Masjid Kampung Perepat

Masjid Kampung Perepat FACEBOOK RASMI MASJID KAMPUNG PEREPAT, KAPAR, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Jom Rapatkan Saf!

π‡π„ππ€π‡π€ππ‚π„π‘π€πŒπ€π‡ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡Bertajuk: Menyuburkan Cinta Kepada Rasul ο·ΊDisampaikan oleh: Ustaz Izmir Fareez (Penda...
09/09/2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍

π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡

Bertajuk: Menyuburkan Cinta Kepada Rasul ο·Ί
Disampaikan oleh: Ustaz Izmir Fareez (Pendakwah Bebas)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Masjid Kampung Perepat dengan sukacitanya menjemput seluruh ahli kariah, muslimin dan muslimat untuk bersama-sama memeriahkan Ceramah Sambutan Maulidur Rasul ο·Ί
1448H pada tarikh tersebut:

πŸ“… Tarikh: 12 September 2026 (Sabtu)
πŸ•  Masa: 5.30 petang - 10.00 malam
πŸ“ Tempat: Masjid Kampung Perepat

🌹 Antara program yang disediakan:
🚢 Perarakan Maulidur Rasul
πŸ‚ Perasmian Tabung Ibadah Qurban 1448H/2027M
🎢 Persembahan Nasyid (SRA Kampung Perepat)
🎀 Ceramah Khas Maulidur Rasul
🎁 Penyampaian Cenderahati
πŸ•Œ Solat Maghrib & Isya’ Berjemaah
🍽️ Jamuan Makan

Marilah kita bersama-sama menghidupkan sunnah, memperbanyakkan selawat serta menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί.

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir❗️

Yang hendak menyumbangkan air/juadah/kuih-muih, boleh berhubung dengan :
En Sufi (Siak) - +6016-311 9936



π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ Madani Dihayati Ummah DiberkatiSemoga semangat kasih sayang,keadilan, kesederhanaan danpersau...
25/08/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡

Madani Dihayati Ummah Diberkati

Semoga semangat kasih sayang,
keadilan, kesederhanaan dan
persaudaraan yang dibawa oleh Baginda
terus subur dalam diri kita dan menjadi
asas dalam membangun masyarakat
yang harmoni dan sejahtera.

IKHLAS DARIPADA:
Ahmad Ridzwan Bin Yahya
Nazir Masjid Kg. Perepat
serta Seluruh Pegawai Dan
Ahli Jawatankuasa Masjid Kg. Perepat



21 Ogos 2026 | Lepas Solat MaghribSurau Nurul Iman, Kampung Perepat.πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ π’π„π‘π“π€πŒπ€π‰π‹...
25/08/2026

21 Ogos 2026 | Lepas Solat Maghrib
Surau Nurul Iman, Kampung Perepat.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 & π—£π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—–π—”π—₯𝗔𝗑 π—žπ—˜π— π—£π—˜π—‘ π—žπ—œπ—•π—”π—₯ π—π—”π—Ÿπ—¨π—₯ π—šπ—˜π— π—œπ—Ÿπ—”π—‘π—š ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐄𝐏𝐀𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, selaku Nazir Masjid Kampung Perepat hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026 anjuran Surau Nurul Iman, Kampung Perepat serta Majlis Serahan & Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Terima kasih diucapkan kepada pihak JPKK Kampung Perepat dan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong - Kapar serta sumbangan bendera daripada Hextar Group Berhad bagi menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan kepada negara tercinta ini.

Ahmad Ridzwan Bin Yahya
Nazir Masjid Kg. Perepat



SARINGAN KESIHATAN PERCUMA & BANTUAN ALATAN PERUBAHAN SEHINGGA BERNILAI RM 20,000 PEKA B40πŸ“Lokasi : Masjid Kampung Perep...
11/08/2026

SARINGAN KESIHATAN PERCUMA & BANTUAN ALATAN PERUBAHAN SEHINGGA BERNILAI RM 20,000 PEKA B40

πŸ“Lokasi : Masjid Kampung Perepat
πŸ•’ Waktu : 10.00-3.00pm (12.45pm tutup sementara utk solat jumaat)
πŸ—“οΈ Tarikh : 14 Ogos 2026 ( Jumaat)
πŸ“Ž Document diperlukan : kad pengenalan (IC)

πŸ“Œ TIDAK PERLU Berpuasa untuk saringan ini.

Syarat kelayakkan (perlu memenuhi 3 syarat dibawah)
1) Penerima STR
2) Berumur 40 tahun dan keatas
3) Tidak pernah buat saringan kesihatan PEKA B40

πŸ’» Semak Kelayakkan anda :-
https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Alatan perubatan oleh Kerajaan sehingga bernilai RM20,000

βœ… Kanta Mata (katarak)
βœ… Stent Jantung
βœ… Alat sendi tiruan
βœ… alatan bantuan pendengaran
βœ…Perentak Jantung
βœ… Alat terapi pernafasan dan oksigen
βœ…Sokongan Nutrisi
βœ…Kerusi roda
βœ… Protesis dan Ortosis anggota badan

❓ kalau sedang dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) tak perlu buat dah ke ?

PERLU buat saringan kesihatan dibawah program PEKA B40 dahulu sebagai syarat untuk mendapatkan bantuan alatan perubatan tersebut. Nama yang tak pernah masuk dalam program PEKA B40 tak dapat claim bantuan tersebut walaupun sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan

Dijemput tuan/puan untuk memanfaatkan peluang ini untuk buat saringan kesihatan PERCUMA dengan kami nanti

πŸ“žBoleh hubungi 01156496176 - Encik Mohd Rozdi untuk sebarang pertanyaan

Sekian daripada kami , Klinik Usraa Alam Suria Puncak Alam

19 Julai 2026 |  8.00 pagi – 2.00 petangDewan Solat Utama, Masjid Kota Raja, KlangPROGRAM TAKLIMAT PELAKSANAAN MESYUARAT...
21/07/2026

19 Julai 2026 | 8.00 pagi – 2.00 petang
Dewan Solat Utama, Masjid Kota Raja, Klang

PROGRAM TAKLIMAT PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA SURAU SESI 2027–2031

Alhamdulillah pagi ini saya Selaku Nazir Masjid antara salah seorang dari 600 orang wakil masjid dan surau terdiri daripada nazir, pengerusi dan setiausaha masjid surau bagi daerah Klang hadir dalam taklimat Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Jawatankuasa surau sesi 2027-2031 di Masjid Kota Raja Klang .

Program bermula seawal 8.00pagi anjuran PAID Klang dengan kerjasama JAIS dan MAIS bertujuan untuk memberi pendedahkan pelaksanaan mesyuarat agung khas yang perlu dilaksanakan setiap surau sebelum berakhir sesi perkhidmaan jawatankuasa tahun ini.

Taklimat perinci pelaksanaan mesyuarat disampaikan oleh YBrs.Us Hashim Muhammad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid , Jabatan Agama Islam Selangor. Turut hadir program PTA PAID Klang Dan Nazir Masjid Kota Raja.

Turut terlibat :
1) Nazir Masjid - En. Ahmad Ridzwan Bin Yahya
2) Setiausaha Masjid - En. Sharol Nizam Bin Aman
3) Timbalan Pengerusi Surau Nurul Iman - En. Ahmad Zin Bin Kadis
4) Setiausaha Surau Nurul Iman - En. Fadzil Bin Kadis
5) Penolong Setiausaha Surau Nurul Iman - En. Affan Bin Shaip
6) Pengerusi Masjid Umariah Lama - Hj Azad
7) Pengerusi Surau Dinussa’adah - En. Rozaimy

Ahmad Ridzwan Bin Yahya
Nazir Masjid Kg. Perepat



11 Julai 2026 | 3 Petang π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡Petang ini saya Selaku Nazir Masjid bersama-sama Para Pegawai dan Ahli Jawatankuasa...
18/07/2026

11 Julai 2026 | 3 Petang

π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡

Petang ini saya Selaku Nazir Masjid bersama-sama Para Pegawai dan Ahli Jawatankuasa serta ahli kariah Masjid Kampung Perepat berkesempatan menziarahi Ustaz Hanis yang terjatuh mengakibatkan tulang peha beliau patah. Turut menziarahi bonda Solehah (mertua ustaz Hanis) yang baru keluar dari wad akibat sesak nafas serta beberapa masalah kesihatan lain.

​Mari sama-sama kita, seluruh ahli kariah Masjid Kampung Perepat menitipkan doa agar Ustaz Hanis serta bonda Solehah diberikan kesembuhan yang segera serta dikurniakan kekuatan yang tinggi dalam menghadapi ujian ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Turut terlibat :
1) Nazir Masjid - En. Ahmad Ridzwan Bin Yahya
2) Imam - Δ°mam Ramdzan
3) Para Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid
4) serta Ahli kariah yang terlibat.

Ahmad Ridzwan Bin Yahya
Nazir Masjid Kg. Perepat



5 Julai 2026 | 8.00 pagiTanah Perkuburan Kg Perepatππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ†Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, selaku ...
18/07/2026

5 Julai 2026 | 8.00 pagi
Tanah Perkuburan Kg Perepat

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ†

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, selaku Nazir Masjid Kampung Perepat hadir memeriahkan Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Islam Kampung Perepat.

Program ini menghimpunkan penduduk setempat dalam semangat kerjasama dan sukarelawan bagi memastikan kawasan perkuburan sentiasa bersih, terpelihara serta dihormati sebagai tempat persemadian umat Islam.

Terima kasih kepada semua penduduk dan Pihak Pengurusan serta anak-anak dari Bait Al-Hasanah yang meluangkan masa serta tenaga menjayakan program ini. Semoga semangat bergotong-royong dan kebersamaan seperti ini terus subur demi manfaat masyarakat dan generasi akan datang.

Turut terlibat :
1) Nazir Masjid - En. Ahmad Ridzwan Bin Yahya
2) Pengerusi Surau Dinussa’adah - En. Rozaimy
3) Para Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid
4) serta Ahli kariah yang terlibat.

Ahmad Ridzwan Bin Yahya
Nazir Masjid Kg. Perepat



HEBAHAN SERAHAN KUPON AGIHAN DAGING QURBAN MASJID 2026.Dijemput Ahli Khariah Masjid, Asnaf dan Anak Yatim Kampung Perepa...
25/05/2026

HEBAHAN SERAHAN KUPON AGIHAN DAGING QURBAN MASJID 2026.

Dijemput Ahli Khariah Masjid, Asnaf dan Anak Yatim Kampung Perepat untuk hadir mengambil Kupon Daging Qurban mengikut ketetapan berikut :

πŸ“ Hari/Tarikh:
Isnin 25/5/26 - Selepas Magrib
Selasa 26/5/26 - Selepas Magrib
🚩 Lokasi : Pejabat Masjid Kg Perepat

πŸ“ PENTING!!!
‒⁠ ⁠Diingatkan kpd semua utk membawa mykad masing2 sebagai rujukan semasa tuntutan Kupon

‒⁠ ⁠Waktu Serahan daging Berkupon :
Tarikh : 27/5/2026
Waktu : 11.00 Pagi - 1.00 Tghari
Lokasi : Masjid Kg Perepat

‒⁠ ⁠Memandangkan Masjid tiada tempat untuk menyimpan daging, semua pemegang kupon diingatkan untuk hadir pada hari program untuk tuntutan daging Qurban bermula jam 11.pagi sehingga jam 1.00 tghari sahaja.

Diharap semua dapat hadir mengikut waktu dan masa yang telah ditetapkan terima kasih.

Info Pertanyaan boleh hubungi :
1) Tuan Nazir - Ridzwan 0183913200
2) Sahrol - 0193009009
3) Bilal 1 - Sahrin 0123103486
4) Bilal 2 - Akmal 0172306893
5) Cikgu Faizal - 0122162045

Address

Batu 8 1/2 Jalan Kebun Baru Kampung Perepat
Kapar
42200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kampung Perepat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Kampung Perepat:

Shortcuts

Share