28/11/2025
28 November 2025 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid As Salam Bandar Karak.
Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada asnaf sekitar kariah Masjid dan menyantuni para jemaah sebaik sahaja selesai solat Jumaat.