sebab duit orang bisnes sentiasa bergerak.

Ada masa bila dapat payment penuh le balik.

Masalahnya tak ramai yang boleh bertahan masa kering ( tunggu duit nak masuk balik dari projek yang sedia ada ).

Sebab itu perlu ada simpanan tunai yang ditabung untuk bertahan masa kering. Jangan dihabiskan semua sebagai modal.

Credit to : Coach Bahar

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 🤗Rezeki itu bukan bermakna kita dapat apa kita nak. Tapi bila kita terima apa yang Alla...
11/06/2022

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 🤗

Rezeki itu bukan bermakna kita dapat apa kita nak. Tapi bila kita terima apa yang Allah berikan..
Sedikit atau banyak wajib kita mensyukurinya..

Kena percaya jika sudah itu takdir kita, itulah yang sebaik baiknya untuk kita..

Allah Maha mengetahui keperluan kita..

Korg tau x?Pemuda Al kahfi yg ada 7 org tidur 309 tahun.Bersama mereka ada seekor anjing.Surah Al-kahf ayat 17Korg tau x...
07/06/2022

Korg tau x?
Pemuda Al kahfi yg ada 7 org tidur 309 tahun.
Bersama mereka ada seekor anjing.
Surah Al-kahf ayat 17

Korg tau x?
Allah membolak balikan badan mereka utk tidak berkulat, Allah hentikan segala mcm bulu di tubuh mereka,Allah kukuhkan pakai mereka supaya tidak reput.

Korg tau x?
Nabi Uzair tidur 100 tahun.
Bersama beliau ada seekor keldai. Keldai yg tulang pon da hncur jd debu. (selepas 100 tahun)
Maha suci Allah, Allah tunjuk debu jd tulang di balut daging bulu. Kemudian Bercantum semula jd keldai.

Korg tau x?
Amalan yg di lakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga kedengaran tapak kaki beliau di dalam syurga adalah solat sunat wuduk.

Korg tau x?
Malam sebelum isra' mikraj dada Rasulullah saw di belah utk kali ke 2. Kali pertama ketika berusia 5 tahun. Kemudian hati baginda saw di basuh dgn air zam zam.

Korg tau x?
Perihal burraq ialah berwarna putih lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai. Kelajuan sejauh mata memandang.

Korg tau x?
Bila sampai di masjid Aqsa, Rasulullah saw solat 2 rakaat dan baginda saw menjadi imam kepada para2 nabi. Sesuai dgn pangkat beliau iaitu penghulu segala nabi dan rasul.

Korg tau x?
Selesai solat Rasulullah di dtgi 2 bekas. 1 berisi susu dan 1 berisi arak.
Rasulullah memilih susu.

Korg tau x?
Rasulullah saw dan jibril as menaiki langit yg pada nya belum ada manusia selain nabi pernah sampai.
Jibril memberi salam lalu di jwb malaikat pnjaga langit dan bertnya siapa engkau. Kemudian jibril menjwb aku jibril. Kemudian di tnya lg siapa bersama engkau dan adakah dia telah di utuskan?
Jibril menjwb Dia Muhammad dan dia telah di utuskan (berlaku pada setiap pintu langit)

Korg tau x?
Di langit pertama ada nabi adam as
Di langit kedua ada nabi isa as dan nabi yahya as
Di langit ketiga ada nabi yusuf as
Di langit keempat ada nabi idris as
Di langit kelima ada nabi harun as
Di langit keenam ada nabi musa as
Di langit ketujuh ada nabi ibrahim as dan juga baitul makmur
Di atas langit ketujuh syurga dan sidratul muntaha
Di atas syurga ada air
Di atas air ada arasyh
Di atas arasyh ada kursi
Di kanan arasyh ada lauh mahfuz
Smua nabi mengucapkan salam
Selamat datang nabi yg soleh dan rasul yg soleh
Kecuali nabi adam mengucapkan anak yg soleh dan rasul yg soleh

Korg tau x?
Ketika Rasulullah saw smpi di lngit ke 7
Beliau mendapati lelaki yg muka nya sama seperti baginda sedang dduk bersandar manakala malaikat yg lain sedang sibuk bertawaf.
Rupa2 nya amalan ibadah ni ketika di hidup di alam dunia sahaja. Yg memakan msa 50 60 70 tahun bergntung kepada usia masing2. Kmudian xde dah.

Korg tau x?
Rasulullah prgi ke syurga dan dia dapati kebnyakan ahli syurga itu adalah dikalangan mereka yang miskin.

Korg tau x?
Rasulullah saw melihat kebnyakan penghuni neraka adalah di kalangan wanita.

Korg tau x?
Neraka ada 7 tingkat manakala syurga ada 8 tingkat

Korg tau x?
Slepas smua itu Rasulullah naik ke sidratul muntaha dan jibril menunjukan rupa sebenar beliau utk sekali lagi.
Surah an najm ayat 13.

Dan bila Rasulullah ingin mengmbil perintah solat.
Berpisah lah dia dgn jibril. Jibril yg semulia mulia makhluk pon x dpt maju kedepan kerana takut kebinasaan. Hanya Rasulullah ke seorangan ketika itu.

Korg tau x?
Umat islam semakin tidak mempercayai Rasulullah saw slepas peristiwa Isra' mikraj.
Tetapi Abu Bakar ra tetap membenarkan kata² Rasulullah saw.

Korg tau x?
Ayat pertama surat nabi sulaiman kepada balqis ialah Bismillah'irahmannilrahim
Surah al-naml ayat 30.

Buatlah apa pon, Bismillah. Amik kunci, bismillah. Tekan alarm, bismillah. Bukak pntu, bismillah. Masuk kan kunci, bismillah. Duduk bismillah. Start enjin, bismillah. Masuk gear, bismillah. Korg akan rase kemanisan Basmallah td. Percayalah.

Korg xkan paham kemanisan gula itu sehingga korg amik gula itu letak dlm mulut. Mmg manis.

Korg tau x?
Mase nk pidahkan istana balqis, ifrit boleh bwk istana tu sebelum nabi sulaiman bgn dari tmpt duduk
Surah al-naml ayat 39

Korg tau x?
Mulia nya manusia ni, ada yg boleh angkat istana itu dalam sekelip mata.
Surah al-naml ayat 40.
Mulia lg kita ni dari jinn.

Korg tau x?
Air di cicang x akan putus.
Ketika laut merah di belah oleh nabi musa
Ketinggian benteng laut itu setinggi gunung.

Korg tau x?
Abu Jahal adalah manusia yg mintak Rasulullah saw membelah bulan. Bila bulan terbelah kemudian bercantum. Dia herdik Rasulullah saw adalah bapak segala ilmu sihir. MasyaAllah.

Mkna kata ketika peristiwa itu ada musafir dtg utk berjumpa abu jahal, konon meraka akan jd saksi.
Esk nya bila mereka smpi mereka bercerita.
Situ yg dia herdik Rasulullah konon nya Rasulullah bukan saja boleh sihir dekat2 jauh pon boleh.

Korg tau x?
Antara perkara yg paling mengembirakan Rasulullah saw ialah bila sesorg itu ingin memeluk islam.

Korg tau x?
Abu Lahab adalah pakcik Rasulullah.
Allah abadikan surah khas utk dia.
Surah al lahab..

Korg tau x?
Surah al lahab td turun 6 bulan sebelum abu lahab mati.
Mkna kata confirm masuk neraka.

Korg tau x?
Antara pakcik kesyg Rasulullah ialah Abu Talib.
walaupon xberiman dgn Rasulullah saw, di tetap sokong dakwah Rasulullah saw.

Korg tau x?
Abu Talib ni beriman dgn Allah, percaya neraka itu benar. Tetapi dia tolak Muhammad saw sebagai utusan. Ni nk kata hidayah milik Allah.

Korg tau x?
Abu Talib mati dlm tidak beriman kepada Rasulullah saw dan Rasulullah saw bernekad akan terus mendoakan pakciknya. Kemudian turun ayat.

“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)

Korg tau x antara nikmat² besar Allah bg?
Islam!
Islam adalah nikmat besar.
Sehingga org terakhir yg keluar dari neraka itu org islam yg dlm hatinya ada "tiada tuhan selain Allah"

Korg tau x bila korg islam?
Bila mana mulut kalian menyebut shahadah dan di iring dgn solat serta beriman kepada rukun islam.

Dah tu bila last korg islam? Atau makna kata lain bila last korg solat? Solat ni Nabi amk tu atas dari langit ke 7.
Asl dari 50 smpi jd 5.
Mujur ada nabi Musa mtk Rasulullah saw naik balik mtk kurang. Naik mtk kurang. Naik mtk kurang.
Sampai Rasulullah saw malu tau x!
"wahai Musa! Aku pun tahu malu dengan tuhan aku"

Korg tau x islam?
Korg terutama nya aku, hari ini dpt islam secara 'percuma' sbb tu ak x reti hargai.
Amik remeh sbb bkn ak yg perjuangkan.
Kemanisan tu xde.

Harap2 kita bukan islam hanya di kad pengenalan.

Korg tau x mahdi?
Imam mahdi atau nama sbnr beliau Muhammad bin Abdullah.
Keturunan Rasulullah saw lelaki fasih berbahasa arab tampan akhlak baik mcm Rasulullah saw.

Korg tau x imam mahdi ni?
Rasulullah saw pesan bila kamu mendengar imam mahdi sedang di lantik.
Pergi dapat kan bai'ah dari beliau.
Walau terpaksa merangkak dalam salji.

Korg dan ak akan pergi x?
J*p Pikir dulu.
Ada anak bini, kereta, rumah x abis bayar lg.
Syg sgt ke kerja.. Ni aku lah ni..
Iman kulit bawang..

Korg tau x kenapa ramai mengaku imam mahdi?
Dorg x mampu nk tiru Nabi Isa as sbb ketika nabi isa turun,
Dia msih memegang sayap malaikat di tgn kiri dan kanan beliau.

Korg tau x nabi isa?
Antara manusia yang tidak di jadi kan dari air mani.
Termasuk Nabi Adam dan Siti Hawa

Korg tau x Nabi Isa?
Akan hidup 40 tahun berlandaskan syariat nabi Muhammad saw.
Beruntung anak cucu korg dpt jmpe Nabi. SubahanaAllah!

Tapi! Sebelum turun the last man standing ni
Dunia kena hadapi fitnah dajjal ni selama 40 hari.
1 hari bersamaan 1 tahun
1 hari bersamaan 1 bulan
1 hari bersamaan 1 mggu
Hari ke empat mcm biasa.

Apa pon korg jgn lupa solat.! Sbb solat adalah satu2 nya jambatan mendapat rahmat dan redha Allah..
Solat x turun wahyu, Rasulullah pi amik atas langit sana.

Ingat ye solat! Bru berkat.
Jgn smpi istidraj. Senang tp x berkat.

Sekadar renungan.

Sumber : Viral Oh Viral

Assalammualaikum n salam sejahtera..Maaf kerana lama tidak ke udara..terima kasih kepada mereka yg wasap direct tny stok...
01/04/2019

Assalammualaikum n salam sejahtera..
Maaf kerana lama tidak ke udara..terima kasih kepada mereka yg wasap direct tny stok..

Malangnya kami tidak dpt membekal kn stok kerana terdapat beberapa masalah yg tidak dpt dielakkan..

Sekiranya anda membekalkan stok tebu sila pm TT. Kerana permintaan sgt tinggi. Sekian terim kasih

27/05/2018

Asaalammualaikum dan salam sejahtera.

PENGUMUMAN...
Stok tebu dah habis. Maaf tahun ni tak dapat supply banyak sebab stok tak berapa menjadi. Kepada yang nak untuk tahun depan sila wasap awal untuk booking. Harap Maklum

Address

Karak
28600

Telephone

0149713764

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TEBU TELUR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to TEBU TELUR:

Share